Masjid Tuan Husein Titi Gajah

mtitig6

Salam.

Waktu nak solat jumaat semalam, hati berbelah bagi nak ke masjid sultanah ke atau ke masjid zahir. Masjid zahir sure jem sebab PM nak mai rasmi UTC kedah hari ni.. Masjid sultanah dah terlepas untuk U-turn, so tetiba rasa nak ke masjid tuan husein titi gajah. Terus menghala ke anak bukit then ke kepala batas. Titi gajah ni Tun Mahathir pernah tinggal sini. Dalam buku Dilema Melayu ada perkataan titi gajah kat page kata aluan.

Kenapa masjid ni nama dia masjid tuan husein ?

mtitig5

Beliau ialah sheikh husein kedah al-banjari (1863-1936), seorang ulama besar dan bekas mufti kedah. Beliau membangunkan sekolah pondok di kedah serta menyebarkan ilmu-ilmu mengenai agama islam.

mtitig3

Maklumat mengenai sheikh husein ada di papan tanda dalam kawasan masjid ini manakala pusara beliau ada di kawasan perkuburan di belakang masjid. Saya cuba mencari sebelum solat jumaat tapi tak jumpa. Saudara radzi sapiee atau di blog si merah silu ada info lokasi pusara sheikh husein.

mtitig4

Dalam entri masjid sg chincin, saudara syukri ada suggest kalau saya balik KB, boleh singgah masjid noraini di pasir hor kerana seni ukirannya yang unik. Saya dah surf dan terpegun dengan masjid dengan ukiran ala-ala bali indonesian..Thanks bro, saya akan ziarah..insyaALLAH.

Masjid yang saya ziarah buat masa kini adalah kerana beberapa faktor seperti auranya yang dapat dirasai, kesan sejarah, kaitan dengan ulama-ulama alam melayu dan atas cadangan guru-guru saya, rakan-rakan dan juga pembaca blogger seperti syukri. Si merah silu atau saudara radzi pun banyak buka jalan untuk saya ziarah sebab banyak masa tidak dibazirkan untuk mencari lokasi. Thanks radzi..

mtitig1

Untuk kita berjumpa dengan sheikh husein kedah al-banjari adalah mustahil kerana dia meninggal dunia 77 tahun yang lalu (1936), malaya pun belum merdeka dan saya pun tak lahir lagi..

Satu cara ialah ziarah masjid yang ada kaitan dengan beliau dan itu yang saya cuba lakukan. Ketika khutbah dibacakan, imamnya agak veteran, terasa seperti sheikh husein yang membaca khutbah dan mengimamkan solat jumaat. Aura beliau tetap ada kalau dihayati…

Saudara radzi dah melawat 7 makam wali melayu penghujung abad 19 hingga awal abad 20 yang disenaraikan dalam buku 7 wali melayu terbitan mahbook publications; 1- Habib Nuh (singapura) 2-Tokku Paloh (kuala trengganu) 3- Tuan Tulis (kuala pilah) 4- Sheikh Muhammad Said Al-Linggi (seremban) 5-Sheikh Muhammad Nor Al-Kholidi (sg. chincin gombak) 6- Tok Kenali (kubang krian, kota bharu) 7- Tuan Husein Kedah Al-Banjari (titi gajah, alor setar).

mtitig2

Begitulah, jika ada kelapangan bolehlah niat ziarah ke rumah ALLAH untuk mendapat rahmat dan hidayah daripadanya..padahal suatu masa dahulu dah pernah sampai ke tempat-tempat tersebut tapi objektif masa tu bukan nak pay attention sangat..alah masjid, kat mana-mana pun ada masjid betul tak ? Macam bila terdesak nak cari air kolah dari 7 masjid, jenuh nak cari masjid ada kolah sebab dulu-dulu apa kisah sangat masjid ni, cukuplah masjid tempat kita solat jumaat tiap-tiap minggu…itulah lumrah, kita selalu ambil mudah sebab tak pentingkan…bila sakit, tetiba ada orang cakap doa kat masjid tu elok untuk orang sakit…agak-agak sape yang berduyun ke sana ? Lebih bagus kalau kita dapat bersalam dengan imam masjid tersebut dan dia kenal kita. Manalah tahu kalau kat sana nanti dia kata dia kenal kita ? itu sekadar cerita saya..ke lebih baik artis kenal kita atau YB baik dengan kita ? semuanya ok jugak dunia dapat akhirat pun dapat….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: