Archive for November, 2013

Tangga Bradley@Tangga Krai

231120131362Salam.

Teringat ketika di zaman sekolah rendah terutama bila tiba penggal ketiga bermula, maka musim tengkujuh pun tiba. Hujan tak putus-putus dan standby kalau banjir melanda. Ibu akan beli stok beras, ikan sardin dalam tin dan ikan kering.

Radio RTM kelantan pula akan melaporkan paras air di tangga bradley.
Masa balik kelantan minggu lepas, decide nak singgah sana, keluar menghala ke pekan kuala krai hingga ke tangga bradley. Anak lelaki saya amat teruja dengan kuala krai sejak yus jambu buat teka teki dalam rancangan kelolaan awie sebagai tempat paling sedih di dunia ialah kuala “CRY”

231120131351Ada pintu gerbang sebagai tanda untuk turun ke tebing sungai kelantan. Ia adalah laluan untuk ke jeti bot enjin. Kalau tak silap ada 79 anak tangga dan dari atas ke tebing sungai pada ketinggian 31 meter.

231120131355Ini pula jeti bot enjin dan juga jeti bot polis.

231120131354Masa sampai sini ada seorang gadis baru sampai dengan bot, just tanya info sikit. Dia tinggal kat sebelah sana sungai. Tambang bot RM2.50 sehala. First bot start jam 7 pagi dan last bot pukul 5 petang.

231120131356Saya, isteri dan anak lelaki saya explore sampai ke bawah. Bila nak naik balik mak maiiii tinggi jugak.

231120131359Inilah penanda aras yang kedua. Yang pertama terpacak kat tebing sungai dekat jeti. Penanda masih berwarna hijau, tandanya tak bahaya lah..

231120131361Penanda kuning adalah berjaga-jaga dan kalau merah tu kira bahayalah..bayangkan kalau dari tebing sungai air boleh naik sampai 31 meter, huii seram sejuk kalau pekan kuala krai boleh melimpah air sungai…

231120131363
Tangga bradley dibina antara tahun 1927-1929, diberi nama bradley sempena nama ketua jajahan kuala krai Gerald Bradley (1927 – 1955). Berfungsi sebagai pengkalan perahu enjin bagi operasi menghubungkan bahagian hulu dan hilir sungai kelantan. Namun ia lebih glamor sebagai pusat menyukat paras air sungai kelantan. Pada tahun 1984 ia ditukar nama sebagai tangga krai…sebagai satu daya tarikan tempat menarik di kelantan..

 

Advertisements

Leave a comment »

Masjid Tok Kenali

241120131369

Salam.

Sejak saya sembuh dari sakit, baru kali ini dapat pulang berjumpa ibu di kb. Pada kesempatan ini bersamaan 20 muharran 1435H, buat pertama kali menziarahi masjid tok kenali, tokoh ulama besar kelantan. Malah turut tersenarai sebagai 7 wali alam melayu, seperti yang ditulis dalam entri masjid sg cincin.

241120131375

Masjid ini terletak berhampiran dengan pintu masuk kedua istana kubang kerian. Kena masuk ke jalan tok kenali, lebih kurang 100m dari jalan besar. Banyak info di depan masjid tentang aktiviti pondok tok kenali yang terletak di sebelah masjid ini.

241120131374

Ruang tambahan masjid bagi menampung jemaah area tersebut terutama ketika solat hari raya.

241120131372Ruang utama masjid yang agak simple cuma agak kurang terjaga dari segi kebersihan.

241120131373Masjid ini memerlukan sedikit dana untuk menjaga struktur agar tidak dimamah usia. Tingkap yang sudah tiada dikhuatiri apabila hujan akan membasahi ruang utama.

241120131381Ini pula ruang solat jemaah muslimat. Ruang solat yang agak luas dikhaskan untuk muslimat menunjukkan bilangan yang hadir ke masjid agak ramai jika dibandingkan dengan masjid-masjid lain. (ini andaian saya je)

241120131382Saya tertarik dengan nombor “1957” di dinding masjid, tak de info pulak, nak tanya orang pun tak de orang…tahun kita merdeka kan ? misteri pulak…nanti kena buat research…

241120131384Ada beberapa kolah di sekitar masjid, cuma yang ini ada air dan dekat pula dengan masjid, yang lain agak terbiar…so kalau nak cari air kolah boleh ambil dari sini…insyaALLAH ada keberkatannya.

241120131376Masa nak balik baru terperasan ada mini muzium, yang ada cuma gambar-gambar berkaitan tok kenali dan waris-warisnya..Muhammad Yusuf bin Ahmad (1868-1933) lebih dikenali sebagai tok kenali..seorang ulama, guru agama, pemikir islam dan pencetus institusi pendidikan agama di nusantara. Antara tokoh yang memulakan majlis agama islam dan adat istiadat melayu kelantan (MAIK). Meninggal pada 19 november 1933, 40 tahun sebelum saya dilahirkan. Agak signifikan apabila pada tahun ini saya berumur 40 tahun, buat pertama kalinya dalam hidup ini saya menjejakkan kaki menziarahi masjid tok kenali. 1933—1973—2013, tok kenali meninggal dunia 40 tahun sebelum saya dilahirkan dan pada tahun ini, genap umur saya 40 tahun, barulah saya berkesempatan datang ke sini. Mungkin saya dijemput hadir ke sini setelah saya sakit dan ia sebagai hadiah daripada ALLAH s.w.t. agar saya lebih dekat dan mengingatiNYA. Saya tertarik dengan kata-kata hikmat tok kenali-“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu” “mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran” ALLAHuaklambissawab..

 

Leave a comment »

Masjid Jame’ Bandaraya KL

051120131336

Salam.

Hari ni 1 muharram 1435H, bermulanya kalendar tahun baru dalam islam. Tapi kalau 31 disember, esoknya 1 januari, macam-macam sambutan new year atau tahun baru diadakan di serata dunia. Nama lain 1 muharram seperti awal murahham dan maal hijrah.

Sejarah tahun hijrah dalam islam ni bermula apabila rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah.

Sempena tahun baru ni, saya tak ke mana-mana, ramai orang pergi holiday atau balik kampung. Dalam pukul 3.30 petang saya ke LRT untuk ke masjid jame’. Niat ziarah masjid jame’ sebab dalam bulan feb hari tu ia ditutup untuk renovation.

051120131333View dari stesen lrt masjid jame’

Antara 4 masjid yang ‘istimewa’ mengikut senarai masjid-masjid di malaya yang diceritakan oleh ustaz hanif 7 tahun lalu. Memang saya pernah merasai auranya pada ziarah saya ke sini beberapa tahun yang lepas.

051120131337

Melangkah masuk dari main gate masjid jame’, masih ada kesan-kesan renovation yang belum dibersihkan.

051120131342

Kat kanan dan kiri adalah ruangan tambahan masjid. Yang sebelah kanan untuk kaum lelaki. Ruang ni selalu jadi tempat orang/musafir berehat.

051120131341

Ini adalah bangunan utama masjid jame’. Kubah besar adalah tanda ruang utama masjid.

051120131343

Dari pintu utama untuk ke ruang solat utama. Hari ni sempat saya solat asar berjemaah di masjid jame’.

051120131346

Mimbar masjid jame’ dan tempat imam mengimamkan solat jemaah.

051120131345

Ini pula sudut sebelah kanan masjid, sais yang sama di sudut sebelah kiri cuma kat bahagian kiri ada partition untuk jemaah wanita.

051120131344

Lampu ni tak sure, yang baru diganti ke lampu yang lama. Tak boleh recall.

051120131340

Masa datang tadi terus cari kolah, rupanya ada dekat area tandas awam masjid yang baru direnovate. Tandas masjid bersih. Bila tengok sekeliling, view bangunan tinggi di sekeliling masjid jame’.

Ini pula kolah masjid jame’. Kolah ni memang open air punya. Macam tak siap lagi ni. Dulu dah ada kolah tapi tak ingat bentuk camne.

051120131339

Tak snap menara masjid tak sah. Bila masuk waktu solat 5 waktu, bunyi azan di tengah kotaraya kuala lumpur berkumandang dari menara ini.

051120131347

Inilah masjid yang asalnya dibina oleh pedagang islam yang berasal dari india pada suatu ketika dulu. Dibina semula oleh british pada tahun 1909 kerana dekat dengan pusat pentadbiran iaitu bangunan sultan abdul samad,  agar kakitangan beragama islam mudah menunaikan solat. Ia terletak di persimpangan sungai gombak dan sungai klang yang merupakan antara masjid tertua di KL. Dulu-dulu, orang ambil wuduk di sungai. Ada tangga untuk turun ke sungai. Masa tu air sungai bersih tak cam sekarang.

Masjid utama untuk solat jumaat di kuala lumpur sebelum masjid negara siap pada tahun 1967. Bercirikan senibina india utara, masjid jame’ cordoba di sepanyol serta gabungan senibina moor dan mughal.

Dengan kuasa ALLAH, kawasan paling strategik di kuala lumpur ini telah didirikan masjid dan british tak ubah pun lokasinya apabila dibina semula. Inilah tandanya bahawa sinar islam telah terpancar di bumi KL sejak dulu lagi. Kenapa lokasi masjid jame’ tidak dimiliki oleh kaum cina yang dikatakan telah mendominasikan aktiviti bijih timah di KL pada era tersebut? Hebatnya kuasa ALLAH, membuktikan tanah melayu diberkati kerana islam diletakkan pada tempat yang tinggi dan mulia. KL membangun kerana islam bukan kerana orang cina sibuk mendulang bijih timah. Jika ada kuasa lain yang cuba merampas dan menggugat kedaulatan islam, ketuanan raja dan orang melayu, mereka juga yang akan rugi.

051120131334

ALLAH makmurkan bumi melayu ini kerana raja-raja melayu diberkati ALLAH s.w.t, dan bangsa melayu yang taat kepada ALLAH dan rasulnya. Kita diberi pelbagai hasil bumi, bijih timah, emas, getah, kelapa sawit dan minyakyang tidak putus-putus sehingga bangsa lain dari tanah lain yang bukan islam datang dan menumpang kurniaan ALLAH itu di bumi ni. Malah ada yang tak sedar dek untung, diberi betis nak peha. Bumi berkat ini dilindngi ALLAH. JIka islam dinodai, dikhuatiri bala turun seperti tsunami pula. Minta dijauhkan. Ameen..

Leave a comment »

Salam Maal Hijrah

Salam.

Hari ni 5 November 2013 bersamaan 1 muharram 1435 hijrah. Semalam petang, lepas asar beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib, kami sekeluarga membaca doa akhir tahun. Selepas salam solat maghrib, imam masjid membaca doa awal tahun, 2 kali dalam bahasa arab dan sekali dalam bahasa malaysia.

Semoga dosa kami pada tahun lepas diampun ALLAH s.w.t dan sepanjang tahun ini diberkati, dilindungi dari musibah serta terhindar dari godaan iblis dan syaitan yang dilaknat ALLAH s.w.t. InsyaALLAH…Ameen. 10 muharram nanti boleh lah berpuasa sunat…Azam setelah ditimpa pelbagai ujian sepanjang tahun 1434H agar diri ini dan keluarga lebih ingat pada ALLAH s.w.t, kurangkan aktiviti keduniaan yang lara, tingkatkan ibadat sunat, tambah ilmu agama atau revisit apa yang telah dipelajari dulu yang mungkin tidak sempurna..lagi pun tahun ini dah nak masuk 41 tahun…satu peringatan bahawa bukan usia yang semakin meningkat tapi hayat semakin berkurangan….40 tahun dah berlalu, agak-agak berapalah simpanan@bekalan disediakan untuk ke sana. Yang paling penting berapa percent yang ALLAH terima ? Ada rakan-rakan yang dah pergi dulu belum sempat cecah usia 4o tahun..

Ada pula yang suka cerita pasal mati sedangkan kita kena sentiasa ingat bahawa dia pasti datang cuma bila dan kat mana ? Wallahuaklam bissawab..

Leave a comment »

Peralatan Senaman Rumah

031120131327Salam.

Inilah peralatan senaman saya dan isteri. Kebanyakannya telah dibeli lama dulu dan jarang-jarang digunakan.

1-AB Roller- dah masuk dalam store, wife keluarkan untuk buat senaman sit up (RM89)

2-Yoga Mat – dah beli 3-4 tahun yang lalu bersama AB roller (RM25)

3-Dumbbells- ada 2 sets, satu set wife bawa ke opis. Tinggal yang 1.5KG je (RM19)

4-AB Wheel-beli kat kedai MR DIY, golek-golek macam nak merempit (RM28)

5- Skipping rope, beli kat kedai MR DIY. (RM10)

Kalau ikut blog kevinzahri.com ada 10 peralatan untuk bina home gym tanpa kos yang tinggi dan elak makan ruang yang banyak. So, barang no 2-4 saya dah ada. Antara peralatan yang dia suggest;-

1-Medicine ball-untuk lakukan pelbagai senaman core dan seluruh anggota badan

2-Exercise ball atau core ball- untuk kuatkan core badan iaitu abdominal, obliques dan pinggang

3-Door pull up atau chin up bar- untuk bina otot belakang

4-Jam Heart Rate Monitoruntuk menilai kualiti senaman kardio supaya tidak terlebih beban kepada jantung

5-Resistance Bands- untuk senaman rintangan

6-Adjustable dumbbells, boleh tambah beban, saya punya fix 1.5Kg je…

Bonus, kalau ada budget boleh beli adjustable exercise bench, untuk keselesaan senaman di rumah…

Investment saya dalam RM171, kekerapan kegunaan….tak tentu.

Comments (2) »

Senaman di Gymnasium

291020131323Salam.

Rasanya dah hampir 3 tahun kat opis ada gym. Ini semua hasil perjuangan ahli kelab sukan minta budget dari company. Bilik ni dulunya computer lab yang saya buat training untuk staff. Depa dah pindah computer lab kat bilik lain.

Seingat saya adalah 2-3 kali datang sini termasuk masa pengarah urusan rasmi gym ni semasa hari kesihatan syarikat 2011. Lepas tu lalu lalang short cut sebab kat sebelah bilik training juga.

Bila masuk kerja balik lepas cuti rehat yang panjang, tergerak ke sini. Nasib baik ada seorang geng yang selalu datang, brother ni’man. Lab ni isnin, selasa dan khamis untuk staff lelaki, rabu dan jumaat untuk ladies. Yang lawak ada 2-3 ladies, datang sini hari-hari tak ikut ladies punya turn..Kami tak kesah pun, share-share je guna equipment tapi cam biasalah exercise dan bergossip….ladies katakan…tapi depa ni sporting….bagi kami guna dulu…

291020131324Cross-trainer

Equipment bernama cross-trainer ni cam main ski. Saya tak minat sangat. First time guna saya kayuh ke belakang, patut kehadapan. Kena gelak dengan geng ladies. Geng ladies suka betul benda ni..Boleh set heel position, cam nak naik tangga, bukit, dll.. equipment yang bagus untuk mereka yang nak gentle workout atau ada low leg injury. Kat sebelah cross-trainer ialah magnetic bike, macam kayuh basikal. Light exercise sebelum guna alatan lain.

291020131325Total Home Gym

Alat fitness ni boleh buat macam-macam. Butterfly, chest press, shoulder press, leg pull down, rowing, bench press, twister, sit up dan lain-lain.

291020131326Treadmills

Treadmills, lantai yang bergerak macam conveyer belt. Ini favourite saya. Set kelajuan 4 atau 6 selama 15 minit, sudah cukup untuk berpeluh. Mula dengan berjalan then berlari setempat. Tak lari kalu jatuh kat belakang ler….15 minit macam berjogging sejauh 1KM dan bakar banyak kalori..

Kat rumah pun saya ada beberapa alat kecil untuk senaman. Sejak lepas sakit ni saya luangkan masa untuk senaman…main badminton, berjogging dengan isteri di taman rekreasi berdekatan…

Selain senaman saya makan oat & capati  yang dimasak oleh isteri, ambil minyak zaitun bersama salad, buah-buahan dan dalam seminggu sekali-dua je makan nasi dengan quantiti yang sedikit..

Berat badan pun terkawal dan dah agak slim…seluar sais 38 dah lolos ke bawah bila pakai, seluar sais 36 pun longgar juga…jenuh kena beli seluar baru..selamat mencuba dan disiplin serta azam yang kuat untuk ikuti program ini….saya tak ambil apa-apa supplements mau pun fat burner…1-senaman, 2-program makanan berzat dan belajar berfikir secara kritis plus manage stress dengan baik….cuba kawal emosi dan tidak cepat marah-marah…istifar dan zikir banyak-banyak…InsyaALLAH dipermudahkan…

Leave a comment »