Archive for February, 2017

Sambut Hari Kelahiran di Geneva, Switzeland

Salam.

Seawal pukul 22.29 waktu zurich atau pukul 5.29 waktu malaysia, puteri sulong dah hantar video harijadi buat saya.

Terharu rasanya tanpa mereka di sisi. Penuh dengan gambar kehidupan yang diambil daripada album saya.

Seawal 8.30 kami bertolak ke geneva dari zurich. Saya tak cakap kat sesiapa pun kecuali kat dua orang.

Di geneva, slyvia, tourist guide tempatan bawa kami melawat bandar geneva. Sebelum balik saya tunjuk paspot saya dan tarikh lahir. Dalam bas dia nyanyikan lagu birthday dalam bahasa perancis.

Semasa dinner, team member beli kek dan nyanyikan lagu birthday, tq all.

Ini saya kongi gambar di geneva.


Kek yang sempat dibeli, tq YB & team.


Tourist guide kami, slyvia, mak dia orang spain, bapa orang swiss.


Geneva old town.

Meriam dari vatican city bersama lukisan tentang julius caesar.

Air pancut ‘Jet d’Eau’ (bunyinya Jeddo) yang terkenal di tasik geneva. Memancut air setinggi 140m. Mula memancut sejak 1886.

Satu lagi icon di geneva ialah flower clock atau jam bunga..

Ini pula the broken chair di the place des nations setinggi 12 meter. Monumen buat mereka yang hilang kaki akibat periuk api semasa perang. Lokasi dekat dengan hq pbb geneva.

Apa lagi ye ? ohhh ini hq pbb

Di permandangan di bandar geneva.

Leave a comment »

Merentasi Bumi Austria

Salam.

Dari Munich ke Zurich rupanya kena lintas bumi Austria.


Rezeki Allah buat saya, dapat juga ziarah bumi Austria.


Ini sempadan antara dua negara. Tak payah cop paspot.

View sepanjang perjalanan di pekan dornbirn, Austria.

Sempat melawat muzium persendirian koleksi rolls royce di pekan dornbirn.

Tapi koleksi kereta-kereta buruk je lah…

Engin kapalterbang pun ada..

Ada kesah pasal lawrence von arabien

Cerita pasal aktiviti membina enjin suatu ketika dahulu…

Leave a comment »

Menjejakkan kaki di bumi Munich, Germany

Salam.

Tidak terlintas langsung saya akan ke munich. Cuma adik saya pernah bagi baju adidas berlin final uefa cup 2015 dan boss bagi tshirt berlin. Sesungguhnya Allah jua pemberi rezeki yang tidak kita sedari.


Dari udara sebelum turun di airport munich. View yang cantik.

Sampai dah di bumi munich atau orang jerman panggil munchen, juga bavaria.


Mak oiii teksi munich…..


On the way ke hotel sempat singgah stadium bayern munich…


Ini pula hotel penginapan kami

Petangnya kami ada meeting dengan agensi kerajaan malaysia.

Meeting dari jam 4-5.30, 5.42 dah maghrib….

Suasana senja

Marienplaz, the heart of city of munich. Di zaman pertengahan, kawasan ini adalah pasar, tempat festival dan akitviti sosial…tak sangka dapat melangkah di tempat lahirnya parti Nazi di bawah hitler yang terkenal itu. hehe saya fan team footbal germany, saya ada banyak koleksi jersi jerman.

Tiba di sini dah gelap selepas meeting di MIDA Munich tadi.

Malam pun semakin sejuk.

Ini pula restoren bawah tanah masa kami dinner bernama Ratskeller dengan design abad ke 19.

Leave a comment »

Istanbul Aku Singgah

Salam.

Trip saya dari changi airport singapore transit di istanbul. Tiba di attartuk Airport pukul 6 pagi. Dapatlah saya solat subuh di airport. 12 jam juga lah dalam flight.


Setelah melalui pemeriksaan imigresen yang panjang bergegas solat subuh then ke gate 255 untuk ke munich germany flight pukul 8.10 pagi. Rushing la juga.


Sempat survey coklat dan beginilah keadaannya istanbul aku singgah jap. InsyaAllah ada rezeki nak datang istanbul.

Leave a comment »

Transit di Changi

Salam.

Allah beri saya rezeki. Syarikat hantar saya sebagai wakil bagi lawatan ke munich, germany dan seterusnya ke zurich dan geneva di switzerland selama 11 hari 8 malam.

So saya bertolak dari klia dan tiba di terminal 3 airport changi, kota singa.


Kemudian naik air train (lrt) ke terminal 1. Ini kali pertama sampai changi dan kali kedua jejak singapura sejak 17 tahun yang  lalu.


Ada hujan kinetik sebagai tarikan di terminal 1 ni. Bergerak dan membentuk satu seni seperti titik hujan yang turun dari langit. Sungguh cool.

Leave a comment »