Solat jenazah cara mudah

Salam.

Hari ini cuti wesak so tak kerja. Wife nak ke kedai buku beli buku untuk anak bongsu nak periksa. Itu je yang mampu kami lakukan, dua kakaknya ada kelas tambahan sabtu dan ahad. Kakak berdua dah pandai belajar sendiri cuma yang laki ni ibu kena pantau sikit. Pantang lepa main game dan kartun kat tv.

So, on the way saya minta wife drop kat masjid sebab dah waktu zohor. Lepas solat macam ada ceramah, saya dah minta ambil saya nanti lepas solat. Rupanya ada sambungan kursus jenazah. Patut tadi bunyi macam ada ceramah kat masjid.

Saya dah lama nak perbetulkan dan belajar cara-cara menguruskan jenazah. Masa kat itm dan opis lama tak berkesempatan.

Masa balik alor setar pun ingat nak tanya imam masjid sultanah cara yang betul solat jenazah. Bukan apa biar ada guru dalam belajar agama. Saya terbaca imam al-ghazali ada 70,000 guru. Ya, saya mesti cari guru cuma tak berkesempatan.

Masa zaman sekolah ada belajar dalam kelas jenis-jenis solat termasuk solat jenazah tapi tak pernah ambil pot. Masa tu dengar pasal mati macam nak escape je….seingat saya, saya tak pernah ikut arwah ayah pergi solat jenazah. Mak saya dan nenek memang tak bagi budak-budak pergi takut badi dll.

First time saya tengok jenazah ialah pada tahun 1985, masa saya darjah enam, masa ibu kepada mak saya meninggal. Then 1990, bapa kepada mak saya meninggal. Ini kali pertama saya solat jenazah, memang ikut saja. Itu pun saya sempat refer buku dalam perjalanan ke trengganu.

Ibu kepada arwah ayah meninggal di pasir putih pada tahun 2001. Ayah meninggal pada tahun 2004 dan ayahcik, adik ibu saya pada tahun 2007. Terasa ralat kerana saya sebagai anak lelaki sulong tidak mengimamkan solat jenazah ayah sendiri. Kawan baik arwah ayah pesan supaya saya solat hadiah / teman untuk malam pertama ayah di alam kubur, pun saya tak buat. Ini kerana lalai dan abaikan ilmu paling penting walaupun ia fardu kifayah.

Syukur hari ini saya akan dapat ilmu dan guru solat jenazah. Saya tunggu sampai kursus habis rupanya bab solat dan mandikan jenazah dah cover sebelum solat zohor. Petangnya pasal kafankan jenazah. Takpelah dapat juga ilmu. Lepas masjlis saya jumpa ustaz, nasib baik ada banyak lebihan handout, so saya jumpa ustaz minta pencerahan. Ustaz yusri ex-kagat tunjuk demo kat saya. So saya dapatlah ilmu.

Then, timbul pula keraguan pasal ada 4 takbir dalam handout tu..Nak dapatkan ustaz, dia dah masuk minum dalam opis masjis. Saya tegur sorang pakcik nama dia pakcik sani, dia tolong terangkan…Terima kasih ustaz yusri dan pakcik sani. Saya dapat ilmu, guru manakala kalian dapat pahala ilmu ajarkan kepada saya.

Solat Jenazah Cara Mudah.

So, saya share dengan korang…cara mudah…

Solat jenazah ada 7 perkara:

1-Niat (Boleh niat dalam bahasa melayu, sebab niat dalam hati)

Sahaja aku aku solat mayat lelaki* ini 4 takbir, fardu kifayah mengikut imam kerana ALLAh Taala.

Jika perempuan gantikan* dengan perempuan, kanak-kanak lelaki/perempuan. Jika tak tahu jantina jenazah atau ada beberapa jenazah, niat “sahaja aku solat atas mayat yang disolatkan oleh imam kerana ALLAH Taala”. Mudah kan, yang penting niat.

2-Berdiri bagi yang berdaya, tak larat tak apa.

3-Takbir sebanyak 4 kali. Takbir pertama – imam akan sebut ALLAHuakbar,

4-Kita baca al-fatihah,

5-Takbir kedua, kita baca selawat ke atas nabi, ALLAHumma Solli Ala Muhammad.

6-Takbir ketiga-baca doa dalam hati Ya ALLAH, ampunilah dia, berilah rahmat dan sejahtera dan maafkan dia. Takbir keempat- baca doa Ya ALLAH, janganlah kiranya pahalanya tidak sampai kepada kami dan janganlah engkau member kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia.

7- Memberi salam seperti salam solat yang lain.

Selesailah..doa lepas solat akan dibaca oleh imam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: