Archive for December, 2016

Wang Kelian@Perlis

Salam.

Mak mertua saya selalu bercerita tentang rombongan warga emasnya ke wang kelian untuk shopping. Ia adalah border malaysia untuk ke thailand.

Beberapa tahun yang lepas, ada movie pendek pasal perlis. Ada satu lokasi yang viewnya boleh nampak gunung-ganang dan sawah padi. Saya teruja dan ingin ke sana.


Semalam tercapailah hajat ke sana. OTW ke wang kelian, ada satu kawasan lapang dan ada jalan kecil untuk naik ke puncak dengan kereta. Ya Allah cantiknya view ni.

Plan nak makan di wang kelian tapi tak ada apa pun kat sana.


Takpelah, janji dapat jejakkan kaki di wang kelian, perlis. Brother polis yang mengawal di pos kata tak ada apa-apa sejak setahun yang lalu. Kenapa ye?

Leave a comment »

12.12.2016 bersamaan 12 Rabiul Awal, Isnin

Salam.

Selawat ke atas nabi kerana hari ini adalah hari keputeraan baginda nabi muhammad saw. Jatuh pula pada hari isnin, hari isnin adalah hari kelahiran baginda.

Hari ini pula bertarikh 12-12=12 tahun yang lalu ayah saya pergi menemui penciptanya. Mungkin secara kebetulan tapi itulah hebatnya kuasa ALLAH yang maha bijak mengatur perjalanan hidup ini malah rahsianya ditunjukkan kepada kami, dengan nombor 12 disember dalam formula nombor 12.12=12.

Kami adik beradik menerima tarikh ini dengan penuh rasa syukur. Kerana hari ini adalah maulidur rasul. Hari ini cuti umum, semalam pula hari keputeraan sultan selangor, dan esok tambahan kerana cuti bertindih.

Yang penting, marilah kita banyak berselawat kepada baginda nabi kita agar kita mendapat syafaat baginda di sana nanti.

Buat ayah dan ibu saya, kami rindu pada kalian, setiap doa berserta amalan kami, didoakan mengalir dan sampai kepada kalian setiap masa. Semoga kubur kalian bercahaya, mendapat rahmat ALLAH swt, menanti kami untuk bersama kalian kelak.

Ameen.

 

 

Leave a comment »