OldBoy Weekend (OBW2015)

obw2015(gambar ihsan batch 1995)

Salam.

Awal september, saya dan rakan-rakan batch 86-90, pulang ke bumi bertuah Ipoh untuk sambutan 25 tahun meninggalkan sekolah tercinta. Dapat berjumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa, guru-guru, seperti Pak Lau Hut Yee, Mr. Low, Mr. Tan, Mr. Cheng, Mr Vellu, Cikgu Ghani, Ms Venny, Pengetua Rahman Yunus, ustaz arifine, cikgu harmine, cikgu zack, Penolong Pengetua, dll…ohh lupa warden black house Mr. Mano..

850512669_97860Kami juga buat tahlil buat dua rakan yang telah pergi awal tahun ni…arwah sam dan mar. Al-Fatihah.

Bila pulang ke sekolah, tentunya mengimbau nostalgia 5 tahun di Ipoh. Malah arwah ayah juga pernah bersekolah di sini sekitar tahun 1961-1965….Saya, akmal abu samah, azran adzmi, romie rosman, reza abdul rahman, shaha mat nawi, hazmi ali, iswan supian, syed syazli rashid, dan Izzad ishak adalah anak murid tua.

Puas hati saya dapat bersalam, memeluk dan mencium pipi guru-guru saya (kecuali ms venny). Tak kiralah cikgu cina, india, cikgu melayu lebih-lebih lagi) semuanya saya anggap ibu dan bapa saya yang telah mendidik saya dengan baik. Pengetua Rahman Yunus telah mendefinisikan kembali erti ‘KE CEMERLANG AN’ yang tidak putus-putus disebut ketika kami di sekolah. Beliau berkata cemerlang jiwa buat kami semua amat penting kerana cemerlang dunia telah kami nikmati dengan rata-rata bercareer dan berjaya.

850632372_21326

Grand dinner pada hari sabtu malam, saya dapat berjumpa dengan senior dan junior terutamanya daripada rumah hitam..tali siratulrahim telah disambung. Pasti ada ganjaran untuk itu. Saya juga dengan tidak sengaja telah menjadi mediator antara seorang senior dan junior yang pernah di pukul suatu masa dulu. Si junior yang pernah menjadi mangsa keadaan mengharapkan si senior meminta maaf padanya atas apa yang pernah dilakukannya…Alhamdulillah semuanya baik akhirnya… adakalanya kita yang pernah buat salah mengharapkan dosa zaman sekolah ketika masing-masing belum matang dimaafkan begitu saja. Saya pun pernah rasa begitu tapi saya istifar dan maafkan sahaja senior yang nakal-nakal dulu…satu sebab mereka pun dah baik dan malu-malu alah bila jumpa kita…tapi ada yang simpan dendam…itu hati masing-masing…

850633080_20083Apa pun, banyak  perkara saya pelajari sehari dua di bumi ini…tahun depan kena datang lagi sebab nak jumpa rakan-rakan yang dah lama tak jumpa….walaupun ada yang terbawa-bawa pangkat di dunia korporat ke sekolah tapi nak buat camne….orang kategori macam tu….

Tahun depan pun mungkin guru-guru akan pergi kerana rata-rata dah bersara dan sudah mencecah umur 60 tahun..dan kita pun bagaimana pula ?

Dapat door gift…mafla…sudah dicop oleh faris..

mafla2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: