Masjid Melayu Lebuh Acheh Pulau Pinang

071220131416
Salam.

Semalam ada conference ICOBEE 2013 (international conference on business, entrepreneurship and engineering) anjuran universiti malaysia perlis. So lepas kerja balik alor setar dulu, tak mau bazir duit dok hotel.

Bertolak ke penang pukul 1, beratur jugak nak tunggu feri ke pulau. Sampai batu feringgi dah pukul 4.30 ptg. Minta wife cek google map untuk ke lebuh acheh, untuk ziarah masjid lebuh acheh. Jalan kat penang banyak sehala dan kat area komtar dah jem.

Masa dalam perjalanan balik pada hari jumaat mesej ‘gentle reminder’ diterima untuk ziarah masjid lebuh acheh. Dah sampai tanjung, kenalah ziarah.

071220131417Kedudukan masjid agak terlindung dengan bangunan lama.

Signifikannya masjid ini kerana dalam tahun 1972, ayah dan ibu kepada arwah ayah saya (datuk dan nenek sebelah ayah) pergi menunaikan haji. Ayah, ibu, datuk dan nenek naik train dari wakaf baru melalui tumpat, masuk ke siam, then dari padang besar ke butterworth. Susahnya perjalanan untuk ke mekah pada zaman itu. Penang menjadi tumpuan seperti hotel tabung haji di kelana jaya sekarang ni.

Sampai je depan masjid cari parking private. Tertera pada papan tanda masjid: masjid melayu lebuh acheh pulau pinang. Diwakafkan oleh Tunku Syed Hussain Idid, didirikan pada tahun 1808 M, kira-kira 205 tahun yang lampau.

071220131418Saya pusing sekitar masjid sebelum masuk melalui pintu utama.

071220131422

Cuba dapatkan view dari pelbagai sudut masjid.

071220131423Ini pula perigi lama masjid yang digrill supaya tidak berbahaya kepada kanak-kanak.

071220131424

Kolah masjid ala-ala swimming pool. Anak saya dok usha. Siap tanya boleh masuk ke dalam kolah ni.

071220131438

Saya kira ini adalah bahan asal masjid yang dikekalkan sebagai bahan sejarah (bukti fizikal) kerana area lain sudah direnovate beberapa kali. Ini kerana bahan yang digunakan dalam sektor pembinaan telah melalui proses yang berbeza.

071220131437

Melangkah masuk melalui pintu utama untuk ke ruang solat.

071220131427

Suasana yang tenang ketika berada di dalam masjid yang dulunya menjadi masjid transit para jemaah haji. Arwah datuk dan nenek pernah bermusafir di sini. Ibu saya pernah solat di masjid ini ketika saya berada di alam rahim lagi. Syukur ya ALLAH kerana diberi ruang masa untuk ke sini setelah saya sihat dari sakit.

071220131436

Bayangkan kalau saya diberi masa untuk ke zaman dahulu dan melihat jemaah haji zaman silam memenuhi ruang masjid ini.

071220131428

Zaman telah berlalu dan hanya mereka yang pernah transit di masjid ini sahaja menyimpan nostalgia. Tahun 1976 adalah tahun terakhir jemaah haji kita naik kapal ke mekah sebab dah ada flight.

071220131439

Di sekeliling masjid ada tempat duduk. Sudah tentu tempat para jemaah melepak menunggu hari kapal belayar ke tanah suci.

071220131430

Struktur dinding masjid yang masih kukuh pernah menjadi saksi kehadiran jemaah haji suatu ketika dulu.

071220131431

Di hadapan masjid menghadap kiblat, tersegam sebuah binaan yang menjadi tempat bersemadi Tunku Syed Hussain Idid, pengasas perkampungan melayu di lebuh acheh.

071220131433

Mengikut papan sejarah di depan masjid, beliau adalah seorang putera acheh yang datang bersama pengikutnya ke pulau pinang. Masjid ini dibina sebagai wakaf oleh beliau bersama pengikutnya. Al fatihah buat Tunku Syed Hussain Idid yang banyak berjasa kepada agama dan bangsa melayu.

071220131440

Ini pula persekitaran masjid yang dikelilingi oleh rumah-rumah lama.

071220131442

Sebelum pulang saya naik ke tingkat satu sebuah apartment di sebelah masjid untuk snap satu view dari atas.

071220131420

Akhirnya lengkaplah hajat saya untuk ke masjid ini. Destinasi saya seterusnya ialah menziarahi masjid-masjid di acheh pula. Bila ? ALLAH yang menentukan, insyaALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: