Archive for July, 2016

MR DIY@Suami Mendobi

Salam.

Kita masih dalam bulan syawal 1437. Saya baru sempat sehari posa 6. Hari ni 18 syawal, masih berbaki 12 hari syawal untuk puasa 6. Dengan berbaki 5 hari insyaAllah saya boleh tunaikan ibadat ini.

Semalam pun ada jamuan Hari raya kat opis. Minggu lepas masuk kerja selepas cuti raya seminggu begitu sibuk dengan persediaan majlis di JB, sebabnya menteri sumber manusia turun. MB pula last minute tak dapat hadir. Saya kena jaga jemputan kepada rakan strategik dan juga pihak industri.

Hari ni saya menyelesaikan kain baju yang tidak berbasuh dengan ekspress…


Satu load RM4 untuk basuhan dengan air sejuk serta mengambil masa 23 minit. Untuk dry pula 24 minit. So spend 60 minit untuk jadi MR DIY membantu isteri dengan kerja rumah. Itu je yang saya mampu buat untuk hadiahkan isteri dengan masa rehat dari rutin biasa dia. Cuma modal basuh RM satu load basuh + Dry = RM8 lah… Kalau satu load.

Yang lawaknya kedai ni pun namanya Kedai Dobi Papa, memang untuk para suami@ayah mendobi..

Advertisements

Leave a comment »