1.1.14 Tahun Baru 2014

salam.

Hari ni cuti sebab tahun baru. Esok anak-anak mula bersekolah. Hari ni juga birthday puteri keduaku. Bila sujud kepala rasa sakit, telinga pun rasa sakit dan rahang turut terasa sakit. Dua hari lepas kat opis naik tangga ke tingkat 11, untuk jumpa orang, then rasa pressure macam kat tempat tinggi. Waktu tu pulak hujan lebat. Wife dah suruh ke klinik tapi dok diagnos kenapa jadi cam tu…

Terfikir juga kalau- kalau ia satu peringatan sebab sejak kerja kat tempat baru, tak sempat nak ke masjid. Tadi maghrib paksa diri ke masjid. Sayu rasa bila dapat solat berjemaah. Tersedar bahawa 6 bulan lepas sakit, dah mula cuai untuk ke masjid..Asal hujan, badan letih sikit dijadikan alasan kepada ALLAH s.w.t untuk solat kt rumah. Itulah manusia ingat ALLAH bila sakit dan susah, bila dah ok mulalah lalai…maha suci ALLAH jangan jauhkan aku dariMU…

Saya sudah mula diuji dengan jawatan dan kerja. Rasa seronok bekerja dan mula lalai, solat lewat, abaikan anak-anak, asyik fikir pasal kerja saja…perangai lama datang kembali…”cukup-cukuplah saudara” hati baik saya bagi nasihat. “Ambil peluang ni tunjukkan yang kau terra dan boleh settle masalah diorang ni” yang ni hati yang satu lagi lah..

Begitulah lumrah…saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui ketika saya kena strok 6 bulan lepas.. strok @ angin ahmar adalah sapaan maut. Ia pernah hadir ketika zaman nabi sulaiman berjumpa dengan rakyatnya. Nabi sulaiman sendiri gerun dengan makhluk ini dan menitahkan tenteranya menghapuskan makhluk itu tapi gagal. Cucu nabi kita pernah diserang makhluk ini. Malaikat jibril naik ke langit meminta ayat rawatan daripada ALLAH, barulah cucu rasulullah pulih. Rasulullah minta ayat ini dibaca oleh umatnya walaupun sekali seumur hidup.

Ketika berada di alam koma, saya nampak arwah ayah, datuk dan pakcik saya berdiri di tepi katil saya. Saya nak bersalam dengan mereka tapi saya dengar suara sepupu dan makcik minta saya mengucap. Tangan saya digenggam oleh sepupu saya. Di alam koma saya didatangi oleh dua orang lelaki, seorang berjubah putih berbadan besar, muka cerah & kacak tetapi tegas dan seorang berbadan kecil berjubah gelap dan tidak kacak. Mereka datang untuk membawa saya ke alam barzah. Mulut saya dikunci tetapi roh sudah berada di luar badan. Roh sayalah yang berkomunikasi dengan mereka. Roh saya tanya kenapa tak bagi tahu dulu nak ambil saya. Lelaki berjubah putih menjawab, mereka datang banyak kali. Merekalah sakaratul maut. Mereka datang bukan dengan bentuk fizikal seperti kawan kita melawat kita. Maut datang 70 kali sehari kepada kita. Bagaimana maut datang ? Laungan azan menyebut nama ALLAH adalah peringatan bahawa maut boleh datang bila-bila masa. Qomat sebelum solat juga menyebut nama ALLAH. Bacaan dalam surat al-fatihah, yang bermaksud Dialah raja di hari kiamat, adalah peringatan tentang mati. Khabar berita tentang kematian, menziarah orang sakit dan orang meninggal adalah lawatan sakaratul maut menemui kita. Jadi, mengingati ALLAH bererti mengingati mati. Itulah ilmu yang saya dapat tentang sakaratul maut dan mati…Kita belajar maut datang menjengah kita 70 kali sehari tapi bila ? Maut adalah alam ghaib..jadi ia tidak datang dalam bentuk fizikal. Kita pun tak pernah jumpa malaikat maut di hospital, kubur, kat tempat aksiden tapi adakah malaikat maut tidak wujud ? Wujud….

Lelaki berjubah putih berkata lagi, “Tidak ada satu pun yang dusta mengenai ayat al-quran dari ayat pertama hingga ayat terakhir. Tiba-tiba sebuah al-quran sebesar separuh meja makan berwarna emas muncul dan terbuka dari helaian pertama hingga terakhir dan berkata- kata dengan ayat al-quran sambil mengeluarkan cahaya. Ya ALLAH, kata-katamu di dalam al-quran juga hidup..senaskah al-quran yang kita baca bukan sekadar ayat dalam sebuah buku…sesungguhnya kalammu ya ALLAH adalah makhluk yang hidup….kalam ALLAH itu benar dan tiada dusta.

Akhir sekali, saya dipertontonkan dengan satu layar seperti white screen, muncul dengan senarai dosa-dosa saya. Senarai dalam tulisan arab tanpa baris tapi peliknya saya faham. Antara dosa saya yang tersenarai ialah dosa saya ketika lepas spm. lama dah ini tahun 1990, kisahnya lepas bersihkan halaman rumah, saya cakap kat mak saya, saya nak keluar ke pekan. Mak saya kata tak payahlah keluar, duduk je kat rumah. Mak saya tak marah pun, tapi saya keluar juga…yang ni pun tersenarai sebagai dosa saya terhadap mak…

Saya percaya doa mak saya, kaum keluarga, rakan- rakan telah diperkenankan ALLAH. Setelah roh saya merayu agar saya diberi peluang untuk bertaubat, saya dikembalikan ke alam dunia….kalau tidak saya sudah tiada lagi di dunia ini pada 28 jun 2013 bersamaan 19 syaaban 1434 hijrah, hari jumaat.

Peluang dan ruang yang diberikan ini dimanafaatkan bagaimana oleh saya?

1 Response so far »

  1. 1

    ayu said,

    As’salam…en…tolong contact saya, atau berikn no phone en…nama saya ayu…no hp saya 019-6133046… Alamat email saya ayu2811@yahoo.com.my …. Tolong en, saya benar2 inginkn pertolongan dr en… Tolong saya en… Kerjasama dr en saya ucapkn terima kasih yg tidak terhingga….tolong saya en….please…


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: