Archive for December, 2013

31.12.2013

Salam.

Hari ni hari ke 365 dalam kalendar 2013 masihi. Hari ini 31.12.2013, hari terakhir dalam bulan disember dan esok tahun baru 2014 menjelang.

Tahun ini saya mencecah usia 40 tahun. Tahun penuh dugaan. Bermula seawal 6.1.2013, dompet saya dicuri orang do tesco extra shah alam. Minggu seterusnya anak lelaki saya menangis tidak mahu ke sekolah. Selama 6 bulan kami ikhtiar pelbagai rawatan.

Bulan februari, jabatan kami dapat seorang boss yang asalnya seorang konsultan. Dia kata dia banyak pengalaman. Bulan Mac gara-gara tidak berpuas hati dengan saya, dia suruh HR gantung saya selama 14 hari. Waktu selama 14 hari saya gunakan untuk teman anak di sekolah. Walau pahit setelas 16 tahun bekerja, saya digantung tugas dan dikenakan sisatan dalaman yang langsung tidak urut labour law dan procedure. Separuh gaji kena tahan. Saya diterima berkerja di sebuah universiti pada bulan disember. Sampai ke sudah siasatan dalaman ke atas saya tiada keputusan dan gaji separuh saya yang ditahan tidak dibayar. Saya pasrah kerana apalah nilai duit itu jika dibandingkan dengan ujian ALLAH ke atas saya.

Pada akhir bulan jun saya kena stroke, 3 bulan saya diberi cuti sakit. Ramai kawan dan saudara datang melawat. Terima kasih semua. Syukur ya ALLAH kerana dalam keadaan saya sakit ramai yang datang menziarahi dan berdoa. Saya sembuh dengan cepat dengan izinNYA.

Kerana polisi syarikat (60 hari cuti sakit hospital dicampur sekali dengan jumlah MC), cuti selama 80 hari melebihi jumlah cuti sakit. Bulan september dan oktober gaji dipotong lagi.

Namun, saya pernah berdoa agar diberi kesempatan untuk bercuti selama sebulan di bulan ramadhan. Tahun ini doa saya dimakbulkan walaupun saya sakit. ALLAH akan makbulkan doa kita, cepat atau lambat…

Pada malam 29 bulan ramadhan atas nasihat seorang sahabat, saya berdoa berbumbungkan awan ketika berada di alor setar. Antara doa saya ialah tunjukkanlah saya jalan kebenaran dan di mana saya akan bertugas.

Saya mula bertugas pada bulan oktober, suasana tidak seperti dulu. Pada bulan november saya ditawarkan oleh seorang timbalan naib canselor untuk berkhidmat di universiti beliau. Cukup 44 hari setelah saya masuk berkerja selepas sakit, dengan hati yang penuh berat dan air mata bercucuran saya menghantar surat perletakan jawatan. 16 tahun saya di sini, pelbagai ilmu saya dapat, sahabat yang baik dan sebagainya. Kerana saya ada 11 hari cuti berbaki yang sepatutnya saya counter agar gaji tak dipotong tapi HR kata tak boleh. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita, maka walau tarikh akhir saya pada 15 disember, saya boleh mula bekerja di tempat baru pada 2 disember, kerana 1 disember tu hari ahad…

Syukur kepada ALLAH s.w.t, tempat baru saya sungguh best. Akhirnya cita-cita saya untuk berkhidmat di universiti tercapai….Sebelum ALLAH beri, DIA lengkapkan saya dengan pelbagai ilmu melalui jalan yang berliku.

Esok tahun 2014, tapi azam saya bermula pada awal muharam bukannya esok….

Semoga kami diberkati, dilindungi, tetap iman dan sentiasa tergolong dalam hamba ALLAH yang soleh..Ameeen.

 

 

 

Advertisements

Leave a comment »

Tanjung Karang

151220131448Salam.

Minggu lepas 15 disember, saya ke kg sawah sempadan tanjung karang sempena kenduri kahwin sahabat baik saya saudara kamal. Kamal, sahabat saya ketika sama-sama buat sarjana di uitm 10 tahun lalu.

Anak sulong saya teruja nak ke majlis tersebut kerana kamal adalah seorang penulis novel. Pernah saya request nama saya ditulis dalam novel beliau dan ditunaikan permintaan saya itu. Sebening Rindu judul novel tersebut.

sebening1Anak-anak saya sungguh exited sebab rumah kamal di tengah bendang dan sungguh cantik permandangan sawah, saling tak tumpah seperti diĀ  kedah. Mungkin minda anak-anak saya teringatkan rumah nenek mereka di kedah. Kakak sulong kata suasana sungguh tenang untuk menulis novel. Dalam fikiran dia novel, novel dan novel…..

Nak ke rumah kamal ada taliair dan jambatan kayu. Anak lelaki saya mengambil kesempatan berlari dari hujung ke hujung jambatan, dan kakak-kakak asyik dok menyakat adiknya yang riang bermain.

Sebelum balik mereka sempat posing berlatar-belakangkan sawah padi nan menghijau. Begitulah anak-anak metropolitan, dan saya bersyukur anak-anak saya sukakan kampung.

Sebelum pulang ke ampang, melencong ke pekan tanjung karang untuk solat dan singgah di pasar minggu pekan tanjung karang.

Leave a comment »

11.12.13@11 December 2013

Salam.

