Archive for May, 2014

Solat jenazah cara mudah

Salam.

Hari ini cuti wesak so tak kerja. Wife nak ke kedai buku beli buku untuk anak bongsu nak periksa. Itu je yang mampu kami lakukan, dua kakaknya ada kelas tambahan sabtu dan ahad. Kakak berdua dah pandai belajar sendiri cuma yang laki ni ibu kena pantau sikit. Pantang lepa main game dan kartun kat tv.

So, on the way saya minta wife drop kat masjid sebab dah waktu zohor. Lepas solat macam ada ceramah, saya dah minta ambil saya nanti lepas solat. Rupanya ada sambungan kursus jenazah. Patut tadi bunyi macam ada ceramah kat masjid.

Saya dah lama nak perbetulkan dan belajar cara-cara menguruskan jenazah. Masa kat itm dan opis lama tak berkesempatan.

Masa balik alor setar pun ingat nak tanya imam masjid sultanah cara yang betul solat jenazah. Bukan apa biar ada guru dalam belajar agama. Saya terbaca imam al-ghazali ada 70,000 guru. Ya, saya mesti cari guru cuma tak berkesempatan.

Masa zaman sekolah ada belajar dalam kelas jenis-jenis solat termasuk solat jenazah tapi tak pernah ambil pot. Masa tu dengar pasal mati macam nak escape je….seingat saya, saya tak pernah ikut arwah ayah pergi solat jenazah. Mak saya dan nenek memang tak bagi budak-budak pergi takut badi dll.

First time saya tengok jenazah ialah pada tahun 1985, masa saya darjah enam, masa ibu kepada mak saya meninggal. Then 1990, bapa kepada mak saya meninggal. Ini kali pertama saya solat jenazah, memang ikut saja. Itu pun saya sempat refer buku dalam perjalanan ke trengganu.

Ibu kepada arwah ayah meninggal di pasir putih pada tahun 2001. Ayah meninggal pada tahun 2004 dan ayahcik, adik ibu saya pada tahun 2007. Terasa ralat kerana saya sebagai anak lelaki sulong tidak mengimamkan solat jenazah ayah sendiri. Kawan baik arwah ayah pesan supaya saya solat hadiah / teman untuk malam pertama ayah di alam kubur, pun saya tak buat. Ini kerana lalai dan abaikan ilmu paling penting walaupun ia fardu kifayah.

Syukur hari ini saya akan dapat ilmu dan guru solat jenazah. Saya tunggu sampai kursus habis rupanya bab solat dan mandikan jenazah dah cover sebelum solat zohor. Petangnya pasal kafankan jenazah. Takpelah dapat juga ilmu. Lepas masjlis saya jumpa ustaz, nasib baik ada banyak lebihan handout, so saya jumpa ustaz minta pencerahan. Ustaz yusri ex-kagat tunjuk demo kat saya. So saya dapatlah ilmu.

Then, timbul pula keraguan pasal ada 4 takbir dalam handout tu..Nak dapatkan ustaz, dia dah masuk minum dalam opis masjis. Saya tegur sorang pakcik nama dia pakcik sani, dia tolong terangkan…Terima kasih ustaz yusri dan pakcik sani. Saya dapat ilmu, guru manakala kalian dapat pahala ilmu ajarkan kepada saya.

Solat Jenazah Cara Mudah.

So, saya share dengan korang…cara mudah…

Solat jenazah ada 7 perkara:

1-Niat (Boleh niat dalam bahasa melayu, sebab niat dalam hati)

Sahaja aku aku solat mayat lelaki* ini 4 takbir, fardu kifayah mengikut imam kerana ALLAh Taala.

Jika perempuan gantikan* dengan perempuan, kanak-kanak lelaki/perempuan. Jika tak tahu jantina jenazah atau ada beberapa jenazah, niat “sahaja aku solat atas mayat yang disolatkan oleh imam kerana ALLAH Taala”. Mudah kan, yang penting niat.

2-Berdiri bagi yang berdaya, tak larat tak apa.

3-Takbir sebanyak 4 kali. Takbir pertama – imam akan sebut ALLAHuakbar,

4-Kita baca al-fatihah,

5-Takbir kedua, kita baca selawat ke atas nabi, ALLAHumma Solli Ala Muhammad.

6-Takbir ketiga-baca doa dalam hati Ya ALLAH, ampunilah dia, berilah rahmat dan sejahtera dan maafkan dia. Takbir keempat- baca doa Ya ALLAH, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami dan janganlah engkau member kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia.

7- Memberi salam seperti salam solat yang lain.

Selesailah..doa lepas solat akan dibaca oleh imam.

Advertisements

Leave a comment »

Kembara masa ke tahun 1598

mlckKredit : http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Books/News/2014/03/09/Marvellous-maps/

Salam.

Saya tertarik dengan peta lama tahun 1598 lakaran barent langenes yang diterbitkan dalam buku maps of Malaya and borneo hasil koleksi peta lama oleh sultan sarafuddin idris shah dan dato richard curtis. Kredit kepada thestar kerana mengeluarkan gambar dan artikel menarik mengenai marvellous maps.

Menjunjung kasih tuanku kerana sudi berkongsi asset pengetahuan dengan kami rakyat jelata. Patik ingin menggunakan peta lama tuanku sebagai kajian ilmiah dan perkembangan ilmu dan berfikir ‘out of the box’.

Bayangkan jika kita ada mesin masa dan pulang ke tahun 1598 iaitu 416 tahun ke zaman lampau, apa yang akan kita jumpa. Kalau di tahun 2014, kita akan masuk google & google map dan cari hala tuju. Paling tidak kita ikut saja highway plus untuk ke destinasi kita.

Kita harus ingat tahun 1598 sudah 87 tahun empayar melayu islam melaka jatuh ke tangan portugis dan keadaannya pasti tidak sama. Map di atas sememangnya tidak tepat pun…

Jom…kita bergerak sekarang. Kita mula dari Melaka naik ke utara pantai barat. Negeri Sembilan masih belum wujud lagi pada zaman ini. Ini kerana kawasan sekitarnya masih berada dalam kawasan Melaka. Malah tanjung tuan di port Dickson adalah lokasi datuk hang tuah berkuda dan berlatih silat. (Sila refer entri saya tanjung tuan). Negeri Sembilan wujud pada tahun 1773, setelah kedatangan raja melewar dari pagar ruyung (Sila refer entri saya replika istana raja melewar@rembau)

Pulo Parcelar-Tak dapat clue, pulo tu mesti pulau. Kalau kita tengok peta lama, banyak kawasan menjadi pulau bila air pasang dan bercantum dengan tanah besar bila air surut. Jadi waktu mereka melakarkan peta memberi kesan kepada ketepatan geografi kawasan tersebut. Pulau Melaka di kota bharu juga dikatakan sebagai pulau pada tahun 1477 ketika Melaka menyerang Kelantan pada zaman tersebut. Pada zaman ini, ia adalah kawasan yang dikelilingi oleh sungai dan membentuk seperti pulau. Jadi banyak kawasan di daratan yang dikelilingi sungai dipanggil pulau. Sebab itu banyak pulau daratan di negara kita. Pulau bukan di tengah lautan.

Solongor- Ini mesti lah negeri selangor. Ini bermakna selangor sudah wujud pada tahun 1598. Kawasan di antara sungai lukut (sekarang negeri sembilan dan bernam (sabak bernam selangor) adalah dalam jajahan Melaka sehingga 1511 dan di bawah kuasa johor-pahang-riau-lingga sehinggalah tahun 1766. Apabila raja lumu berketurunan bugis, anak kepada daeng chelak yang dipertuan muda riau dilantik menjadi raja Selangor di bawah perkenan sultan perak, sultan Mahmud shah II (1765-73), maka bermulalah dinasti raja-raja Selangor hingga ke hari ini. Pada era 1598, klang dan jeram diperintah oleh penghulu atau anak raja. Jadi kita bolehlah singgah di klang atau jeram. 168 tahun dari 1598 barulah Selangor mempunyai raja iaitu raja lumu @ sultan salehuddin (1766-1782).

Pera- Dari jeram kita ke negeri perak. Mengikut catatan tom pires, perak adalah dalam jajahan Melaka. Ia merupakan bekas kerajaan silam gangganegara. Pada tahun 1528, tun saban, anak tun perak yang berhijrah ke grik telah memohon kepada sultan Mahmud shah, Melaka yang bersemayam di Kampar setelah berundur dari Melaka tahun 1511 untuk melantik seorang raja daripada anakanda baginda. Sultan mahmud melantik anakanda baginda mudzafar shah, anak dengan puteri Kelantan, onang kuning yang dikahwininya ketika melanggar Kelantan pada tahun 1477. Umur sultan mudzafar tentulah dalam lingkungan 40an pada ketika itu. Di zaman 1577, setelah mangkatnya sultan perak II, sultan mansur shah I, perak diserang acheh dan semua kerabat diraja ditawan dan dibawa ke acheh. Acheh menghantar anak raja dalam tawanan pulang ke perak menjadi raja boneka. Sultan alauddin shah (1594-1603) juga agak kabur dari segi pertalian sebenar dari keturunan kesultanan Melaka. Ini kerana perak dicengkam kemas di bawah kekuasaan acheh. Punca sebenarnya ialah apabila perak membenarkan portugis berdagang bijih timah di perak.

Pulo Sanbilan- Pulau Sembilan terletak di perak dalam kawasan lumut. Zaman ini pulau ini menjadi kesukaan kaki pancing. Zaman itu mungkin menjadi tempat berteduh atau perlindungan kapal-kapal di selat Melaka. Ini berdasarkan lirik lagu mengapa dirindu..”selat teduh lautan tenang, banyak labuh perahu acheh”.

Baruaz- Ini pula beruas, sebuah pelabuhan silam dan kerajaan melayu beruas. Kerajaan gangganegara.

Joram- ini mungkin jeram, satu kawasan bersejarah dekat kuala Selangor. Mengikut radzi sapiee dalam blog si merah silunya, tun sri lanang dalam sulalatus salatin menceritakan paduka mimat, anakanda sultan mansur shah dan bondanya puteri hang li po dari cina bersemayam di bukit jeram ini. Cuma kedudukan dalam peta sepatutnya sebelum perak. Mungkin ada jeram yang lain iaitu jeram di kampar perak, kawasan bijih. Kalau kita lihat peta ini, ia dilakar untuk kepentingan maritime, seperti tempat ambil air bersih, pulau perlindungan dan pelabuhan perdagangan.

Queda- Kita dah sampai ke kedah. Kedah dah established dah pada masa tu. Pada tahun 1598, kedah berada di bawah pemerintahan sultan mudzaffar shah II, (1546-1602). Setelah melaka jatuh, kedah terdedah kepada ancaman portugis, siam dan acheh. Jadi kita kena berhati-hati sebagai pendatang di tahun 1598, takut-takut kita dikatakan talibarut@spy kepada portugis, acheh atau siam. Dah lah kita ni rakyat Malaysia dari tahun 2014..

Pendam- Ini mungkin pendang di kedah

Liungor – Ligor adalah sebuah kerajaan dalam jajahan siam pada zaman ini dalam kawasan nakhon si thammarat, selatan Thailand. Berdasarkan kedudukan peta, ia adalah ligor. Mengikut tulisan smzakirsayapmatahari.blogspot.com, ligor adalah pusat pentadbiran kerajaan siam ayuthia di selatan. Kerajaan ayuthia wujud dari tahun 1351 hingga 1767. Kerajaan siam inilah yang selalu berperang dengan patani, kedah dan Kelantan.

Merentasi ke pantai timur

Pulo Cara- ini mungkin pulau karah, tetapi kedudukannya dekat dengan merang trengganu. Pulau ini mungkin besar suatu ketika dulu.

Pulo Ticos- Ini mungkin pulau tikus.

Patane- Kerajaan Patani (1516-1902) merupakan sebahagian kerajaan melayu daripada kerajaan silam langkasuka. Mengalami pergolakan dan peperangan dari dulu hingga ke hari ini. Ia sentiasa menjadi kesukaan siam untuk memiliki tanah melayu ini. Pada zaman 1598, patani berada pada tahap kegemilangan di bawah pemerintahan raja hijau (raja perempuan). Cerita patani dibuat filem oleh Thailand dengan tajuk queen of langkasuka (2008). Patani dibantu Pahang dan johor Berjaya melawan serangan bertubi-tubi siam ligor. Namun patani jatuh jua ke tangan siam pada tahun 1785, tetapi siam melantik raja kampong laut dari Kelantan sebagai boneka raja patani. Pada tahun 1902, sultan abdul kadir memberontak dan dibuang negeri ke Kelantan. Pada tahun 1909, patani terus berada dalam siam akibat perjanjian Bangkok 1909. Negara patani dipecah-pecahkan. Yang tinggal sekarang adalah tanah patani yang kecil sahaja, seperti negeri Melaka sekarang.

Latamruaratel- Yang ni tak dapat nak determine. Kena search lagi.

Calantano- Dari kedudukan peta, ia adalah negeri saya Kelantan. Pada zaman ini kelantan di bawah pemerintahan sultan hussin dari johor. (1580-1610).

Ponciam- Ini mungkin pulau perhentian. Ini kerana dari segi kedudukan pulau perhentian yang paling besar hampir dengan kedudukan kuala besut, diikuti oleh pulau redang di setiu dan pulau kapas di marang.

Pulo Ridam- Pulau redang

Pulo. Capas. Ini mungkin pulau kapas.

Potingaraom. Kena search, tak boleh nak compute.

Pam- Ini mungkin Pahang. Pahang pada zaman ini adalah di bawah sultan abdul ghafar (1592-1614). Pahang juga dikenali sebagai pam, pang-hang, fanhan dan pong fong oleh pedagang cina, arab dan eropah. Nama tua Pahang adalah inderapura.

Pulo Tunano- Ini mungkin trengganu. Pada zaman ini trengganu di bawah pemerintahan seri akar diraja.

Padram- mungkin pasundran di selatan singapura.

Sincapura. Singapura juga sudah tidak lagi dikenali sebagai temasik.

Muar- Muar sudah wujud di zaman parameswara lagi, dan pernah memerintah di pagoh. Ketika melaka jatuh, sultan Mahmud berundur ke kubu bentayan di muar.

mp1

Jika kita perhati peta di atas, ada lambang kota pada tempat-tempat besar seperti melaka (2 lambang kota), muar, padram, selangor, perak, pulau sembilan, beruas, Kedah, Pendam, dan ligor.

mpp2

Manakala di pantai timur, patani, kelantan, ponciam dan pahang adalah negara kota.

mpp3

Ini bermakna terdapat negara kota yang dilakarkan sebagai penting pada perspektif portugis pada zaman 1598.

Saya pinjam dan kredit gambar daripada blog di bawah sebagai contoh kota pertahanan zaman dulu. Malangnya kota-kota di tanah melayu semuanya dimusnahkan.

http://smzakirsayapmatahari.blogspot.com/2009/02/melayu-di-ligor.html

Kota kuala kedah juga dimusnahkan. (Sila rujuk entri kota kuala kedah).  Nama kota hanya tinggal nama sahaja di banyak lokasi di negara kita. Kita menjadi tidak percaya bahawa bangsa kita dulu hebat. Penjajah mendoktrin pemikiran bangsa kita dari dulu sampai sekarang.

Ayuh bangsaku, gunalah akal, teknologi dan berdoalah agar ALLAH s.w.t membuka (Ya Fattah) kepada kebenaran agar kita mendapat kembali jati diri dan tonik untuk bangkit dan berjaya.

