Johor Mahir

johor mahir

Salam.

Dah sampai ke hari terakhir bulan oktober 2015, baru teringat bulan ni tak ada entri lagi untuk dusunraja. Maklum sajalah bulan ni sibuk sungguh saya. Meeting yang banyak, badan tak berapa sihat, anak-anak; exam PT3, akhir tahun, malah cuti khas masalah jerebu negara, dll.

Saya pun kena outstation ke Johor kerana ada program Johor Mahir di Kilang Bateri, Jalan Tampoi, JB. Saya dan team ke sanalah minggu lepas..

Sebagai caption Johor mahir:

“Konsep utama #JohorMahir adalah untuk memberikan pendedahan kepada anak muda Johor mengenai peluang-peluang yang ada bagi mereka melalui skim atau pakej yang disediakan oleh agensi awam dan swasta.

Modus perkongsian yang akan diadakan adalah dengan menggunakan elemen santai dan terbuka. Sejajar dengan itu, program yang akan diadakan selama dua (2) hari.

Khalayak yang hadir akan didedahkan dengan pelbagai peluang dan ruang untuk mereka samada mahu melanjutkan pelajaran atau mencari nilai tambah terhadap kemahiran yang mereka ada. ”

JM201501Seperti biasalah persediaan untuk ke sana kena teliti. Cuma team baru saya ni tak se ‘organize’ team saya dulu masa kami terlibat dengan Minggu Amanah Saham PNB. Rindu kat team lama saya. Mungkin team sekarang tak biasa dengan penglibatan program berskala besar. Agak kelam kabut. Boss pun ‘ramai’ sangat. Kalau dulu projek leader yang buat tak sampai ke ceo.  Di sinilah pendedahan dan pengalaman terdahulu sangat penting…Ini berkaitan dengan skills jugak..

Tiga hari sebelum pergi pun tak dapat decide siapa kena pergi. Advance untuk staff pun tak sempat sediakan. Agak peliklah juga dengan jawapan finance dept. “Ini bukan practice company, bagi advance outstation allowance, kami bagi petrol dan milage je dulu”. Ini jawapan nak lepaskan diri bila tak sempat nak sediakan advance.

Hari pertama dirasmikan oleh YAB MB Johor. Hari kedua ada townhall oleh YB KJ. Beliau juga menyaksikan satu MOU dengan IKBN di ruang pameran. Apa-apa pun syukur kerana semuanya berjalan dengan baik.

JM201510

Boss-boss besar datang tunjuk muka sahaja. Mana taknya, ruang pameran di kilang bateri tak ada aircond macam di KLCC, PICC, dll. Harapkan kipas sahaja…bayangkan budak-budak jaga booth kesian menahan panas…cuma nasib baik orang tak ramai datang…ye la siapa nak datang kalau panas..

JM201507Itulah cerita saya. Terima kasih Mr Z & Mr G yang banyak membantu dan sabar. Buat team saya terima kasihlah turun Johor walaupun ada yang kena tinggalkan family, dua ahli baru saja kahwin pun kena tinggal suami…

JM201503Balik Kl, lusanya saya kena ke JB lagi ada program dialog di nusajaya. Saya balik hari tapi saya kena gastrik yang teruk dalam flight dan sampai je subang saya muntah sampai lembik. Isteri bawa saya ke klinik dan inject. Doktor bagi MC dua hari…

Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: