Archive for February, 2014

Saya diuji lagi…

20140103_084938

Salam.

Pada 11 Februari 2014, lebih kurang jam 7.50 pagi, kami dalam perjalanan ke tempat kerja melalui DUKE. Terasa jalan seperti bergegar seakan-akan gempa bumi, saya seakan-akan mabuk dan berpusing-pusing. Terasa seperti mabuk laut. Saya tanya wife, kenapa kereta bergegar dan kawalan kereta dah tak menentu. Syukur pada ALLAH saya sempat bagi signal dan berhenti di tepi DUKE yang sempit dan sibuk.

Saya sudah hilang kawalan pada diri sendiri, hanya mampu berzikir dan mengucap shahadah. Adakah saya kena stroke kali kedua?, serangan jantung ? atau apa-apa saja yang memungkinkan inilah saat saya dipanggil mengadap ilahi.

Tidak lama bantuan peronda DUKE tiba. Saya mula berpeluh dan wife saya pasang CD rukyah dalam kereta. Saya kata padanya saya kena ‘attack’. Siapa yang attack biarlah ALLAH saja yang tahu. Syukur saya sempat baca surah al-baqarah 11 ayat dan segala jenis ayat yang saya ingat. Doa saya biarlah saya selamat, tapi ingatan pada ALLAH tetap ada tanpa putus. Ujian lagilah ni..

Bantuan ambulan JPA 3 tiba dan saya berpindah ke atas stretcher, saya muntah 3 kali…sepanjang berada dalam ambulan untuk ke hospital saya hanya mampu berdoa dan istigfar serta bertaubat atas segala dosa-dosa saya kepada semua, makhluk dan ALLAH.

Tiba di hospital bahagian emergency, saya ingat nurse buka jam saya dan ambil darah…seterusnya saya dah pengsan…

Saya sedar bila rakan saya datang, si nizam, adik lelaki saya dua orang dan kawan lama saya ustaz mazri…

Lebih kurangĀ  pukul satu, doktor kejut saya kata saya Ok dan boleh balik…Doktor pun hairan macam mana saya boleh jadi macam ni…tapi segala diagnos menunjukkan saya OK, tekanan darah, kandungan darah, jantung pun OK…

Saya bersukur pada ALLAH sebab tak payah masuk wad…Esoknya saya ke klinik doktor peribadi kami…doktor kata mugkin vertigo. Dipetik dari wiki “ Vertigo adalah salah satu bentuk gangguan keseimbangan dalam telinga bahagian dalam sehingga menyebabkan penderita merasa pusing dalam artian keadaan atau ruang di sekelilingnya menjadi serasa ‘berputar’ ataupun melayang”

Apa-apa pun itu adalah preskripsi sains perubatan. Saya yang dah kena baru tahu bentuk serangan dan kesannya. Adik saya pernah accident tapi tak ingat bagaimana ia terjadi…vertigo ke ?

Nasihat pakar perubatan alternatif saya, memang saya diserang. Jadi saya tak boleh lalai dan kena tingkatkan amalan dengan zikir, dhuha, tahajud dan selawat kepada nabi muhammad s.a.w dan ahli keluarga baginda. InsyaALLAH..

Advertisements

Leave a comment »