Writing the research paper

book1

Salam.

Buku ni dah lama beli. Publishernya UPM, beli pun kat UPM. Tergerak nak baca bila beli buku DR OT last week, buku ini ada dalam list katalog dan juga ada dalam koleksi saya. Banyak betul buku saya beli tapi tak sempat baca. Minggu lepas beli buku lagi, nanti saya speed reading. Mengikut penulis buku ini (Kuang Ching Hei & Maya Khemlani David, bukan maya Karin ye), Reseach atau kajian adalah satu penyiasatan (ala-ala james bond) untuk mencari kebenaran mengenai sesuatu dengan menggunakan prosidur yang sistematik. Maksudnya ada peraturan, tatacara dan rujukan yang dibenarkan dan bukan suka-suka hati dan ikut kepala sendiri…

Tujuannya untuk mengenalpasti maklumat dan lokasi yang dicari yang sebelum ini gagal dikenalpasti atau dijumpai. Research memerlukan pengkaji bertanya orang di sekeliling, interview dan berkomunikasi dengan public untuk sahkan atau tidak sahkan sesuatu itu benar atau palsu.

Motivasi untuk menjalankan sesuatu research itu kepada pengkajinya adalah kerana minat sendiri, ingin tahu lebih lanjut mengenai sesuatu perkara atau ingin membuktikan sesuatu yang dirasa/andaian (assumption) oleh pengkaji itu sendiri.

Secara kita tidak sedar, kita selalu buat research sebenarnya. Research ni adalah satu proses berterusan melibatkan proses pembelajaran dan menemui sesuatu perkara baru. Salah satu contoh bila kita mula suka pada ‘seseorang’ awek ke mak we ke GF ke apa-apa lah namanya..

Contohnya bila kita tertarik pada seorang awek,,first mesti kita nak tau nama dia kan ? Apa kita buat ? Kalau macho Tanya dia terus, kalau tak berapa ada macho tanya orang atau usha kawan-kawan dia panggil dia apa…

Bila dah tau nama, mesti nak tau lebih lanjutkan…no HP dia, id whatsapp, twitter, dll lah…so kena berkomunikasi atau search guna google mana tau ada gambar, info pasal dia….

Jadi keywork research ialah bertanya atau ASK…..jadi apabila keinginan untuk mengetahui itu wujud dan kita mahukan jawapan, maka kita akan memulakan kajian…ha ha ha…actually dalam kehidupan kita dah banyak research kita dah buat cuma tidak ditulis sebagai hasil kajian…itu saja….

Kadang-kadang bertanya bukanlah cara terbaik untuk mendapatkan jawapan…baca buku, surat khabar, majalah, journal (alahai ini akademik lah kalau sebut journal). Pada zaman ini internetlah jawapan kepada banyak soalan dan memberi jawapan…

Buku ni ala-ala buku tadika untuk mereka yang baru nak mengenal research…elok sekadar untuk bacaan santai…tak cukup untuk mengenal research secara mendalam…

Buku ini setebal 64 mukasurat dan ada 10 bab je…setengah jam boleh khatam lah…don wori…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: