Archive for April, 2015

Batu Rakit

20140130_164924[1]

Salam,

Kalau kami balik ke KB ikut LPT, mesti singgah batu rakit…ada warung ICT (Ikan Celup Tepung) yang sangat murah, betul-betul kat batu KM di atas…kami singgah sini sejak tahun 2010..banyak warung sepanjang jalan ke batu rakit tapi ini warung tradisi kami….

Masa arwah ibu masih ada, mesti tapau bawa balik kat dia seperti ikan pari CT, sotong dan udang CT. Itu semua dah jadi kenangan buat ibu…

Dan…sebelum balik, anak-anak mesti request nak jalan sekejap kat pantai ni…jalan tepi pantai memang best…sejuk mata dan hilang stress…

 

20140130_172028[1]

Sekali-sekala balik dan dapat merenung jauh ke laut china selatan sudah cukup untuk menyihatkan minda yang kusut dan berserabut…adik saya yang kerja dengan legal firm selalu ke pulau berhampiran untuk clearkan otak berserabut dengan pelbagai kes-kes firma guaman yang diwakili beliau…hummm

Advertisements

Comments (1) »

4 Pil dalam kehidupan

20150413_111025[1]

Salam,

Ini permulaan jalan untuk ke pekan batu 14 cheras hulu langat melalui ampang, berhampiran menara tinjau (look out point). Kat sebelah kiri ada nursery orang jual pokok. Minggu lepas saya dan rakan-rakan staroba 86-90 berkumpul di kem Iman D semunkis, berdekatan agrotec garden resort. Outing biasa untuk bersama rakan-rakan sekolah. Seronok dapat berjumpa rakan-rakan lama…

So ada perkara yang dikongsi, iaitu 4 pil.

Tiap-tiap hari kena makan pil ni….

Makan Pil 1, Lupakan semua kejahatan yang orang buat kepada kita.

Makan Pil 2, lupakan semua kebaikan yang kita buat kepada orang.

Makan Pil 3, Ingat segala kejahatan yang kita pernah buat kepada orang.

Makan Pil 4, Ingat segala kebaikan yang orang pernah buat kepada kita.

So, itulah 4 pil yang kita kena telan tiap-tiap hari….Redha, tawaduq, Insaf dan Syukur…

Leave a comment »