Batman VS Superman

btman(Copyright forbes.com)

Salam.

Minggu lepas bawa family tengok movie batman vs superman. Saya dan anak lelaki tertidur kat tengah cerita.

Cerita bermula dengan serangan general zod ke atas bandar metropolis dan superman berjaya membunuh serta menjatuhkan kapal angkasa general zod. Salah sangka bermula apabila ramai mangsa terkorban, ia melibatkan pekerja bruce (batman).

Lex Luther, musuh lama superman adalah dalang kepada permusuhan. Lex blackmail superman dengan  meminta kepala batman dibawa kepadanya dengan menjadikan ibu superman sebagai tebusan. Superman datang kepada batman untuk explain kepada batman tapi batman dengan penuh emosi refuse dan mula bertarung.

Superman hampir kena tikam dengan batman menggunakan tombak berhulu kryptonite. Bila superman sebut nama ‘martha’ batman tersentak kerana ia adalah memori hitam di saat bapa bruce hampir mati memanggil ibu bruce yang kedua-duanya terbaring setelah ditembak penjenayah di depan bruce. Tetiba, Lois lane kekasih superman datang memberitahu batman ‘martha’ adalah ibu clark kent (superman). Superman minta tolong batman selamatkan ibunya yang diculik lex. Mereka bergabung dan menyerang lex tapi…….

Cerita ni heavy sangat dengan pertarungan adiwira-adiwira menentang makhluk klon dari dna mayat general zod, ala-ala zombi. Siap ada wonderwoman datang tolong. Akhirnya, superman ditikam oleh makhluk. Kerana badan makhluk itu adalah kryptonite maka superman mati…

Moralnya….dua orang baik bergaduh kerana fitnah dan manipulasi orang jahatlah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: