Archive for February, 2016

Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat

Juz__Amma

Salam.

Hari ni cuti CNY hari kedua. Empat hari cuti rasa sekejap je. Ohh ye saya baru buat sesuatu dengan bilik tidur saya. Saya pindahkan hifi aiwa lama dari bilik anak ke bilik saya. CD player dah rosak cuma speaker output masih ok..

Jadi saya ambil ipad untuk guna youtube pasang lagu therapy dan spa. Boleh tahan la bunyi air terjun dan laut…tenang sikit..then saya ambil digital Al-Quran yang saya beli 6-7 tahun dulu di pwtc sempena musabaqah Al-Quran yang jarang-jarang digunakan, untuk broadcast ayat-ayat Al-Quran..

Sambil membelek digital Al-Quran ini saya nak kongsi pasal cerita-cerita teladan yang ada dalamnya sebagai knowledge sharing…tajuknya pasal Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat..

Abu Umamah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. teah menganjurkan kepada kami agar semua mempelajari Al-Quran. Kemudian baginda memberitahu tentang kelebihan Al-Quran. Sabda nabi “belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.” Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya;

“Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca Al-Quran akan menjawab; Siapa kamu?” maka berkatalah Al-Quran: Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari” Kemudian orang yang pernah membaca Al-Quran itu berkata; Adakah kamu Al-Quran?” lalu Al-Quran mengakui dan mengiringi orang yang pernah membaca Al-Quran mengadap ALLAH s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya. Kemudiannya dia meletakkan mahkota ke atas kepalanya.

Kepada kedua-dua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sehingga keduanya bertanya “dari mana kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sampai sebanyak ini?” Lalu dijawab “kamu diberi ini kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran”.

Begitulah hebatnya kelebihan kalam ALLAH jika dipelajari dan dibaca…semoga kita akan mendapat kelebihan itu..insyaALLAH.

Buku juz ‘amma 5 dalam 1 di atas, saya hadiahkan untuk anak saya faris sebagai rujukan..syukur faris dapat seorang ustaz yang datang ke rumah kami untuk mengajar Al-Quran dengan pertemuan secara berhadapan di antara guru dan murid (Talaqqi). Semoga ustaz amirul akan bersama faris sehingga faris khatam Al-Quran. Ustaz Amirul seorang tahfiz yang pernah menimba ilmu dari bumi yemen. Ameen.

Advertisements

Leave a comment »

Bamboo Resort

Salam.

Dah masuk bulan februari pun. Cepatnya masa berlalu. Cuti CNY ni tak ke mana pun..anak-anak ada kelas tambahan.

So tadi saja wife ajak piknik kat area hulu langat. Main redah je..nasi lemak sardin dan ikan bilis goreng serta telor dadar jadi bekalan. Setong keropok juga dibawa…

Adalah plan nak ke sg gabai atau ke sg conggak..teringat minggu lepas masa lalu nak breakfast, sepanjang jalan ke pangsun ada wakat untuk piknik.

So, terjumpalah tempat ni..

20160206_125553

Ini dia Bamboo resort…lepas kawasan rekreasi sg pangsun..kena turun sikit..pondok terbuka ni sewa rm30, dan pondok batu rm25..setiap orang fee RM1 je..untuk mandi..

20160206_125531

Kat kawasan depan ada rumah kecil sewa RM50..yang penting anak-anak dapat meluangkan waktu bermandi-manda selepas penat lelah belajar.

20160206_130401

Yang ni boleh main tarzan…

20160206_125747

Dekat pukul lima, baru rasa nak balik…wife kata sebulan sekali boleh lah datang bawa budak-budak…setong keropok licin..nasi lemak pun licin..bersyukur dengan ciptaan ALLAH..tempat ni ada surau serta tandas yang bersih..bila tempat berbayar, ada kos untuk maintenance..bakul sampah pun banyak…next time boleh bakar-bakar sikit…tapi kalau bawa yang dah siap lagi jimat masa..

 

 

Leave a comment »