Kg Kelantan@Kota Tinggi JDT

img_0081

Salam.

Hari ni saya dan adik bongsu saya tour tempat bersejarah di kota tinggi.

Persoalan yang menjadi hipotesis kami:

1-Kenapa ada Kg. Kelantan di daerah kota tinggi ?

img_0077
2-Kenapa makam arwah Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan dikebumi di Kg. Kelantan ?

img_0082
Mengenai kisah Laksamana bentan sudah lama diketahui umum jadi tak payah saya nak huraikan.

Berbalik kepada hipotesis pertama iaitu: Kenapa ada Kg. Kelantan di daerah kota tinggi ?

Melalui survey ringkas dengan pelbagai pihak masyarakat di kota tinggi:

1-pensyarah kolej : Saya pun tertanya-tanya kenapa ada kg kelantan di kota tinggi.

2-pegawai muzium johor lama : dulu-dulu orang kelantan datang berdagang dan menetap di situ, jadi lekatlah nama kg kelantan, beliau memberi contoh penghijrahan orang lukut dari johor berhijrah ke lukut di negeri sembilan.

3-pekerja kedai photostat : ramai orang kelantan kat kg itu.

4-imam masjid kg makam : memberikan saya senaskah cetakan komputer mengenai sejarah sultan dan yang dipertuan bagi negeri Johor dan jajahan takhluk Johor 1511-1824. Naskah itu turut menceritakan sedikit sebanyak sejarah kerajaan melayu champa dan sultan malikus saleh.

kg kelantanSumber google map

Ketika berbicara dengan saudara haris, pegawai muzium kota johor lama, saya berkongsi pendapat saya berdasarkan ‘content analysis’ yang dirujuk serta ‘cross reference’ dengan pelbagai sumber terbitan ‘secondary data’.

Saya menyatakan bahawa kg. kelantan ada kaitan dengan sejarah negeri kelantan.

Mengikut The encyclopedia of Malaysia bertajuk the rules of Malaysia terbitan archipelago press, m.s 100, turut dipetik daripada sejarah melayu (malay annals) tercatat  bahawa dalam abad ke 15, seorang sultan kelantan dikenali sebagai sultan mansor shah (1465-1526) anak kepada sultan iskandar shah waris keturunan raja chulan pemerintah kerajaan klang rio atau kota gelanggi yang berpusat di hulu sungai Johor. Dalam tahun 1477, sultan Mahmud shah dan bala tenteranya pernah menyerang Kelantan. Baginda berundur ke patani namun berdamai dengan cara perundingan yang amat simbolik dengan mengahwinkan peterinya onang kuning dengan sultan Mahmud. Maka sultan mahmud adalah menantu kepada sultan mansor Kelantan. Onang kuning adalah bonda kepada sultan muzafar shah 1, anakanda sultan mahmud shah melaka yang dihantar menjadi sultan perak yang pertama.

Dalam konteks ini harus diingat kelantan purba tidak mempunyai garis pemetaan seperti Kelantan pada hari ini. Ia turut termasuk garis sempadan negeri-negeri lain di tanah melayu.

Amat sedikit maklumat mengenai penganti sultan mansor shah, iaitu raja Gombak (1526-1548) dan raja ahmad (1548-1580). Mengikut sumber, ketika raja ahmad mangkat, baginda mempunyai seorang puteri yang masih kecil bernama cik siti wan kembang. Bagindalah lagenda Kelantan tersohor puteri cik siti wan kembang.

Seorang anak raja dari Johor dijemput untuk memangku jawatan sultan iaitu sultan hussin. Baginda dikenali sebagai sultan husisn dari johor. Baginda memerintah dari tahun 1580 sehingga 1610 selama lebih kurang 3 dekad.

Penghujahan saya bermula dari titik kedatangan seorang putera dari johor ke Kelantan.

1-Jika beliau dari waris kerajaan klang rio di hulu johor, agak susah nak cari data secara alam nyata kecuali meneroka alam ghaib yang tidak boleh digunakan sebagai hujah kepada umum.

2-Kalau dibuat cross reference dengan perimeter waktu atau skop kronologi masa kesultanan johor pada tahun 1580, ia akan berada dalam era pemerintahan sultan ali jalla abdul jalil II.

Maklumat mengenai sultan ali jalla abdul jalil II ini agak menarik. Sultan Mahmud, sultan melaka yang memerintah pada tahun 1511 ketika kedatangan portugis meninggal di Kampar sumatera pada tahun 1528. Anak baginda dengan serikandi melaka tun fatimah menjadi pengganti baginda sebagai sultan alauddin riayat shah II, memerintah dari 1528 – 1564. Baginda ditawan ketika berperang dengan acheh di kota johor lama. Kota Johor lama ini dimusnahkan oleh tentera acheh.

Mengikut bustan al-salatin, teks yang ditulis di acheh dalam abad ke 17, anak sultan alauddin riayat shah II yang ditawan dan dibawa ke acheh bersama keluarganya dihantar pulang ke johor untuk memerintah. (1564-1570).  Baginda memakai gelaran sultan muzafar shah II. Sultan muzafar shah II mangkat di bukit seluyut.

Anak saudara baginda bernama raja abdul jalil dilantik menjadi sultan pada usia muda atas wasiat Sultan muzafar shah II. (Putera kepada adinda sultan muzafar shah II, iaitu raja fatimah dan suaminya raja umar dari pahang yang berwariskan daripada raja muhammad bin sultan mansor melaka yang dihantar menjadi sultan Pahang (1470-1475)  kerana membunuh anak tun perak, tun besar.

Setahun ditakhta sultan abdul jalil I yang masih kecil mangkat dan diganti oleh bapa baginda raja umar dengan memakai gelaran sultan ali jalla abdul jalil II (1571-1597). Baginda berpindah dan membina semula kota johor lama.

img_0070
Kaitan kg Kelantan di kota tinggi mempunyai 2 hujah

1-Apabila raja hussin dijemput ke Kelantan, kaum kerabat baginda mengikut ke Kelantan. Yang tidak mengikut akan tinggal di kawasan yang diberi nama kg Kelantan sebagai icon bahawa kaum kerabat yang lain bermastautin di Kelantan.

2-Apabila raja hussin mangkat dalam tahun 1610 setelah 30 tahun menjadi sultan di Kelantan, ada kaum kerabat yang pulang ke kg Kelantan di kota tinggi dan ada yang tidak pulang kerana sudah selesa berada di sana bersama kaum keluarga yang sudah berkahwin dengan orang Kelantan.

img_0071
Jadi di sinilah jejak pertalian keturunan kami dari bumi kota tinggi berkait dengan kaum keluarga di Kelantan. Bila kami yang ditakdirkan berada di Kelantan, pulang ke kota tinggi amat bersesuaian dengan kata pepatah seumpama sirih pulang ke gagang…

Berkaitan dengan makam laksamana bentan di kg Kelantan, ada dua hujah:

Pada kebiasaannya seorang pahlawan agung akan dibawa untuk dikebumi di kg halamannya.

1-Laksamana bentan ada darah dari keturunan di kg Kelantan dari sebelah ibu, kerana beliau memakai gelaran megat. Megat selalunya ibu berdarah raja, bapa orang biasa. Kaum kerabat sultan hussin yang mangkat pada tahun 1610 pulang ke kg kelantan setelah tidak lagi berkhidmat dengan marhum sultan, kebanyakannya kaum wanita. Ini kerana takhta sudah diserahkan kembali kepada raja cik siti wan kembang puteri raja ahmad (1548-1580). Bapa laksamana bentan mungkin berasal dari pulau bentan yang menjadi panglima sultan hussin. Beliau turut pulang membawa kaum keluarga beliau dari kelantan setelah tamat khidmat di bawah sultan hussin.

2-Dang anum mati dahulu. Ditanam di kg Kelantan. Kebarangkalian dang anum berdarah Kelantan agak tinggi. Pada zaman itu perkahwinan dengan orang terdekat seperti sepupu sepapat adalah satu culture. Laksamana bentan turut dikebumikan di kg Kelantan di sisi isteri beliau di kg Kelantan.

img_0087
Maka hujah saya ini dibuka untuk dibahaskan, tapi sila rujuk dan gunakan sumber yang bertulis.

img_0076
Nota: Klang Rio / kota gelanggi

Klang Kio atau Kota Gelanggi adalah sebuah bandar purba yang disebut di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu. Ulasan Sulalatus Salatin mengenai bandar Klang Kio adalah sedemikian:

Setelah berapa lamanya dijalan, datanglah kepada negeri Ganggayu. Shahadan dahulu kalanya negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, datang sekarang lagi ada kotanya itu di hulu Sungai Johor. Ada pun asal namanya Klang Kio, iaitu bahasa Siam, ertinya perbendaharaan permata; oleh kita tiada tahu menyebut dia, jadi Ganggayu. Adapun nama rajanya Raja Chulan; adalah akan baginda itu raja besar, segala raja-raja di bawah angin dalam hukumnya.(W.G.Shellabear:1975:10)

Pada sekitar Februari 2005, terdapat laporan bahawa tapak Klang Kio telah ditemui dalam kawasan hutan Ulu Tiram, daerah Kota Tinggi, Johor. Laporan ini pertama kali dibuat oleh Raimy Che Ross, seorang penyelidik bebas dalam bidang manuskrip lama. Tapak Klang Kio ini telah dikenal pasti dengan merujuk kepada manuskrip lama Melayu dan manuskrip lama China, laporan orang asli dan juga fotografi satellite. Walaupun begitu, kesahihan penemuan ini diperlukan usaha cari gali yang selanjutnya. (https://ms.wikipedia.org/wiki/Klang_Kio)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: