Dua Talkin

Al-FatihahSalam.

Pada hari selasa, 22 april yang lalu, saya mendapat sms daripada radin, bekas rakan sebilik di itm melaka dulu bahawa zali, bekas rakan sebilik kami kritikal di ijn. Saya, radin, zali dan anis merupakan rakan sebilik di blok f kampus baru lendu, itm Melaka. Buat kali saya sebak dan menitis air mata. Saya naik jumpa wife saya untuk bagi tahu pasal zali. Bila masuk je opis wife, saya nampak kawan saya hendra. Saya cepat-cepat jalan takut hendra nampak mata saya merah.

Selepas kerja saya dan isteri ke ijn. Dengan izin ALLAH, kami dapat masuk menziarahi zali di wad ccu. Zali tidak sedarkan diri. Dia sakit dada selepas solat jumaat dan dikejar ke hospital tung shin pudu. Pada hari isnin, doctor tak boleh buat apa then hantar ke ijn. Pakar ijn kata zali dijangkiti virus dan menyerang buah pinggang. Antibiotik hanya boleh bertahan selama 24 jam. Ya ALLAH beratnya dugaan zali dan siti, isteri zali, juga rakan itm saya. Dua tiga hari lepas saya bercerita tentang zali dengan isteri.

Keluarga zali tinggal di kg pantai tanah merah jaya sebelum berpindah ke tangga batu kerana tanah diambil kerajaan untuk membina loji penapisan petronas. Selepas tamat belajar di itm saya lepak di kampong zali ketika air dan api sudah dipotong dan hanya tinggal beberapa keluarga sahaja yang belum berpindah. Pada malam hari zali akan bawa saya naik motor ke warung tepi pantai dan bercerita kesah cinta dia dan siti. Saya mendengar sambil tersengguk mengantuk. Bila zali tengok saya mengantuk dia ajak saya balik tidur. Kali terakhir saya ke sana ketika nak fly ke us dan zali pula ke ohio state, Columbus. Saya kenal mak zali dan nenek beliau. Bapa zali pula telah meninggal dunia ketika dia di bangku sekolah. Banyak kenangan dengan zali..

Pada hari rabu saya melawat zali time lunch hour. Selepas melawat, isteri saya dapat sms dari opis, hendra meninggal dunia dalam tidur di rumah beliau di puncak alam. Innalillahi wa inna rojiun…Pada jam 10 pagi hari khamis, kami ke pengkebumian arwah hendra di shah alam. Talkin dibaca untuk memberi peringatan kepada kita yang masih hidup.

Pada petang 26 april, hari sabtu, radin call bagi tahu zali meninggal dunia. Kami ke rumah zali di sungai merab kerana arwah akan dikebumikan pada malam itu juga. Zali baru berpindah ke situ daripada tasik puteri rawang. Pada jam 10 malam, talkin dibaca untuk memberi peringatan kepada kita yang masih hidup. Pada minggu tersebut saya mendengar 2 kali talkin dibaca. Terasa begitu dekat dengan panggilannya. Ya ALLAH ampuni diriku, kedua orang tuaku, sanak-saudaraku, anak dan isteri. Al-fatihah untuk wan hendra bin wan hamzah dan sazali bin mohamad ali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: