Solat jemaah, solat jenazah & sedekah

Salam.

Hari ini saya ke hospital ampang untuk berjumpa doktor pakar. Minggu lepas dah ambil darah. Selepas hantar anak ke sekolah, bergegas ke hospital untuk ambil nombor. Dapat berjumpa doktor dalam pukul 10.30 pg, selepas timbang berat dan cek tekanan darah. Alhamdulillah doktor kata saya dah boleh pergi cek di klinik kesihatan, tak payah jumpa doktor pakar di hospital ampang.

Sambil tunggu doktor, sempat khatam buku mini mudahnya menjemput rezeki (mmr) oleh fathuri salehuddin yang dibeli dengan harga rm2, beberapa minggu dulu. Buku santai diringkaskan daripada buku induk yang mengandungi 40 bab ke 5 bab tapi ada 4 bab extra seperti strategi melunaskan hutang, lunaskan hutang dengan sedekah, menjemput rezeki dengan al-fatihah dan amalan mmr seperti duit, ketenangan, kesihatan dan keselamatan.

Hari doktor bagi mc sebab hidung saya dok sok sek (selsema), balik rumah dah dekat pukul 1. Azam untuk solat zohor di masjis. ALLAH dah bagi cuti, luangkan masa untuk ke rumah DIA. Satu lagi azam ialah mulai sekarang kalau ke masjid mesti sedekah ke tabung. Bukan duit kecil, kalau boleh duit paling besar dalam wallet. Ini amalan dalam buku mmr.

Sampai di masjid ada van jenazah.  Rezeki juga dapat buat fardu kifayah. Kali ni rasa nak sedekah pada ahli keluarga arwah tapi solat jenazah diimamkan bukan ahli keluarga. Masa nak solat jenazah ada seorang brother senyum, dia macam kenal saya tapi saya pulak tak cam dia. Lepas solat brother tadi senyum dan tanya nama saya, saya angguk, masyaALLAH tetiba terpacul dari mulut saya fathil ?

Dia terus salam dan peluk saya. Dia kata yang meninggal makcik dia tinggal kat tamansebelah rumah saya. Saya ambil duit dan bagi pada fathil minta dia bagi pada keluarga arwah. Fathil adalah junior saya zaman sekolah dulu. Tadi dia pakai baju perodua, tak sempat nak bercerita dalam masjid.

Saya tak kenal makcik tu, tapi saya diberi peluang untuk solat zuhur berjemaah di masjid, tunaikan solat jenazah fardu kifayah dan bersedekah. Dapat pula berjumpa rakan lama dan menyambung silatulrahim dengan beliau. Setidaknya dapat saya solat jenazah makcik sahabat saya.

Inilah perjalanan hidup..doakan agar sentiasa diberkati dan dilindungiNYA. Ameen.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: