Archive for June, 2016

Ramadhan Tiba Lagi


Salam. Hari ni 6.6.16 atau 6 Jun 2016 adalah 1 ramadhan. Maknanya kita semua  sudah mula berpuasa.

Rasa letih hari ni walaupun ambil cuti untuk mula puasa di kg. Mungkin ini ujian lah.

Tarikh mula puasa pun cantik. Azam kali ni untuk mengurangkan aktiviti mengumpat, walaupun agak suka tapi kena cuba atas sebab mengumpat membakar amalan.

Di waktu petang sebelum berbuka pasti teringat betapa sibuk arwah ibu menyediakan juadah berbuka suatu ketika dulu. Ibu akan cuba sediakan juadah kesukaan kami. Inilah yang paling saya rindu. Nekbat, puteri mandi, onde-onde, buah melaka antara kuih muih kesukaan saya. Bulan puasa mewah dengan kuih muih, yang tidak dibeli tapi dibuat oleh ibu.

Arwah ayah pula akan bawa kami naik kereta menunggu waktu berbuka sambil beli air tuak kelapa dan tebu yang manis.

Sekian

Advertisements

Leave a comment »