Archive for July, 2014

3 Sahabat

Salam.

Selepas solat terawih, ada tazkirah di masjid kt sini. Kalau ustaz ok saya dengar lah, kalau tak saya balik.

Latelty ajk dah set tajuk, ustaz kena cover pasal hadis nabi…ada juga ustaz komen sebab dah sediakan tajuk favorite dia…tapi saya suka sebab bila kena deliver tajuk pasal hadis, ustaz dah tak boleh mengarut dan meraban sebab dah ada list hadis…ha haha ok kan..sebab jemaah dah jemu dengan ceramah agama then masuk bab politik terutama time bulan ramadhan…

So, satu malam tu ustaz cerita, kita ni ada 3 sahabat baik. Pertama, sahabat yang kita paling suka dan sayang, kedua sahabat yang biasa-biasa je dan last sekali sahabat yang kita paling menyampah…

Satu hari kita minta tolong sahabat kita hantar kita ke satu tempat..Sahabat yang pertama kata, awak pergi lah sendiri, saya sibuk la. So, minta tolong sahabat kedua, dia kata, saya drop je tapi tak tunggu..boleh? Alahai, so minta pada sahabat ketiga, menyampah pulak tu kat dia tapi kena minta tolong gak sebab dah desperate ni…alangkah terkejutnya sahabat ni kata i hantar dan temankan you….terkejut lah wei…..

Last sekali ustaz reveal sahabat pertama ialah harta di dunia, bila kita mati dia TAK AKAN ikut kita ke kubur, sahabat kedua adalah keluarga, mereka hantar kita sampai kubur dan pulang selepas kebumi…sahabat ketiga ialah amalan seperti solat, zakat, zikir, sedekah yang kita memang malas nak buat…

Kalau tak percaya tengok lah nanti….saya pun pesan kat diri sendiri juga..wassalam

Leave a comment »

The Research Question

Research Problem memberi ruang atau context kepada study (kajian) dan reveal apa yang pengkaji sedang cuba untuk menjawab persoalan kepada masalah tersebut.

Practical problem. Katalah anda berjalan di KLCC, tetiba keluar asap berkepul-kepul di taman dan semua orang yang terhidu ketawa berbahak-bahak tanpa henti. Masalah ni….

Dengan pantas anda akan cuba cari solution supaya masalah stop. Tapi solution tak dapat dengan kadar segera. Anda pun berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah itu.

Pencarian solution kepada problem merupakan motivasi kepada anda untuk merujuk kepada topic-topik kajian lepas dengan harapan ia dapat resolve (selesai atau minimakan) masalah tersebut..Ada masalah yang tidak boleh diselesaikan tapi diminimakan impaknya.

Sebelum ini, anda mungkin tak pernah fikir pun solution atau penyelesaian sebegitu boleh berjaya, tetapi research berkembang kerana masalah (practical problem) yang dihadapi oleh manusia di dunia ini.

Untuk selesaikan Praktikal VS Research problem.

Praktikal problem menjadi motivasi kepada reseach question dengan mendefinisikan research problem dengan jelas/tepat bagi mencari research answer bagi menyelesaikan praktikal problem itu.

Praktikal problem berlaku di mana-mana di dunia ini menyebabkan kos seperti masa, wang dan kegembiraan, etc. Solution adalah dengan melakukan sesuatu kepada masalah tadi.

Research problem bermula apabila kita berfikir tentang sesuatu yang kita tidak faham. Contoh: kenapa keluar asap kat taman KLCC ? (WHY). Bila ia mula keluar asap ? (WHEN). Siapa yang kena asap ? (WHO) Apa sebenarnya yang ada dalam asap hinggakan orang yang menghidup tak stop ketawa ? (WHAT). Bagaimana nak pulihkan orang kembali ke normal ? (HOW).

Cadangan research problem adalah untuk menyelesaikan problem lah…real world problem / praktikal problem.

Pose atau questioning harus dilontarkan kepada research problem sebelum practical problem itu solved. Namun, menyelesaikan research problem tidak secara automatic menyelesaiakn practical problem. Ia tidak mengubah apa-apa pun walaupun research problem Berjaya diselesaikan.

Sebenarnya, menyelesaikan research problem memberi anda ilmu / knowledge tentang sesuatu masalah/perkara dan anda akan lebih memahami permasalahan tersebut. Itu saja……ha ha ha…

Contoh: anda Berjaya merungkai bahawa asap kat taman klcc tu datangnya dari sebuah lubang di tepi kolam air. Ia keluar bila air pancut kat tengah kolam tu memancut air yang tinggi. Orang yang berada di sekitar kawasan itu sahaja yang ketawa, yang kat dalam Kl suria tak ketawa pun. Dalam asap tu ada kandungan asid yang buat system saraf kita terasa geli dan nak ketawa. Nak neutralkan asid tadi kena minum air tebu.

So, kita telah menjawab research problem tapi untuk pulihkan orang ketawa tak henti itu tugas gomenlah…

Problem positif VS problem negatif

Orang akan kata problem itu tidak bagus lah….anak awak problem, suami awak problem, cikgu problem dan macam-macam problem…tetapi seorang researcher memerlukan problem yang baik untuk dikaji..

Topik dan problem tidak sama tau. Topik untuk dibaca manakala problem untuk diselesaikan.

Apabila kita membaca topic dan topic, ia seperti kita membuka envelop surat-surat cinta lama kakak kita dan membacanya. Ohhhh itu, ohhh ini..oooooo dan ooooo banyak jawapan kita dapat dari surat cinta kakak kita…k aka ka…patut kakak pakai baju purple setiap hari rabu, ahak ahak….

Pencarian kepada solution akan menbuat kita focus dan tiba kepada akhir garisan iaitu solution. Research problem yang didefinisi dengan baik akan buat kita focus terhadap satu helaian topic permasalahan yang luas.

Dalam dunia akademik, penulis tidak akan menulis seperti satu guide kepada penyelesaian masalah tetapi akan menulis dengan situasi kita tidak faham kepada satu masalah kecil akan buat kita tidak faham kepada masalah yang lebih besar. Sorry ia bukan ditulis seperti DIY atau book for idiot or dummies.

Leave a comment »

7 Julai 2014 @ 7.7.14 (7 + 7 = 14)

Salam.

Dah masuk seminggu kita berpuasa di ramadhan 1435. Syukur semuanya berjalan dengan baik. Hari ni pula 7.7.14, satu tarikh yang cantik, 7 dicampur 7 bersamaan 14. Setahun yang lalu saya kena stroke. ALLAH beri peluang untuk sembuh. Tahun lepas saya manafaatkan sebulan ramadhan untuk dekat padaNya. Tadi, rasa letih tapi hati kecil berkata “masa sakit dulu boleh gagah ke masjid untuk terawih, sekarang dah sihat, bagi alasan letih untuk tak ke masjid”.

Terima kasih hati kecilku kerana manyedarkan aku, jangan cari alasan kerana belum tentu tahun depan kita diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan 1436..Doaku agar dapat berjumpa ramadhan 1436…ameen..

Leave a comment »