Archive for August, 2014

Negara Berkabung

Salam.

Semalam negara berkabung kerana menerima ketibaan 20 jenazah mangsa MH 17. Salah seorangnya adalah arwah mohd ali dari pagoh. Arwah adalah pelajar phd di sebuah universiti di belanda, dihantar oleh usm sebagai bakal pakar psikologi negara.

Hari ni saya puasa hari ke 6 dalam bulan syawal. Tadi ada mini kolokium phd bersama isteri. Bila terbaca kisah arwah yang hampir tamat phd, terasa sayu juga. Itulah pengakhiran hidup beliau. Semoga arwah mohd ali ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Ameen.

Advertisements

Leave a comment »