31.12.2013

Salam.

Hari ni hari ke 365 dalam kalendar 2013 masihi. Hari ini 31.12.2013, hari terakhir dalam bulan disember dan esok tahun baru 2014 menjelang.

Tahun ini saya mencecah usia 40 tahun. Tahun penuh dugaan. Bermula seawal 6.1.2013, dompet saya dicuri orang do tesco extra shah alam. Minggu seterusnya anak lelaki saya menangis tidak mahu ke sekolah. Selama 6 bulan kami ikhtiar pelbagai rawatan.

Bulan februari, jabatan kami dapat seorang boss yang asalnya seorang konsultan. Dia kata dia banyak pengalaman. Bulan Mac gara-gara tidak berpuas hati dengan saya, dia suruh HR gantung saya selama 14 hari. Waktu selama 14 hari saya gunakan untuk teman anak di sekolah. Walau pahit setelas 16 tahun bekerja, saya digantung tugas dan dikenakan sisatan dalaman yang langsung tidak urut labour law dan procedure. Separuh gaji kena tahan. Saya diterima berkerja di sebuah universiti pada bulan disember. Sampai ke sudah siasatan dalaman ke atas saya tiada keputusan dan gaji separuh saya yang ditahan tidak dibayar. Saya pasrah kerana apalah nilai duit itu jika dibandingkan dengan ujian ALLAH ke atas saya.

Pada akhir bulan jun saya kena stroke, 3 bulan saya diberi cuti sakit. Ramai kawan dan saudara datang melawat. Terima kasih semua. Syukur ya ALLAH kerana dalam keadaan saya sakit ramai yang datang menziarahi dan berdoa. Saya sembuh dengan cepat dengan izinNYA.

Kerana polisi syarikat (60 hari cuti sakit hospital dicampur sekali dengan jumlah MC), cuti selama 80 hari melebihi jumlah cuti sakit. Bulan september dan oktober gaji dipotong lagi.

Namun, saya pernah berdoa agar diberi kesempatan untuk bercuti selama sebulan di bulan ramadhan. Tahun ini doa saya dimakbulkan walaupun saya sakit. ALLAH akan makbulkan doa kita, cepat atau lambat…

Pada malam 29 bulan ramadhan atas nasihat seorang sahabat, saya berdoa berbumbungkan awan ketika berada di alor setar. Antara doa saya ialah tunjukkanlah saya jalan kebenaran dan di mana saya akan bertugas.

Saya mula bertugas pada bulan oktober, suasana tidak seperti dulu. Pada bulan november saya ditawarkan oleh seorang timbalan naib canselor untuk berkhidmat di universiti beliau. Cukup 44 hari setelah saya masuk berkerja selepas sakit, dengan hati yang penuh berat dan air mata bercucuran saya menghantar surat perletakan jawatan. 16 tahun saya di sini, pelbagai ilmu saya dapat, sahabat yang baik dan sebagainya. Kerana saya ada 11 hari cuti berbaki yang sepatutnya saya counter agar gaji tak dipotong tapi HR kata tak boleh. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita, maka walau tarikh akhir saya pada 15 disember, saya boleh mula bekerja di tempat baru pada 2 disember, kerana 1 disember tu hari ahad…

Syukur kepada ALLAH s.w.t, tempat baru saya sungguh best. Akhirnya cita-cita saya untuk berkhidmat di universiti tercapai….Sebelum ALLAH beri, DIA lengkapkan saya dengan pelbagai ilmu melalui jalan yang berliku.

Esok tahun 2014, tapi azam saya bermula pada awal muharam bukannya esok….

Semoga kami diberkati, dilindungi, tetap iman dan sentiasa tergolong dalam hamba ALLAH yang soleh..Ameeen.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: