Aku pulang tanpa ibu menunggu

Salam..

Hari ni bertambah umur saya dan usia semakin berkurang…Rabu lepas balik kb kerana semalam kami 6 beradik buat bekwah untuk arwah ibu. Kali pertama balik ke rumah, rumah kosong tanpa ibu..

Yelahh, bila dah jadi yatim piatu, apa lagi yang tinggal kecuali kenangan bersama mereka..

Hari jumaat sempat saya ke sungai pinang, kampung asal moyang lelaki, (ayah kepada nenek, sebelah ibu), sempat singgah solat dhuha di masjid baru kg. laut. Masjid rosak teruk kerana bah hari tu..dapat mengambil wuduk dari kolah asal masjid kg laut lama yang dipindah ke situ.

Sebelum jumaat, kami ke hulu kekabu, kg guntung kerana makcik kawin buat kali kedua. Dapat jumpa mokdik, anak bongsu tok ayah saya. Umur dia 25 tahun, dan 25 tahun juga tok ayah meninggal..so, mokdik membesar tanpa tok ayah saya…panjang ceritanya…cuma saya gembira dia akan berkahwin mac nanti..wajah dia ala-ala fauziah ghouse…comel la makcik saya..

Di kesempatan ini kami ke lata untuk ambil dua biji batu sungai untuk dijadikan nisan di pusara ibu..dan dapat solat asar di surau tok ayah…rindu nak berjemaah dengan tok ayah masa seperti dulu..

Betul kata orang, kita akan merindui insan yang telah tiada dan semasa mereka masih ada kita selalu ambil mudah…

Semalam pula, jemputan istimewa kami selain jiran, rakan, dan saudara mara adalah adik-adik al hafiz dan al hafizah darul furqan dusun raja..seronok tengok mereka manjamu selera…isteri dan anak buah perempuan ilhamkan candy corner untuk kanak-kanak…yang buat hati rasa sejuk bila ramai babies datang, bolehla mendukung babies yang comel-comel….

Tadi bertolak seawal 5 pagi ke lpt untuk elak jam di lpt karak dan bentong. Sempat solat jemaah di masjid kayu seberang jertih..Syukur 5 hari yang singkat dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Sehingga mei, saya sibuk dengan kelas phd dan syukur saya ditawarkan 2 kerja baru..tapi saya pilih yang saya doa untuk kebaikan semua. ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: