Tun Razak Dalam Kenangan (1976-2016)

Salam.

Selamat tahun baru 2016. Semalam saya ke Johor lagi, tadi baru sampai dan sempat tengok dokumentari pasal tun razak dalam kenangan sempena 40 tahun pemergian Allahyarham pada 14 Jan 1976.

Saya masih ingat pada pagi khamis 15 Jan 1976, arwah ayah tak pergi kerja dan sedang berbual dengan cikgu wan yusof, tuan rumah sewa kami di lundang. Saya curi-curi dengar rupanya PM Tun Razak meninggal di London, Hussein Onn jadi PM baru.

tun razakKredit; TheSTAR

Al-fatihah buat Arwah Tun Razak, kita doakan agar arwah diberi balasan yang setimpal di atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan untuk agama, bangsa dan negara. Saya juga percaya jika Dato’ Seri Najib ikhlas seperti arwah tun razak, segala dugaan, kekhilafan dan ujian akan ditukar oleh ALLAH dengan ganjaran yang telah ditentukan.

Enam tahun yang ALLAH beri kepada arwah telah digunakan dengan baik. Betul, kalau kita tau umur kita tak lama kita akan buat benda yang baik untuk ditinggalkan. Selalunya kita rasa kita akan hidup lama dan tak akan sakit dan mati..

Percayalah, Tun Razak adalah tokoh bangsa melayu yang berdaya saing, berani mencuba benda baru seperti menjalinkan hubungan dua hala dengan kerajaan china komunis pada tahun 1974. Arwah pernah difitnah dalam komplot menjatuhkan PM tunku abd rahman, rentetan peristiwa berdarah 2969.

Saya tak akan lupa penyata razak 1956, ada dalam buku sejarah kita yang menjadi transformasi pendidikan negara kita. FELDA, MAS, adalah baby tun razak.

Tun Razak seorang yang melihat ke hadapan. Beliau mencungkil bakat anak muda untuk jadi pelapis akan datang…tak ramai yang buat benda ni….

Sekian..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: