Iskandar Puteri

Salam.

Dah nak habis bulan januari 2017, dengan harapan tak turun johor lagi awal-awal tahun ni rupanya meleset.

Semalam pagi rakan di johor minta gantikan dia untuk meeting di bangunan dato jaafar muhammad di iskandar puteri sebab dia kena turun ke kl.

Macam biasa book flight pukul 8.50 pagi dari subang sebab meeting jam 11. Tak payah guna taxi jiran di pepagi hari.

Bergegas dari masjid habis je solat subuh untuk hantar 2 orang tu ke sekolah. Rush ke subang dan tiba pukul 8.

8.50 baru boarding, rupanya baru nak isi minyak. Terbang pukul 9 tapi sampai on time. Speeding jugak dia, bawa dalam 400 kms dengan ketinggian 15000 kaki.

Ambil teksi (RM68) terus ke iskandar puteri (dulu nusajaya), pakcik taxi nak hantar ke bangunan satu lagi tapi saya minta dia stop di masjid. Dengan yakin lokasinya sebab dah datang bulan lepas.

Lepas dhuha, keluarkan yang patut tengok jam 10.57, oii lewat ni. Tanya akak cleaner bilik m-media dia tanya bangunan mana. Saya kata bangunan dato jaafar. Dia kata ini bsi (bangunan sultan ismail), nun dia tunjuk.


Mak oii, dah la hujan. Jam pun dah pukul 11.05, lewat la saya kali ni, dalam hati nak bagi alasan flight delay, jalan jem sebab hujan.

Menapaklah ke sana. Seingat saya bsi dengan bdj ni bersebekahan je.

Sampai je kat sana tanya polis untuk ke level 3 bilik m-media. Tengok pintu terbuka, jenguk je pengerusi je yang sampai. Orang dari johor belum sampai lagi. Alhamdulillah dipermudahkan.

Pukul 11.30 baru mula meeting, tamat pukul 2. Lunch disediakan, kita pun balun.

Kat sini taxi memang payah, ajk nak ke kulai pula tengok kampus kpypj, saya minta tumpang ke senai, ambil taxi ke airport.

Begitulah seharian saya di johor.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: