Archive for September, 2014

Malunya aku pada ALLAH

Salam.

Tadi aku ada interview kerja di jalan tandang pj. Selepas interview aku redah hujan menuju kereta dan terus balik ke rumah. Jam 5 petang, kerana hujan jalan jem di federal highway. Aku potong masuk bangsar, jem lagi di um, silap line beratur sama orang nak u-turn ke federal highway. Sangkut lagi, orang nak ke highway, patutnya aku rapat kiri ke kl.

Nak ke duke pun dah sangkut, patut terus je ke pwtc jalan tun razak. Call wife kat rumah untuk cool down keresahan. Cek hp, dah nak masuk maghrib, dan malulah aku pada ALLAH, terlepas solat asar. Besar sangatkah perkara lain berbanding solat? Dari duke aku boleh tersilap keluar ke gombak, sangkut lagi…aku jadi gelap, sesat. Aku call wife, dia suruh stop solat maghrib dulu. Aku pun ke keramat dan solat mahgrib dan qadar solat asar.

Ya ALLAH, ampunkan aku kerana lalai padamu, mendahulukan perkara lain melebihimu…aku rasa hari ni ramai terlepas solat gara-gara jem, dan tergolong pula dalam orang yang rugi jika tidak diampun ALLAH..

Tolonglah jangan buat dah perkara macam ni….solat mesti didahulukan….aku beri peringatan pada diri aku sendiri..

 

Leave a comment »

KLIA….

IMG_3243-2.JPG

Salam.

Hari ni kami ke KLIA kerana wan, (anak sedara) bersama isteri dan baby adam akan ke scotland untuk sambung masters. Walaupun pergi setahun je tapi kami pasti rindu kat baby adam yang comel…tak sampai setahun pun umur dia..

Peristiwa mh370 dan mh17, menjadi kerisauan bila ada familiy yang akan terbang jauh. minta dilindungi mereka ini…ramai jugak yg slow down untuk gi travel…

Anak-anak saya dah teruja nak belajar kat luar negara…asyik bertanya macam mana ayah dan ibu belajar kat us dulu…tok ayah dan tok ma tak sedih ke…mereka dah mula merasa mak teh (mak kepada wan) dah mula slow down menahan perasaan anak sulung dari dua beradik yang akan pergi jauh di hujung dunia.

 

Alih-alih, anak kedua menyatakan hasrat nak jadi peramugari pulak…tapi yang bertudung…idea bila tengok geng emirate lalu…

Ok…itu saja..nak gi solat maghrib..

Leave a comment »

Dunia Akademik

world

Salam.

Dah masuk bulan september…2-3 minggu ni relax sikit sebab semester 1 baru habis. course work pun dah settle. Tahun 2009-2013, selama 4 tahun phd kami tak bergerak, macam-macam dugaan, so decide sambung kat uni lain..yang ada course work. perkembangan agak baik sebab prof tolong cerahkan jalan yang gelap..lagipun kami apply mybrain phd…kena habis dalam masa 3 tahun..

Dah hampir setahun saya masuk dunia akademik…hum…sedih juga bila dunia akademik ni penuh dengan orang yang tak berapa cerdik walaupun belajar tinggi…yang tak ada kelayakan tapi nak jadi orang no 1 uni pun ada (vc) ….orang yang baru dapat phd setahun nak jadi ketua (dvc) kepada golongan akademik veteran pun ada….tak ada satu pun tulisannya terbit dalam jurnal…yang tak ada master tapi berlagak mengalah tahap prof pun ada…yang kepala botak berlagak macam ilmu dia tinggi sangat sampai rambut pun tak mau tumbuh…hahahhaa..itulah dunia akademik rupanya…yang jaga ict berlagak hebat tapi system development tak siap-siap…yang pelik semua lagak seorang yang ‘deliver’ dari segi kerja tapi sebenarnya…tak ada pun..asyik-asyik dok tuduh ini kerja orang lama sistem sekarang problem……kalau anda datang untuk berceloteh, buat perabihkan borehhh je…ada yang kata dulu pengalaman kerja kat khazanah…boleh buat perubahan tahap dunia pun alih-alih poyo jugaa lah kome….mengumpatlah kerja saya hari ni…tapi tak sebut nama tak pe hehehe…

Tujuan saya ialah untuk cite beginilah dunia akademik…dulu-dulu saya hanya dengar dari kawan-kawan bahawa fitnah ni lagi banyak kat dunia akademik berbanding dunia korporat@keparat….saya ingin sah kan statement kawan saya adalah benar….

Skandal kejantinaan, perempuan vs lelaki…pun ada juga….minta dijauhkanlah…siap kena ligan dengan bini lagi…ha ha ha kalau dah buat tak senonoh…sekejap je terbukak..yang jadi ‘mangsa keadaan’ tetap wanita….dimalukan, dipandang serong, kena serang dengan bini boss pastu kena resign, terpaksa cari kerja lain…yang si boss tetap dengan hobi keparat…”i tak de apa-apa, she just trying her luck’ boss pun cari calon@mangsa lain pulak…student yang cun@lawa bila grad je ambil kerja¬† bukan sebab cgpa power pun…sebab modal ropa juga…..kalau di dunia korporat biasalah yang cun untuk buat kerja marketing….tak de pula ambil yang cun dilatih untuk jadi pensyarah…supaya budak tak ponteng kelas sebab pensyarah comel…hummm pelik kan….sebab yang lawa, gedik, perasan cun selalunya cukup-cukup makan untuk grad so tak layak jadi ahli akademik….begitulah citenya dari saya…maaflah kalau cite lari dari tajuk…agak mengumpat, kasar dan divert sket tapi…kalau nak masuk dunia akademik niat untuk berbakti dengan ilmu ALLAH…wassalam.

Betulah dugaan ilmu ni hebat juga…

 

Leave a comment »