CNY 17:Paka-KB-AS

Salam,

Sejak khamis lepas, kami berada di paka sebab saya ada program di sana sehingga petang sabtu. Sambut CNY di paka tahun ni. Cuaca pun tak menentu, hujan sekali-sekala, namun laut tetap bergelora.


Habis program je kami bertolak ke kb. Sampai di setiu, kami ikut jalan fikri-penarik sebab tak nak jem di jertih.

Kali ni balik ke rumah lalu jalan yang tak pernah dilalui sebelum ni. Dari bachok jalan pantai, kami lalu jalan tawang-wakaf aik-pengkalan datu tanpa melalui jalan kota jembal untuk ke pengkalan chepa. Kira tawaf juga la malam tu.

Esoknya, adik saya datang dan kami layan dia main drone. Ini lah area rumah saya dari udara. Banyak berubah dari tahun ke tahun. Yang ketara rumah semakin banyak, kondo pun dah naik tapi ramai warga dusun raja yang saya kenali yang dah tiada lagi. Tok imam yang aku sayangi, ustaz lie, pak ngah hamad, pok kob, pok soh daging, mokcik nab, pak mat kambing, hj mahmud, pok od…mengingatkan kita pada cerita budak kelantan.


Satu lagi kejutan, pasar berek 12 diruntuhkan untuk projek pembinaan baru. Kak roh, peniaga runcit yang selalu arwah ibu saya membeli barang dapur pun kena pindah. Hilanglah nostalgia saya teman ibu ke pasar ni sejak saya dapat lesen kereta selepas spm. Petang semalam ketika melalui jalan berek 12, ada pasar malam berek 12. Sebelum ke star ipoh, arwah ayah selalu bawa saya ke pasar malam ini.

Pagi semalam kita ke  pasar siti khadijah tempat saya beli kuih muih febret saya.


Jala mas, buah tanjung tetap jadi febret saya selamanya. Akok masakan ibu akan jadi kenangan termanis dalam hidup ini. Tiada lagi akok di dunia ini sesedap akok yang ibuku buat. Satu lagi jemput durian ibu yang lemak dan penuh dengan isi durian. Ibu ohh ibu. Ayah ohh ayah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: