Ziarah Ke Brunei Darul Salam

Salam.

Seawal jam 3 pagi, saya dah bersedia nak ke brunei.

Alamak dah nak kena boarding..sambung kat bandar seri begawan lah..

Naik cab jiran untuk ke klia 2, bertolak pukul 4, sampai pukul 4.50 pagi, tukar duit kat cimb, BND100 sama dengan RM315…pehhh rendahnya duit kita sekarang ni.

Jam 5.15 saya dah melepasi security check point pertama, terus ke surau tunggu subuh.

Jam 5.50 pagi saya melepasi checkpoint kedua, air mineral saya tak boleh bawa masuk. Saya minta balik untuk makan ubat.

Duduk sekejap dah nak boarding. So dua jam cukup-cukup kalau nak travel, itu pun saya bawa beg hand carry je, nak travel 3D2N je pun.

Sebelum sampai brunei kena isi 2 borang. Kena declare kalau bawa barang-barang terlarang dan bawa duit berapa banyak.

Sampai di airport, adik saya dan family menunggu, dapat jumpa 2 anak saudara lelaki.

On the way balik, adik saya singgah beli makanan. Ada sebatang sungai, saya pun snap.


Memandangkan hari ini hari jumaat, adik saya bawa solat jumaat di masjid Omar Ali Saifuddien di tengah BSB.

Lepas solat saya round bandar jalan kaki je walaupun panas terik.

Teruja nak tengok kampung air BSB.


Pengangkutan air yang begitu aktif . Kemudian saya round lagi, area bandar ni tak besar, ala-ala pekan lama di ibu negeri di semenanjung. Percampuran bangunan lama dan baru.

Masuk waktu asar, tadi zohor 12.17, asar pula jam 3.37, terlupa waktu di sini cepat, saya ke masjid sultan omar lagi. Lepas solat saya rehat dalam masjid, dan rupanya ada majlis akad nikad di sini.


Kemudian saya berjalan di sekitar masjid hingga ke tepi sungai. Saya rasa takut naik jambatan untuk ke kg air tapi saya cuba juga.


Gayat pula jalan kat atas sungai.

Ada aktiviti menambak sungai di sini. Sayup-sayup masjid dan bangunan di sekitarnya.


Selama lima jam cukup untuk saya meneroka BSB, adik saya pun bawa round tengok istana, parlimen, dll. Melintasi masjid Jamek yang cantik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: