Archive for November, 2014

Mata dan Kacamata….

spek

Salam.

Penglihatan adalah anugerah ALLAH yang amat besar. Tanpanya gelap gelitalah dunia kita yang berwarna warni..

ALLAH mempunyai nama Al-Basiir, yang maha melihat.

“Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan ALLAH maha MELIHAT akan apa yang kamu kerjakan” (A-Hadid:4)

Saya, dua anak perempuan dan anak lelaki saya pakai kacamata. Arwah ayah saya juga pakai kacamata. Saya kena pakai kacamata@spek masa ujian mata nak masuk STAR Ipoh tahun 1986. Rupanya vision saya teruk tapi saya gagah juga tak pakai spek hingga tahun 2003 apabila doktor kata BP saya naik mungkin sebab stress mata yang rabun..saya juga rabun jauh…

Lepas saya sakit, barulah saya pakai spek dengan serius…seingat saya sehari sebelum saya kena stroke saya ada bengkel dr ot di uia. Saya lupa bawa spek dan duduk belakang pula. Jenuh saya kena fokus dengan mata yang rabun…mungkin juga ia buat BP saya naik memuncak…itu pun sekadar hypotesis yang tidak diujilah…

Syukur juga ada teknologi spek ni…bolehlah orang rabun melihat dengan normal…masalah saya, power mata sebelah kanan terlalu tinggi 400+ dan sebelah kiri 200 saje, jadi lensa saya agak mahal..nak buat cam ne kan…tapi syukurlah masih boleh melihat….

Anak-anak saya sering sakit kepala, akhirnya masalah mata. Anak lelaki dah pakai spek masa darjah satu kerana silaunya agak tinggi…

Vision 2020 adalah tahap penglihatan yang sempuna…..di sisi ALLAH pula bagaimana penglihatan yang sempurna ?

 

Advertisements

Leave a comment »

MyPhD@MyBrain15

Salam.

Semalam dan hari ni saya ada kelas phd kat kampus. ohhh ya syukur saya dan isteri dah dapat kelulusan biasiswa MyBrain sebanyak RM24k untuk tempoh pengajian selama 42 bulan@3.5 tahun.

Terima kasih kepada kerajaan kerana bagi kami biasiswa.

Kami akan menyumbang untuk menjadi 60,000 rakyat malaysia yang ada kelayakan phd demi target negara maju menjelang tahun 2020.

Buat rakan-rakan, jom ler apply mybrain dan sambung belajar…

kome taip je dalam google “mybrain15” keluar website dan baca arahan…mudah je….

Good Luck to I, Me and Myself…

Leave a comment »