Archive for September, 2013

Tabung Haji

300920131313

Salam.

Pada hari jumaat lepas, 27 september, saya solat jumaat di kompleks tabung haji kelana jaya. Dapat ambil berkat bersolat jumaat bersama tetamu ALLAH.

300920131304Masjid Tabung Haji

Kecik-kecik dulu bila tiba musim haji, mesti kami adik beradik nyanyi lagu “panggilan haji,telah lagi, menunaikan ibadah panggilan baitullah, tanah suci mekah hiya makkaatul mukarramah” Itulah iklan top kat tv rtm…tv3 belum ada lagi…

300920131311Hotel Tabung Haji

Berada di kompleks tabung haji ini mengimbau ingatan kepada mereka yang telah pergi menemui ALLAH maha pencipta, Ya kholiq Ya bari’ Ya musawwir.

Arwah ayah, tok ayah, tok cik som, ayah ngah & mak ngah, mereka pernah singgah di sini sebelum menunaikan haji dulu. Mereka semua telah tiada namun diberikan kesempatan menjadi tetamu ALLAH dan menunaikan rukun islam ke 5. Maka sempurnalah mereka menyempurnakan kelima-lima rukun islam.

300920131310Khemah untuk sanak-saudara berkumpul

Bagi kami yang telah mendaftar, diharapkan peluang akan tiba. Adik perempuanku dan suami telah menjadi tetamu ALLAH sebelum usia mencecah 40 tahun. Rezeki yang ALLAH berikan kepada mereka 6 tahun yang lalu. Walaupun anak ketiga mereka berusia kurang setahun tapi ibu saya jaga mereka ketika menjadi tetamu ALLAH.

300920131309Banner sahabat korporat tabung haji 1434H

Doa saya sebelum dipanggil ilahi, dapatlah menunaikan ibadah ke 5 rukun islam bersama isteri dan jika diberi rezeki bersama ketiga-tiga anak kami. Tidak mustahil jika kita minta pada ALLAH Ya Wahab Ya mujib…

Al-fatihah kepada pemimpin terdahulu yang punya idea bijak menubuhkan tabung haji. Tahun ini pula adalah jubli emas tabung haji. Dah 50 tahun ditubuhkan dan banyak jasa kepada bangsa, agama dan negara.

Leave a comment »

Mandi Air Daun Bidara

240820131280

Salam.

Daun pokok bidara selalunya digunakan untuk mandikan jasad orang meninggal seperti hadis rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh muslim dan ibnu abbas. Bagi mereka yang pernah mendapat rawatan islam pasti pernah mandi air dicampur dengan daun bidara.

Saya disarankan oleh ustaz azizul untuk mandi dengan air dicampur daun bidara selama 3 hari, selepas saya keluar hospital dulu. Ustaz hashim yang merawat saya menggunakan daun bidara dicampur dengan air tujuh kolah masjid, dimandikan selama 7 hari.

Saya share bagi tujuan rujukan menggunakan daun bidara bagi masalah gangguan makhluk halus yang telah saya amalkan selama 3 hari bagi masalah tersebut. Anda boleh buat sendiri sebagai first aid untuk diri dan keluarga. Saya tanam pokok bidara di rumah sebagai daun ready stok. Ia saya beli dari nursery sungai buloh. Kalau nak beli kat nursery ia dipanggil vietnam apple.

240820131279

Cara-cara

1) ambil daun bidara sebanyak 21 helai. (7 helai sehari untuk 3 hari = 21 helai daun bidara)

2) baca pada daun bidara: surah al-fatihah (7 kali), ayat kursi (11 kali), surah al-ikhlas, al-falaq, an-nas iaitu ayat 3 Qul (3 kali setiap surah) dan selawat syifa’ (11 kali) -tiup pada daun

3) Niat dan doakan daun dan air mandian sebagai penawar dari ALLAH s.w.t

4) sediakan separuh baldi air

5) ambil daun 7 helai dan tumbuk dalam lesung batu hingga lumat (ulang utk hari ke 2 & 3)

6) masukkan daun yang lumat ke separuh baldi air (ulang utk hari ke 2 & 3)

7) Niat dan doakan daun dan air mandian sebagai penawar dari ALLAH s.w.t

8) sebelum mandi ceduk air dalam baldi tadi dengan tapak tangan dan minum 3 kali

9) mandi dengan air biasa hingga bersih dan bilasan terakhir dengan air separuh baldi

10) mandi antara waktu asar dan maghrib, kalau puasa mandi lepas maghrib

InsyaALLAH amat mujarab sebagai penawar. Kita ikhtiar , kuasa penyembuh itu daripada ALLAH s.w.t

Untuk rujukan:

http://darussyifabbst.blogspot.com/2011/09/rawatan-menggunakan-daun-bidara.html

http://www.anugerahquran.com/blog/3-khasiat-daun-bidara-yang-anda-boleh-perolehi

http://assyafi.com/blog/category/pokok-bidara/

 

 

 

Comments (1) »

Masjid Sultanah Alor Setar

280520131164

Salam.

Kalau keluar tol alor setar utara, selepas simpang jalan langgar, ada sebuah masjid besar di tepi jalan sebelah kiri. Sebelum ada jejantas, masjid ini menjadi persinggahan utama para musafir. Sejak ada jejantas, nak ke masjid ni kena u-turn. Jejantas tersebut dibina supaya public tak payah cross jalan KTM ke sebelah utara tanahair.

280520131168

Kenapa masjid ni masuk dalam list entri ? Masjid ni pulak sempena nama arwah sultanah kedah, isteri sultan abdul halim iaitu sultanah bahiyah. Masjid ini unik sebab dia open, tak tertutup, ala-ala masjid besi putrajaya.

Masjid ni antara masjid favourite saya kalau balik alor setar sebab beberapa perkara. Paling utama sebab di sinilah saya melafazkan akad nikah dengan isteri saya. Arwah tok sedara saya melabelkan anak-anak saya sebagai anak masjid besar. Saya selalu berdoa agar keluarga kami diberkati dan dilindungi oleh Ya Hafiz, Ya Muqit, Ya Muhaimeen. Cinta kami pula seteguh tiang-tiang masjid ini dan dipancari cahaya Ya Nur dan Ya Wadud.

280520131172

Perkara kedua ialah bacaan al-quran imam besar masjid ini ustaz mustafa kamil yang serak-serak basah yang sungguh merdu. Kalau balik kedah, saya akan cuba datang untuk solat subuh, maghrib dan isyak. Bacaan ustaz kamil buat saya menitis air mata. Kadang-kadang bacaannya boleh didengari walaupun kat rumah mertua saya di lorong fajar. Paling best kalau dapat solat subuh pada pagi jumaat sebab bacaan ayat surah al-sajadah oleh beliau yang sungguh menenangkan jiwa.

280520131174

Ketika saya mula-mula datang ke rumah isteri saya, biras saya yang selalu bawa saya solat ke sini. Jodohnya dengan kakak ipar saya tak panjang walaupun usia perkahwinan mereka melebihi dua dekad. Itulah yang dikatakan qada dan qada’. Semuanya ketentuan ALLAH, Ya Muqtadir.

280520131176

Walaupun biras saya dah tak ada di alor setar namun jasa beliau tetap saya kenang dan berdoa dia dan keluarga baru sentiasa diberkati dan dirahmati. Hubungan kami tidaklah putus kerana dia amat rapat dengan anak-anak saya yang memanggil dia pak teh.

280520131177

Masjid ini juga sentiasa ada program majlis ilmu. Saya suka spend time lepas maghrib untuk dengar tazkirah oleh ustaz-ustaz terkenal negeri kedah..Yang bestnya aliran udara segar mengalir masuk ke ruang masjid secara semulajadi kerana masjid ini dibina secara terbuka.

280520131169

Kawasan masjid yang luas dengan kemudahan rumah untuk musafir, dewan kuliah di sebelah belakang amat strategik bagi program-program keilmuan. Malah terdapat pusat tahfiz bersebelahan masjid yang mana para pelajar akan datang untuk mengaji di sebelah pagi.

280520131179

Bagi para musafir, mereka boleh berehat di pondok wakaf, mandi, solat jamak sebelum meneruskan perjalanan.

280520131180

 

Leave a comment »