 

KKD02

Comments (1) »

Abstrak kehidupan

20140507_134352~2

Salam.

Gambar di atas saya snap dari dinding luar sebuah kedai makan yang telah berhenti operasi perniagaannya. Lambat laung ia akan dibuang apabila penyewa baru datang.

Saya tertarik kerana lukisannya unik, saya sendiri pun tak tahu apa maksud lukisan tersebut.

Bukan mudah nak datang idea untuk lukisan ini malah nak lukis pun bukan senang. Sayang ia akan dipadamkan kelak. Begitulah kita bila tiba masanya, walau gah, hebat, kaya, kuat, tiba masanya pergilah kita mengadap ALLAH s.w.t.

Jadi, kita kena sedar siapa kita dan ke mana kita akan pergi…kehidupan di sini sementara, tak boleh leka dan rasa kita takkan mati…cukup ke bekalan kita nak ke sana ? ibadat, amalan dan zikir lah bekalan kita…

Leave a comment »

Dua Talkin

Al-FatihahSalam.

Pada hari selasa, 22 april yang lalu, saya mendapat sms daripada radin, bekas rakan sebilik di itm melaka dulu bahawa zali, bekas rakan sebilik kami kritikal di ijn. Saya, radin, zali dan anis merupakan rakan sebilik di blok f kampus baru lendu, itm Melaka. Buat kali saya sebak dan menitis air mata. Saya naik jumpa wife saya untuk bagi tahu pasal zali. Bila masuk je opis wife, saya nampak kawan saya hendra. Saya cepat-cepat jalan takut hendra nampak mata saya merah.

Selepas kerja saya dan isteri ke ijn. Dengan izin ALLAH, kami dapat masuk menziarahi zali di wad ccu. Zali tidak sedarkan diri. Dia sakit dada selepas solat jumaat dan dikejar ke hospital tung shin pudu. Pada hari isnin, doctor tak boleh buat apa then hantar ke ijn. Pakar ijn kata zali dijangkiti virus dan menyerang buah pinggang. Antibiotik hanya boleh bertahan selama 24 jam. Ya ALLAH beratnya dugaan zali dan siti, isteri zali, juga rakan itm saya. Dua tiga hari lepas saya bercerita tentang zali dengan isteri.

Keluarga zali tinggal di kg pantai tanah merah jaya sebelum berpindah ke tangga batu kerana tanah diambil kerajaan untuk membina loji penapisan petronas. Selepas tamat belajar di itm saya lepak di kampong zali ketika air dan api sudah dipotong dan hanya tinggal beberapa keluarga sahaja yang belum berpindah. Pada malam hari zali akan bawa saya naik motor ke warung tepi pantai dan bercerita kesah cinta dia dan siti. Saya mendengar sambil tersengguk mengantuk. Bila zali tengok saya mengantuk dia ajak saya balik tidur. Kali terakhir saya ke sana ketika nak fly ke us dan zali pula ke ohio state, Columbus. Saya kenal mak zali dan nenek beliau. Bapa zali pula telah meninggal dunia ketika dia di bangku sekolah. Banyak kenangan dengan zali..

Pada hari rabu saya melawat zali time lunch hour. Selepas melawat, isteri saya dapat sms dari opis, hendra meninggal dunia dalam tidur di rumah beliau di puncak alam. Innalillahi wa inna rojiun…Pada jam 10 pagi hari khamis, kami ke pengkebumian arwah hendra di shah alam. Talkin dibaca untuk memberi peringatan kepada kita yang masih hidup.

Pada petang 26 april, hari sabtu, radin call bagi tahu zali meninggal dunia. Kami ke rumah zali di sungai merab kerana arwah akan dikebumikan pada malam itu juga. Zali baru berpindah ke situ daripada tasik puteri rawang. Pada jam 10 malam, talkin dibaca untuk memberi peringatan kepada kita yang masih hidup. Pada minggu tersebut saya mendengar 2 kali talkin dibaca. Terasa begitu dekat dengan panggilannya. Ya ALLAH ampuni diriku, kedua orang tuaku, sanak-saudaraku, anak dan isteri. Al-fatihah untuk wan hendra bin wan hamzah dan sazali bin mohamad ali.

Leave a comment »

Masjid Ikhsaniah Iskandariah, Kuala Dal, Padang Renggas

20140501_153415

Salam.

Hari khamis lepas, sempena hari pekerja dan esoknya ada wedding anak buah di alor setar, maka kami bertolak ke utara agak lewat dari biasa. Selalunya lepas kerja dah balik tapi sejak beberapa kali tiba lewat malam akibat banyak stop di R & R kerana mengantuk maka tak senang nak balik malam. Ditambah pula dengan kes kemalangan karpal singh di gua tempurung dan kami pernah diuji dengan beberapa perkara di kawasan itu maka kuat isyarat agar tidak travel malam.

Dah lama tak singgah masjid Ubudiah, kuala kangsar, maka singgah untuk jamak zohor dan asar. Kami sempat menikmati aiskrim roti dan kon serta rojak buah di depan masjid. Then decide untuk ikut jalan biasa melalui padang renggas, bukit gantang dan ke changkat jering. Dok usha kalau musim buah dah tiba tapi kosong je….ropanya durian baru berbunga ya…

Selepas jejantas untuk masuk ke tol kuala kangsar, di sebelah kiri ada sebuah masjid lama iaitu masjid lama kampong kuala dal mukim padang renggas. Mengikut catatan di depan masjid ia dibina oleh sultan iskandar shah, sultan perak ke 30 pada tahun 1936. Ia dirasmikan pada hari jumaat 10 zulhijah 1356H / 11 februari 1938M. Ia dikenali sebagai masjid ikhsaniah iskandariah kerana baginda bernazar membina sebuah masjid setelah anakandanya sihat dari gering.

20140501_153359

Masjid ini seperti istana kenangan bukit chandan, kerana baginda berkenan ia dibina sebegitu rupa. Masjid ini dua tingkat, atas untuk solat, bahagian bawah untuk mengaji dan kenduri.

20140501_153551

Beduk tergantung di bahagian atas, mudah diketuk bila waktu azan. Tukang kayu mahir bernama panjang noh, kulup ngah, wan Ibrahim, dan ngah gadoh turut dibantu oleh orang kampong secara gotong royong membina masjid. Bila kita fikir sejenak, mulianya raja-raja melayu dalam menjaga agama dan umat islam di tanah melayu.

20140501_153609

Janganlah kita derhaka dan menghina raja-raja melayu islam kita kerana mereka memayungi sejak zaman moyang kita lagi. Ada yang kata karpal singh yang kurang ajar kerana pernah menghina sultan azlan shah akhirnya meninggal di bumi perak kerana daulat sultan perak. Jangan kita main-main dengan daulat raja melayu islam. Kepada mereka yang bukan melayu, kalau nak merasa daulat raja-raja melayu islam cubalah menderhaka. Semuanya dengan izin ALLAH s.w.t atas apa yang terjadi tetapi sikap melampau adakalanya ALLAH bayar cash, cepat atau lambat sahaja… di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung…harap kalian fahami maksud itu…sedar asal-usul kita jangan jadi biadap dan kurang ajar…Dengan izin ALLAH tentera kacang merah pun dipanah petir..

20140501_153446

Terima kasih juga kepada kerajaan kerana masjid ini telah dibaik pulih jika tidak ia akan musnah dimamah usia. Sayangnya masjid ini berkunci maka tak dapat saya solat di dalamnya. Ini kerana kat sebelah dah ada masjid baru..masjid al-wahidiah. So masjid baru mengambil alih tugas sejak tahun 1976. Masjid ini dianyam menggunakan buluh dan dicat dengan warna bendera negeri perak. Semoga agama islam, tanah islam dan umat islam dilindungi ALLAH sampai ke akhir zaman..ameen..

Leave a comment »