Malunya aku pada ALLAH

Salam.

Tadi aku ada interview kerja di jalan tandang pj. Selepas interview aku redah hujan menuju kereta dan terus balik ke rumah. Jam 5 petang, kerana hujan jalan jem di federal highway. Aku potong masuk bangsar, jem lagi di um, silap line beratur sama orang nak u-turn ke federal highway. Sangkut lagi, orang nak ke highway, patutnya aku rapat kiri ke kl.

Nak ke duke pun dah sangkut, patut terus je ke pwtc jalan tun razak. Call wife kat rumah untuk cool down keresahan. Cek hp, dah nak masuk maghrib, dan malulah aku pada ALLAH, terlepas solat asar. Besar sangatkah perkara lain berbanding solat? Dari duke aku boleh tersilap keluar ke gombak, sangkut lagi…aku jadi gelap, sesat. Aku call wife, dia suruh stop solat maghrib dulu. Aku pun ke keramat dan solat mahgrib dan qadar solat asar.

Ya ALLAH, ampunkan aku kerana lalai padamu, mendahulukan perkara lain melebihimu…aku rasa hari ni ramai terlepas solat gara-gara jem, dan tergolong pula dalam orang yang rugi jika tidak diampun ALLAH..

Tolonglah jangan buat dah perkara macam ni….solat mesti didahulukan….aku beri peringatan pada diri aku sendiri..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: