Masjid Kg Tapang

20140606_135739

Salam..

Minggu lepas kami diberi masa oleh ALLAH untuk pulang menjenguk ibu di Kb. Di tengah kesibukan dunia dan cuti sekolah ada juga masa untuk ke sana.

Pada hari jumaat, beria-ia untuk solat jumaat di masjid tok guru pulau melaka. Orang dah azan baru gerak, sampai kat pulau melaka masjid lenggang, tanya sorang brother, katanya masjid untuk solah fardu saja.

Nak ke kota jembal tak tahu masjid belah mana so patah balik dan hati tergerak untuk ke masjid kg tapang, masjid zaman kecik-kecik dulu, yang saya pernah cerita pada enti masjid sg chincin.

Seingat saya, last saya datang amsjid ni dalam 5-6 tahun dulu untuk bayar zakat fitrah. Last solat jumaat di sini seingat saya dalam tahun 1985, sebelum saya ke star ipoh.

Masjid ni banyak kenangan saya dan arwah ayah. Setiap jumaat seawal 11.30 pagi kami akan ke bangunan 13 di kb untuk jemput seorang ustaz dari besut untuk mengajar agama. Saya tak tahu kenapa ayah saya kena jemput cuma seingat saya, pada waktu itu kami antara keluarga pertama yang ada kereta..kereta kami platnya DA….

Jadi hati memberontak sebab nak tengok cerita mobby dick kat tv, lepas jumaat pula ada cerita time tunnel atau land of the giant. Saya paling bengang kalau ada jemputan kenduri selepas solat jumaat…memang miss lah cerita..

Ohh ya, terkejut saya sebab masjid dah berwajah baru…

Sejak kematian tok imam hussein, yang juga guru al-quran saya, jiran kami dan ustaz ramlee, menantu tok imam, juga jiran kami, legasi kedua-dua imam sudah dilupakan. ustaz lee, nama panggilan orang kampung kepada ustaz ramlee, beliau akan ganti tok imam hussein baca khutbah jumaat dan jadi imam kalau tok imam hussein ada urusan lian atau tak sihat…

20140606_133621

Ini bahagian baru dalam masjid. Mengimbas kembali waktu kecik-kecik dulu, bila budak kg tapang selalu nak buli saya sebab saya tak ada kawan kat kg tapang kerana kami dari kg dusun raja. Cuma saya bangga sebab tok imam hussein tu jiran kami…so tiap-tipa hari jumaat kami datang sini untuk solat..he he pada masa tu orang kg tapang tiada yang berkebolehan untuk jadi imam so kena tok imam hussein jadi imam masjid tapang..Pada masa  tu masjid kg cherang bekum ada lagi, yang paling dekat masjid rambutan rendang..sekarang dipanggil masji kg chempaka.

20140606_135105

Ini bahagian tengah masjid. Mimbar pun dah baru. Dulu-dulu masjid memang padat. Budak-budak penuhkan bahagian belakang. Yang datang pun main-main sambil sembahyang, kacau orang, dll…zaman sekarang pun sama…budak-budak tetap budak-budak..

20140606_135236

Ini bahagian sebelah kiri. Struktur lama masjid masih kekal.

20140606_135625

Kat tengah masjid boleh nampak ruang tingkat atas. Wah ada 2 tingkat rupanya. Bahagian untuk jemaah wanita biasanya..saya naik ikut tangga kat belakang untuk tengok ruangan atas masjid..

20140606_135518

Ada kesan bocor sebab semalam hujan lebat. Karpet belum pasang lagi..

20140606_140014

Aikk ni kat mana pula ? Lepas solat saya jalan ke bahagian depan masjid. Gabungan lama dan baru..mungkin bahagian ni akan dibina dengan yang baru…maka hilanglah kenangan lama masjid tapang..nasib baik saya tergerak ke sini pada kali ni…adik-adik lelaki saya tidak dibawa oleh arwah ayah ke sini kerana pada zaman mereka masjid kg cherang siap dibina pada akhir tahun 80an-90an. Jadi saya je yang ada sentimental value pada masjid kg tapang…

20140606_140456

Kenangan yang tinggal untuk saya ingati. Masjid kg tapang yang banyak mmberi ilmu agama kepada saya walaupun pada zaman itu saya dipaksa oleh arwah ayah untuk hadir mendengar orang mengajar agama tapi alhamdulillah banyak perkara, cerita agama, ilmu tauhid, fekah saya dapat melalui pengajian kitab. Saya lupa betul nama ustaz yang mengajar. Bacaan fatihah beliau pun pelik tapi sama dengan cara bacaan arwah pakcik saya, arwah imam mat yamin, imam kg pernu melaka, suami maksu cik biadah saya. Kata arwah ayah mereka dari pondok yang sama. Arwah ustaz tersebut selalu dijemput ke rumah untuk solat hajat apabila kami nak exam, penilaian darjah 5, upsr adik-adik, dll solat hajat.

20140606_140123

Satu gabungan lama-baru masjig kg tapang. Sebahagian nostalgia saya berada di sebelah kiri dan masjid baru adalah harapan untuk generasi kg tapang…sedih bila teringat kepada arwah ustaz, ustaz lee, tok imam hussein dan arwah ayah. Mereka semua sudah tiada tapi jasa mereka sangat besar…al fatihah buat mereka. Watak-watak yang pernah menghidupkan sinar pengajian agama di masjid kg tapang. Kisah mereka tiada dalam mana-mana buku atau catatan. Cuma dalam ingatan mereka yang pernah berada di masjid kg tapang tiap-tiap hari jumaat untuk belajar kitab..orang lama kg tapang pun ramai yang dah tak ada…seingat saya tok penghulu mat sangat baik dengan keluarg kami…pada tahun 1990 apabila pas memerintah kelantan, tok penghulu mat pun hilang jawatan tersebut kerana dia pernah berkhidmat di bawah kerajaan umno…ramai tok imam ditukar tapi tok imam husssein tetap maintain…power jugak politik tok guru saya ni…

20140606_135908

Beberapa rumah lama di sebelah masjid dah bertukar baru..saya ingat rumah yang selalu buat kenduri lepas solat jumaat pun dah tak ada…tau kenapa masa kecik saya tak suka kenduri. Kerana saya tak pandai makan nasi pakai tangan dan kena ambil lauk sendiri..saya kat rumah masa kecik makan nasi pakai sudu & garpu…macam mat saleh..pernah to sedara saya perli kata saya ni macam orang putih…alhamdulillah saya pernah dapat sambung belajar ke luar negara…bila kat sana ok je makan pakai tangan…

Begitulah kenangan saya dan arwah ayah meramaikan jemaah setiap kali solat jumaat di masjid kg tapang sekitar tahun 1976 – 1985. Seingat saya kali pertama arwah ayah bawa untuk solat jumaat pada tahun 1976, kerana pada masa yang sama mak saya nak lahirkan adik saya yang ketiga. Kena pergi ambil bidan dan bergegas ke masjid untuk solat jumaat..wassalam..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: