Bumi Mahsuri

Salam.

Saja update siap-siap untuk disember, takut terlupa..Masa deepavali hari tu sempatlah balik menjenguk mak mertua di utara. Tujuan kedua nak bawa yish yang teruja nak tengok burung helang besar di dataran lang. So, hari sabtu balik ke utara. Sampai je alor setar terus ke kuala kedah beli tiket paling awal 7.15, hari ahad. Yish dah tak sabar nak ke sana.

Seawal 6:30 pecut ke kuala kedah sebab mereka terbangkit lewat. So sampai dalam pukul 7.00. orang dah beratur panjang..Sampai jeti kuah dalam pukul 10.00. Beli siap tiket balik melalui kuala perlis, cepat sikit sampai. Anak buah si ashraf sediakan kereta dia ‘vios’ baru untuk ronda-ronda..

Tercapailah hajat yish tengok lang besar. Then terus ke jalan air hangat. Ada trafik ligt, gatal nak try jalan pintas, humm tersesat tapi sampai ke ke telaga air hangat..mereka seronok rendam kaki dalam air panas..

langkawi01Gunung raya dari posisi telaga air hangat

Then mencari jalan ke makam mahsuri..la sekarang kawasan tu dah jadi besar, nama dah jadi kota mahsuri..masuk pun dah kena bayar..rm10 dewasa, 5 kanak-kanak. tapi puas hatilah…

langkawi04Dari luar nak masuk ke kota mahsuri

langkawi03Salah sebuah rumah lama di kota mahsuri

Hujan lebat semasa di kota mahsuri merencatkan jadual kami yang pack…hujan reda kami ke pantai chenang…dapat parking bawa mereka lunch…nak selamat order marry brown…berjanggut jugala tunggu set nasi..then bawa mereka ke entrance underwater world..tapi tak masuk sebab masa dah pukul 2 lebih 2D, 6D lagi lah tak sempat…

Mereka mula teruja dengan coklat yang murah di mall…minta mereka sabar, kita pergi pekan kuah..haji ismail group…pekan kuah lenggang…mereka borong dan saya tak kata apa sebab murah…

Dah 5.30, kami singgah di masjid al-hana pekan kuah, hujan turun dengan lebat. tapi ada ilmu yang saya dapat di situ..

langkawi06Ilmu dari pulau langkawi

Tengok jam dah 6.30, bergegas ke jeti..alamak jem..drop mereka dan try pusing…doa semoga dapat cari parking sebab asyrah minta tinggal je kereta nanti dia ambil kemudian..opppss tersilap masuk one way..sorry ye..akhirnya dapat parking dengan posisi melawan arus..snap gambar WApps ke asyaf..berlari ke jeti…sampai je panggilan masuk ke feri..syukur..

Memandangkan bubu tak ikut dan cable car dan sky bridge tak cover..kenalah datang lagi insyaALLAH…terima kasih alisya & alia..nanti kami datang melawat hangpa…no..

langkawi07Nasib baik kat sini bandaran tak saman…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: