Kembara masa ke tahun 1598

mlckKredit : http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Books/News/2014/03/09/Marvellous-maps/

Salam.

Saya tertarik dengan peta lama tahun 1598 lakaran barent langenes yang diterbitkan dalam buku maps of Malaya and borneo hasil koleksi peta lama oleh sultan sarafuddin idris shah dan dato richard curtis. Kredit kepada thestar kerana mengeluarkan gambar dan artikel menarik mengenai marvellous maps.

Menjujung kasih tuanku kerana sudi berkongsi asset pengetahuan dengan kami rakyat jelata. Patik ingin menggunakan peta lama tuanku sebagai kajian ilmiah dan perkembangan ilmu dan berfikir ‘out of the box’.

Bayangkan jika kita ada mesin masa dan pulang ke tahun 1598 iaitu 416 tahun ke zaman lampau, apa yang akan kita jumpa. Kalau di tahun 2014, kita akan masuk google & google map dan cari hala tuju. Paling tidak kita ikut saja highway plus untuk ke destinasi kita.

Kita harus ingat tahun 1598 sudah 87 tahun empayar melayu islam melaka jatuh ke tangan portugis dan keadaannya pasti tidak sama. Map di atas sememangnya tidak tepat pun…

Jom…kita bergerak sekarang. Kita mula dari Melaka naik ke utara pantai barat. Negeri Sembilan masih belum wujud lagi pada zaman ini. Ini kerana kawasan sekitarnya masih berada dalam kawasan Melaka. Malah tanjung tuan di port Dickson adalah lokasi datuk hang tuah berkuda dan berlatih silat. (Sila refer entri saya tanjung tuan). Negeri Sembilan wujud pada tahun 1773, setelah kedatangan raja melewar dari pagar ruyung (Sila refer entri saya replika istana raja melewar@rembau)

Pulo Parcelar-Tak dapat clue, pulo tu mesti pulau. Kalau kita tengok peta lama, banyak kawasan menjadi pulau bila air pasang dan bercantum dengan tanah besar bila air surut. Jadi waktu mereka melakarkan peta memberi kesan kepada ketepatan geografi kawasan tersebut. Pulau Melaka di kota bharu juga dikatakan sebagai pulau pada tahun 1477 ketika Melaka menyerang Kelantan pada zaman tersebut. Pada zaman ini, ia adalah kawasan yang dikelilingi oleh sungai dan membentuk seperti pulau. Jadi banyak kawasan di daratan yang dikelilingi sungai dipanggil pulau. Sebab itu banyak pulau daratan di negara kita. Pulau bukan di tengah lautan.

Solongor- Ini mesti lah negeri selangor. Ini bermakna selangor sudah wujud pada tahun 1598. Kawasan di antara sungai lukut (sekarang negeri sembilan dan bernam (sabak bernam selangor) adalah dalam jajahan Melaka sehingga 1511 dan di bawah kuasa johor-pahang-riau-lingga sehinggalah tahun 1766. Apabila raja lumu berketurunan bugis, anak kepada daeng chelak yang dipertuan muda riau dilantik menjadi raja Selangor di bawah perkenan sultan perak, sultan Mahmud shah II (1765-73), maka bermulalah dinasti raja-raja Selangor hingga ke hari ini. Pada era 1598, klang dan jeram diperintah oleh penghulu atau anak raja. Jadi kita bolehlah singgah di klang atau jeram. 168 tahun dari 1598 barulah Selangor mempunyai raja iaitu raja lumu @ sultan salehuddin (1766-1782).

Pera- Dari jeram kita ke negeri perak. Mengikut catatan tom pires, perak adalah dalam jajahan Melaka. Ia merupakan bekas kerajaan silam gangganegara. Pada tahun 1528, tun saban, anak tun perak yang berhijrah ke grik telah memohon kepada sultan Mahmud shah, Melaka yang bersemayam di Kampar setelah berundur dari Melaka tahun 1511 untuk melantik seorang raja daripada anakanda baginda. Sultan mahmud melantik anakanda baginda mudzafar shah, anak dengan puteri Kelantan, onang kuning yang dikahwininya ketika melanggar Kelantan pada tahun 1477. Umur sultan mudzafar tentulah dalam lingkungan 40an pada ketika itu. Di zaman 1577, setelah mangkatnya sultan perak II, sultan mansur shah I, perak diserang acheh dan semua kerabat diraja ditawan dan dibawa ke acheh. Acheh menghantar anak raja dalam tawanan pulang ke perak menjadi raja boneka. Sultan alauddin shah (1594-1603) juga agak kabur dari segi pertalian sebenar dari keturuan kesultanan Melaka. Ini kerana perak dicengkam kemas di bawah kekuasaan acheh. Punca sebenarnya ialah apabila perak membenarkan portugis berdagang bijih timah di perak.

Pulo Sanbilan- Pulau Sembilan terletak di perak dalam kawasan lumut. Zaman ini pulau ini menjadi kesukaan kaki pancing. Zaman itu mungkin menjadi tempat berteduh atau perlindungan kapal-kapal di selat Melaka. Ini berdasarkan lirik lagu mengapa dirindu..”selat teduh lautan tenang, banyak labuh perahu acheh”.

Baruaz- Ini pula beruas, sebuah pelabuhan silam dan kerajaan melayu beruas. Kerajaan gangganegara.

Joram- ini mungkin jeram, satu kawasan bersejarah dekat kuala Selangor. Mengikut radzi sapiee dalam blog si merah silunya, tun sri lanang dalam sulalatus salatin menceritakan paduka mimat, anakanda sultan mansur shah dan bondanya puteri hang li po dari cina bersemayam di bukit jeram ini. Cuma kedudukan dalam peta sepatutnya sebelum perak. Mungkin ada jeram yang lain iaitu jeram di kampar perak, kawasan bijih. Kalau kita lihat peta ini, ia dilakar untuk kepentingan maritime, seperti tempat ambil air bersih, pulau perlindungan dan pelabuhan perdagangan.

Queda- Kita dah sampai ke kedah. Kedah dah established dah pada masa tu. Pada tahun 1598, kedah berada di bawah pemerintahan sultan mudzaffar shah II, (1546-1602). Setelah melaka jatuh, kedah terdedah kepada ancaman portugis, siam dan acheh. Jadi kita kena berhati-hati sebagai pendatang di tahun 1598, takut-takut kita dikatakan talibarut@spy kepada portugis, acheh atau siam. Dah lah kita ni rakyat Malaysia dari tahun 2014..

Pendam- Ini mungkin pendang di kedah

Liungor – Ligor adalah sebuah kerajaan dalam jajahan siam pada zaman ini dalam kawasan nakhon si thammarat, selatan Thailand. Berdasarkan kedudukan peta, ia adalah ligor. Mengikut tulisan smzakirsayapmatahari.blogspot.com, ligor adalah pusat pentadbiran kerajaan siam ayuthia di selatan. Kerajaan ayuthia wujud dari tahun 1351 hingga 1767. Kerajaan siam inilah yang selalu berperang dengan patani, kedah dan Kelantan.

Merentasi ke pantai timur

Pulo Cara- ini mungkin pulau karah, tetapi kedudukannya dekat dengan merang trengganu. Pulau ini mungkin besar suatu ketika dulu.

Pulo Ticos- Ini mungkin pulau tikus.

Patane- Kerajaan Patani (1516-1902) merupakan sebahagian kerajaan melayu daripada kerajaan silam langkasuka. Mengalami pergolakan dan peperangan dari dulu hingga ke hari ini. Ia sentiasa menjadi kesukaan siam untuk memiliki tanah melayu ini. Pada zaman 1598, patani berada pada tahap kegemilangan di bawah pemerintahan raja hijau (raja perempuan). Cerita patani dibuat filem oleh Thailand dengan tajuk queen of langkasuka (2008). Patani dibantu Pahang dan johor Berjaya melawan serangan bertubi-tubi siam ligor. Namun patani jatuh jua ke tangan siam pada tahun 1785, tetapi siam melantik raja kampong laut dari Kelantan sebagai boneka raja patani. Pada tahun 1902, sultan abdul kadir memberontak dan dibuang negeri ke Kelantan. Pada tahun 1909, patani terus berada dalam siam akibat perjanjian Bangkok 1909. Negara patani dipecah-pecahkan. Yang tinggal sekarang adalah tanah patani yang kecil sahaja, seperti negeri Melaka sekarang.

Latamruaratel- Yang ni tak dapat nak determine. Kena search lagi.

Calantano- Dari kedudukan peta, ia adalah negeri saya Kelantan. Pada zaman ini kelantan di bawah pemerintahan sultan hussin dari johor. (1580-1610).

Ponciam- Ini mungkin pekan. Ini kerana pekan adalah pusat pentadbiran pahang.

Pulo Ridam- Pulau redang

Pulo. Capas. Ini mungkin pulau kapas.

Potingaraom. Kena search, tak boleh nak compute.

Pam- Ini mungkin Pahang. Pahang pada zaman ini adalah di bawah sultan abdul ghafar (1592-1614). Pahang juga dikenali sebagai pam, pang-hang, fanhan dan pong fong oleh pedagang cina, arab dan eropah. Nama tua Pahang adalah inderapura.

Pulo Tunano- Ini mungkin trengganu. Pada zaman ini trengganu di bawah pemerintahan seri akar diraja.

Padram- mungkin pasundran di selatan singapura.

Sincapura. Singapura juga sudah tidak lagi dikenali sebagai temasik.

Muar- Muar sudah wujud di zaman parameswara lagi, dan pernah memerintah di pagoh. Ketika melaka jatuh, sultan Mahmud berundur ke kubu bentayan di muar.

mp1

Jika kita perhati peta di atas, ada lambang kota pada tempat-tempat besar seperti melaka (2 lambang kota), muar, padram, selangor, perak, pulau sembilan, beruas, Kedah, Pendam, dan ligor.

mpp2

Manakala di pantai timur, patani, kelantan, ponciam dan pahang adalah negara kota.

mpp3

Ini bermakna terdapat negara kota yang dilakarkan sebagai penting pada perspektif portugis pada zaman 1598.

Saya pinjam dan kredit gambar daripada blog di bawah sebagai contoh kota pertahanan zaman dulu. Malangnya kota-kota di tanah melayu semuanya dimusnahkan.

http://smzakirsayapmatahari.blogspot.com/2009/02/melayu-di-ligor.html

Kota kuala kedah juga dimusnahkan. (Sila rujuk entri kota kuala kedah).  Nama kota hanya tinggal nama sahaja di banyak lokasi di negara kita. Kita menjadi tidak percaya bahawa bangsa kita dulu hebat. Penjajah mendoktrin pemikiran bangsa kita dari dulu sampai sekarang.

Ayuh bangsaku, gunalah akal, teknologi dan berdoalah agar ALLAH s.w.t membuka (Ya Fattah) kepada kebenaran agar kita mendapat kembali jati diri dan tonik untuk bangkit dan berjaya.

 

KKD02

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: