Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat

Juz__Amma

Salam.

Hari ni cuti CNY hari kedua. Empat hari cuti rasa sekejap je. Ohh ye saya baru buat sesuatu dengan bilik tidur saya. Saya pindahkan hifi aiwa lama dari bilik anak ke bilik saya. CD player dah rosak cuma speaker output masih ok..

Jadi saya ambil ipad untuk guna youtube pasang lagu therapy dan spa. Boleh tahan la bunyi air terjun dan laut…tenang sikit..then saya ambil digital Al-Quran yang saya beli 6-7 tahun dulu di pwtc sempena musabaqah Al-Quran yang jarang-jarang digunakan, untuk broadcast ayat-ayat Al-Quran..

Sambil membelek digital Al-Quran ini saya nak kongsi pasal cerita-cerita teladan yang ada dalamnya sebagai knowledge sharing…tajuknya pasal Al-Quran sebagai pembela di hari akhirat..

Abu Umamah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. teah menganjurkan kepada kami agar semua mempelajari Al-Quran. Kemudian baginda memberitahu tentang kelebihan Al-Quran. Sabda nabi “belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.” Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya;

“Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca Al-Quran akan menjawab; Siapa kamu?” maka berkatalah Al-Quran: Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari” Kemudian orang yang pernah membaca Al-Quran itu berkata; Adakah kamu Al-Quran?” lalu Al-Quran mengakui dan mengiringi orang yang pernah membaca Al-Quran mengadap ALLAH s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya. Kemudiannya dia meletakkan mahkota ke atas kepalanya.

Kepada kedua-dua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda sehingga keduanya bertanya “dari mana kami memperolehi ini semua, padahal amal kami tidak sampai sebanyak ini?” Lalu dijawab “kamu diberi ini kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran”.

Begitulah hebatnya kelebihan kalam ALLAH jika dipelajari dan dibaca…semoga kita akan mendapat kelebihan itu..insyaALLAH.

Buku juz ‘amma 5 dalam 1 di atas, saya hadiahkan untuk anak saya faris sebagai rujukan..syukur faris dapat seorang ustaz yang datang ke rumah kami untuk mengajar Al-Quran dengan pertemuan secara berhadapan di antara guru dan murid (Talaqqi). Semoga ustaz amirul akan bersama faris sehingga faris khatam Al-Quran. Ustaz Amirul seorang tahfiz yang pernah menimba ilmu dari bumi yemen. Ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: