17.1.17 & Zurin Abdullah

Salam.

Sehari suntuk pada 17 jan 2017, saya mengendalikan satu bengkel profiling untuk para pelajar yang rata-ratanya berbangsa cina.

Nak komen pun mereka pun masih budak-budak cina berumur awal 20-an. Tapi dalam kelas tu ada beberapa pelajar autism. Jenuh juga saya bersabar dengan karenah mereka. Pengalaman baru saya.

Minggu lepas tamatnya telenovel lara aishah selama 100 episod. Mula-mula malas nak layan tapi lama-lama macam best je. Lebih-lebih lagi dengan lagu tema dirgahayu cinta oleh faizal tahir dan dato’ siti nurhaliza.

zurinKredit: Astro

Saya tertarik dengan watak zurin bt abdullah lakonan pelakon favourite saya jasmin hamid. Ia mengisahkan zurin yang tidak diterima sebagai menantu oleh ibu mertuanya telah dianiaya dengan pelbagai dugaan dan ujian yang dirancang oleh ibu mertuanya sendiri. Dia diuji dengan disabitkan dengan kesalahan membunuh dan melahirkan anaknya di dalam penjara di luar negeri.

Aishah, itulah nama anaknya yang penuh dengan lara. 27 tahun kemudiannya zurin membina hidup baru dan berazam mencari anaknya aishah yang telah diserahkan kepada orang untuk dibela.

Perkara yang saya ambil teladan daripada zurin bt abdullah ialah dia memaafkan semua orang yang pernah menfitnahkan dia, cuba membunuh dia, merampas suaminya, dll.

Apabila anaknya aishah mendapat tahu orang yang sangat benci dan menganiayainya selama ini adalah bapa dia sendiri, zurin sebagai ibu telah menunjukkan satu contoh yang sangat baik. kata zurin kepada aishah “anak yang baik tidak akan menderhaka kepada ibubapa” telah melembutkan hati aishah untuk mencium tangan bapanya dan meminta maaf.

Sememangnya apabila kita memaafkan orang, hati kita jadi bersih, doa kita dimakbulkan Allah s.w.t. dan rezeki kita datang tanpa disangka-sangka.

Puan Seri Marina, iaitu ibu mertua yang juga nenek aishah juga insaf dan bertaubat setelah berada di dalam penjara akibat pelbagai perbuatan jenayah beliau selama ini. Walau sejahat mana sekali kejahatan hambanya, Allah pasti akan mengampunkan hambanya yang sangat lemah ini. Jadi, tidak salah kalau kita berdoa agar orang yang jahat diberi petunjuk dan insaf.

Maafkan diri sendiri, orang lain dan sentiasa ishtifar dan bertaubat kepada Allah s.w.t, ameen.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: