Salam Maal Hijrah

Salam.

Hari ni 5 November 2013 bersamaan 1 muharram 1435 hijrah. Semalam petang, lepas asar beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib, kami sekeluarga membaca doa akhir tahun. Selepas salam solat maghrib, imam masjid membaca doa awal tahun, 2 kali dalam bahasa arab dan sekali dalam bahasa malaysia.

Semoga dosa kami pada tahun lepas diampun ALLAH s.w.t dan sepanjang tahun ini diberkati, dilindungi dari musibah serta terhindar dari godaan iblis dan syaitan yang dilaknat ALLAH s.w.t. InsyaALLAH…Ameen. 10 muharram nanti boleh lah berpuasa sunat…Azam setelah ditimpa pelbagai ujian sepanjang tahun 1434H agar diri ini dan keluarga lebih ingat pada ALLAH s.w.t, kurangkan aktiviti keduniaan yang lara, tingkatkan ibadat sunat, tambah ilmu agama atau revisit apa yang telah dipelajari dulu yang mungkin tidak sempurna..lagi pun tahun ini dah nak masuk 41 tahun…satu peringatan bahawa bukan usia yang semakin meningkat tapi hayat semakin berkurangan….40 tahun dah berlalu, agak-agak berapalah simpanan@bekalan disediakan untuk ke sana. Yang paling penting berapa percent yang ALLAH terima ? Ada rakan-rakan yang dah pergi dulu belum sempat cecah usia 4o tahun..

Ada pula yang suka cerita pasal mati sedangkan kita kena sentiasa ingat bahawa dia pasti datang cuma bila dan kat mana ? Wallahuaklam bissawab..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: