Tangga Bradley@Tangga Krai

231120131362Salam.

Teringat ketika di zaman sekolah rendah terutama bila tiba penggal ketiga bermula, maka musim tengkujuh pun tiba. Hujan tak putus-putus dan standby kalau banjir melanda. Ibu akan beli stok beras, ikan sardin dalam tin dan ikan kering.

Radio RTM kelantan pula akan melaporkan paras air di tangga bradley.
Masa balik kelantan minggu lepas, decide nak singgah sana, keluar menghala ke pekan kuala krai hingga ke tangga bradley. Anak lelaki saya amat teruja dengan kuala krai sejak yus jambu buat teka teki dalam rancangan kelolaan awie sebagai tempat paling sedih di dunia ialah kuala “CRY”

231120131351Ada pintu gerbang sebagai tanda untuk turun ke tebing sungai kelantan. Ia adalah laluan untuk ke jeti bot enjin. Kalau tak silap ada 79 anak tangga dan dari atas ke tebing sungai pada ketinggian 31 meter.

231120131355Ini pula jeti bot enjin dan juga jeti bot polis.

231120131354Masa sampai sini ada seorang gadis baru sampai dengan bot, just tanya info sikit. Dia tinggal kat sebelah sana sungai. Tambang bot RM2.50 sehala. First bot start jam 7 pagi dan last bot pukul 5 petang.

231120131356Saya, isteri dan anak lelaki saya explore sampai ke bawah. Bila nak naik balik mak maiiii tinggi jugak.

231120131359Inilah penanda aras yang kedua. Yang pertama terpacak kat tebing sungai dekat jeti. Penanda masih berwarna hijau, tandanya tak bahaya lah..

231120131361Penanda kuning adalah berjaga-jaga dan kalau merah tu kira bahayalah..bayangkan kalau dari tebing sungai air boleh naik sampai 31 meter, huii seram sejuk kalau pekan kuala krai boleh melimpah air sungai…

231120131363
Tangga bradley dibina antara tahun 1927-1929, diberi nama bradley sempena nama ketua jajahan kuala krai Gerald Bradley (1927 – 1955). Berfungsi sebagai pengkalan perahu enjin bagi operasi menghubungkan bahagian hulu dan hilir sungai kelantan. Namun ia lebih glamor sebagai pusat menyukat paras air sungai kelantan. Pada tahun 1984 ia ditukar nama sebagai tangga krai…sebagai satu daya tarikan tempat menarik di kelantan..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: