Archive for January, 2015

Nafas terakhir

Salam.

Pada petang khamis lepas, saya menerima berita tentang seorang sahabat Star ipoh, saudara mar azhan marzuki telah pergi menemui penciptanya.

Beliau seorang jurutera aviation sesak nafas dan dikejarkan ke sjmc. Arwah meninggal di sjmc. Laporan mengesahkan kegagalan jantung menjadi punca kematian kerana kekurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berkomunikasi dengan jantung. Itulah tanda akhir zaman, manusia pergi dengan mengejut.

Saya dan rakan-rakan melawat arwah di rumah keluarganya di keramat.

Di pagi jumaat kami solat jenazah buatnya di masjid as solihin au5 dan buat kali terakhir bersamanya di kubur au4.

Meninggalkan seorang putera di tingkatan 2 dan seorang puteri di darjah 4.

Kami sedar dengan perginya arwah mar azhan, bermulalah nombor giliran di kalangan batch 86-90 staroba, untuk pergi menemui penciptanya.

Al-fatihah.

Advertisements

Leave a comment »