Cantik tarikh hari ni. Hari cuti pula tu sempena hari keputeraan sultan selangor. Rozita Che Wan@Ce Ta kawin hari ni..

Dari pagi keluar rumah menghala ke keramat untuk breakfast ngan family. Saya pula dah tak kerja kat keramat, dah 2 minggu start kerja tempat baru..

Hari ni settlekan pembelian buku sekolah anak-anak. Then rush ke klia untuk jumpa brother inlaw nak ke umrah.

Stop kajang then ke tesco ampang untuk beli baju, seluar sekolah my boy. Tak abis lagi ke keramat mall pula untuk beli mainan my boy. Proceed ke kedai alatulis westar and avanco.

Walau penat seharian pada hari cuti tapi berbaloi sebab banyak benda melibatkan urusan persekolahan selesai.

Leave a comment »

Masjid Melayu Lebuh Acheh Pulau Pinang

071220131416
Salam.

Semalam ada conference ICOBEE 2013 (international conference on business, entrepreneurship and engineering) anjuran universiti malaysia perlis. So lepas kerja balik alor setar dulu, tak mau bazir duit dok hotel.

Bertolak ke penang pukul 1, beratur jugak nak tunggu feri ke pulau. Sampai batu feringgi dah pukul 4.30 ptg. Minta wife cek google map untuk ke lebuh acheh, untuk ziarah masjid lebuh acheh. Jalan kat penang banyak sehala dan kat area komtar dah jem.

Masa dalam perjalanan balik pada hari jumaat mesej ‘gentle reminder’ diterima untuk ziarah masjid lebuh acheh. Dah sampai tanjung, kenalah ziarah.

071220131417Kedudukan masjid agak terlindung dengan bangunan lama.

Signifikannya masjid ini kerana dalam tahun 1972, ayah dan ibu kepada arwah ayah saya (datuk dan nenek sebelah ayah) pergi menunaikan haji. Ayah, ibu, datuk dan nenek naik train dari wakaf baru melalui tumpat, masuk ke siam, then dari padang besar ke butterworth. Susahnya perjalanan untuk ke mekah pada zaman itu. Penang menjadi tumpuan seperti hotel tabung haji di kelana jaya sekarang ni.

Sampai je depan masjid cari parking private. Tertera pada papan tanda masjid: masjid melayu lebuh acheh pulau pinang. Diwakafkan oleh Tunku Syed Hussain Idid, didirikan pada tahun 1808 M, kira-kira 205 tahun yang lampau.

071220131418Saya pusing sekitar masjid sebelum masuk melalui pintu utama.

071220131422

Cuba dapatkan view dari pelbagai sudut masjid.

071220131423Ini pula perigi lama masjid yang digrill supaya tidak berbahaya kepada kanak-kanak.

071220131424

Kolah masjid ala-ala swimming pool. Anak saya dok usha. Siap tanya boleh masuk ke dalam kolah ni.

071220131438

Saya kira ini adalah bahan asal masjid yang dikekalkan sebagai bahan sejarah (bukti fizikal) kerana area lain sudah direnovate beberapa kali. Ini kerana bahan yang digunakan dalam sektor pembinaan telah melalui proses yang berbeza.

071220131437

Melangkah masuk melalui pintu utama untuk ke ruang solat.

071220131427

Suasana yang tenang ketika berada di dalam masjid yang dulunya menjadi masjid transit para jemaah haji. Arwah datuk dan nenek pernah bermusafir di sini. Ibu saya pernah solat di masjid ini ketika saya berada di alam rahim lagi. Syukur ya ALLAH kerana diberi ruang masa untuk ke sini setelah saya sihat dari sakit.

071220131436

Bayangkan kalau saya diberi masa untuk ke zaman dahulu dan melihat jemaah haji zaman silam memenuhi ruang masjid ini.

071220131428

Zaman telah berlalu dan hanya mereka yang pernah transit di masjid ini sahaja menyimpan nostalgia. Tahun 1976 adalah tahun terakhir jemaah haji kita naik kapal ke mekah sebab dah ada flight.

071220131439

Di sekeliling masjid ada tempat duduk. Sudah tentu tempat para jemaah melepak menunggu hari kapal belayar ke tanah suci.

071220131430

Struktur dinding masjid yang masih kukuh pernah menjadi saksi kehadiran jemaah haji suatu ketika dulu.

071220131431

Di hadapan masjid menghadap kiblat, tersegam sebuah binaan yang menjadi tempat bersemadi Tunku Syed Hussain Idid, pengasas perkampungan melayu di lebuh acheh.

071220131433

Mengikut papan sejarah di depan masjid, beliau adalah seorang putera acheh yang datang bersama pengikutnya ke pulau pinang. Masjid ini dibina sebagai wakaf oleh beliau bersama pengikutnya. Al fatihah buat Tunku Syed Hussain Idid yang banyak berjasa kepada agama dan bangsa melayu.

071220131440

Ini pula persekitaran masjid yang dikelilingi oleh rumah-rumah lama.

071220131442

Sebelum pulang saya naik ke tingkat satu sebuah apartment di sebelah masjid untuk snap satu view dari atas.

071220131420

Akhirnya lengkaplah hajat saya untuk ke masjid ini. Destinasi saya seterusnya ialah menziarahi masjid-masjid di acheh pula. Bila ? ALLAH yang menentukan, insyaALLAH.

Leave a comment »