Archive for December, 2014

Ibu Sudah Tiada

Salam.

Semalam, saya dan keluarga menaiki kapal terbang seawal jam tujuh pagi untuk ke kampung halaman di kota bharu. Pada malam sebelumnya kira-kira jam 10 malam, adik menelefon membawa khabar sedih, ibu sudah pergi menemui penciptanya.

Seminggu yang lalu kami bergegas pulang kerana keadaannya semakin lemah tetapi dia beransur pulih. Hati sedikit lega dengan keadaannya namun rupanya itulah tanda orang yang akan pergi. Dengan memberi petanda dia beransur pulih, rupanya dia akan pergi.

Genap 10 tahun 11 hari, ayahnda pergi mengadap Allah s.w.t, tibalah detik sakaratulmaut buat ibu. Ibu pergi dengan tenang, syukurlah adik perempuan saya ada di sisinya.

Sebagai anak sulong, tugas mengimamkan jenazah ibu saya jalankan dengan sebaik mungkin. Dibarisi oleh adik-adik tahfiz madrasah dusun raja serta kaum keluarga, solat jenazah ke atas ibuku, 4 takbir fardu kifayah saya jalankan dengan penuh dedikasi.

Sambil mengawal perasaan, solat diakhiri dengan salam. Namun, ketika mendoakan untuk ibu, sebak di dada mengatasi daya kawalan emosi. Doa ikhlas mengiringi ibu.

Saya menemani ibu ke pusara dengan menaiki van jenazah. Saya mengusung keranda ibu bersama adik dan pakcik ke liang lahad. Saya turun ke liang lahad untuk menyambut ibu. Saya meletakkan jasad ibu mengadap kiblat, dan dengan perlahan-lahan menutupi liang lahad dengan tanah.

Ya Allah, kasihani, ampuni dan maafkanlah ibuku,
Hormatilah kedatangannya ke rumah baru,
Serta lapangkanlah rumahnya itu,
Bersihkan dia dengan air salju dan embun,
Seperti kain putih yang suci dari kekotoran,
Gantikanlah rumah barunya lebih baik dari rumah sekarang,
Gantikanlah keluarga barunya lebih baik dari keluarga sekarang,
Jauhkan dia dari seksa kubur dan seksa api nerakamu ya Allah…

Serta janganlah pahalanya tidak sampai kepada kami,
Janganlah timbul fitnah setelah dia meninggalkan kami,
Ampunkan kami serta saudara kami yang telah mendahului kami,

Ameen Ya Allah….semoga rumah barumu adalah taman-taman syurga…

Selamat tinggal ibuku sayang, Hajah Sapinah. (1950-2014)

Anakmu,

MMO
MWNO
MSLNO
MMZO
MMZRO
MMZNO

Advertisements

Leave a comment »

Gunung Ledang

IMG_20141015_094448

Salam.

Pada tahun 1989, saya menjadi ahli kelab kembara star ipoh. Cikgu zul dan cikgu ghani menjadi guru penasihat kelab telah membawa kami mendaki gunung ledang. Ekspedisi gunung ledang bermula dari asahan di sebelah melaka dan kami turun di sagil kat sebelah johor.

Kami tidak dibenarkan bermalam di puncak gunung kerana angin terlalu kuat..Pengalaman mendaki, berkhemah dan tidur dalam khemah dimasuki air hujan buat kami insaf…Ekspedisi kami adalah program bersama kelab rekreasi perak.

Pada tahun 1990, saya menjadi vice presiden kelab kembara dan kami sepatutnya mendaki gunung korbu di ulu kinta. Atas sebab tertentu, kalau tak silap ada kumpulan pendaki diserang pak belang beberapa minggu sebelumnya, renjer hutan tak galakkan dan pihak sekolah tak benarkan…

Begitu juga dengan night orienteering ke gunung brinchang cameron highland juga dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan…

So, saya hanya pernah sampai ke puncak gunung ledang dan gunung jerai…

Tahun lepas, plan bersama rakan staroba nak panjat gunung nuang pun tak jadi kerana terlalu ramai orang ke sana. Kami divert ke satu tempat. Entri tersebut saya padamkan kerana ada kena mengena dengan satu kejadian tahun lepas. Ia terjadi 2 minggu selepas saya balik dari tempat itu. ALLAH huaklam bissawab.

Leave a comment »