12.12.2016 bersamaan 12 Rabiul Awal, Isnin

Salam.

Selawat ke atas nabi kerana hari ini adalah hari keputeraan baginda nabi muhammad saw. Jatuh pula pada hari isnin, hari isnin adalah hari kelahiran baginda.

Hari ini pula bertarikh 12-12=12 tahun yang lalu ayah saya pergi menemui penciptanya. Mungkin secara kebetulan tapi itulah hebatnya kuasa ALLAH yang maha bijak mengatur perjalanan hidup ini malah rahsianya ditunjukkan kepada kami, dengan nombor 12 disember dalam formula nombor 12.12=12.

Kami adik beradik menerima tarikh ini dengan penuh rasa syukur. Kerana hari ini adalah maulidur rasul. Hari ini cuti umum, semalam pula hari keputeraan sultan selangor, dan esok tambahan kerana cuti bertindih.

Yang penting, marilah kita banyak berselawat kepada baginda nabi kita agar kita mendapat syafaat baginda di sana nanti.

Buat ayah dan ibu saya, kami rindu pada kalian, setiap doa berserta amalan kami, didoakan mengalir dan sampai kepada kalian setiap masa. Semoga kubur kalian bercahaya, mendapat rahmat ALLAH swt, menanti kami untuk bersama kalian kelak.

Ameen.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: