Masjid Di Bandar Seri Begawan

salam.

Apabila diberi peluang oleh Allah swt untuk saya bermusafir, niat utama ialah ziarah ke rumahnya di bumi tersebut.

Lawatan ke BSB pada tahun lepas turut memberi peluang menziarahi masjid-masjid indah disana.

Kesempatan bersolat dan berdoa di setiap rumah Nya merupakan peluang yang sangat saya hargai apatah lagi jika dapat solat jumaat. Sebab itulah saya cuba untuk bermusafir pada hari jumaat agar dapat peluang solat jumaat di sana.

Masjid wajb adalah masjid Omar Ali Saifuddin yang sangat indah di kg air Mula menerima jemaah pada tahun 1958. Senibina campuran mughal dan itali.

Replika perahu mahligai sultan bolkiah dari abad ke 16 adalah tanda sempena 1400  tahun nuzul quran.


Cuma saya tak snap gambar masjid pada waktu malam, terutama reflection cahaya dari air sungai menghasilkan imej masjid yang sungguh mengkagumkan.


Sebagai masjid utama negeri brunei, is turut menjadi tempat majlis agama seperti tilawah serta sambutan hari penting dalam islam.


Dapat berada di bawah kubah utama sambil menghayati ayat-ayat al quran yang dipilih turut menarik minat untuk berfikir kenapa ayat tersebut dipilih.

Masjid yang sempat juga saya ziarah ialah masjid Jame’Asr Hassanil Bolkiah yang dibina pada tahun 1992, sempena 25 tahun sultan terkini memerintah.


Saya dapat solat maghrib di sini, so dapat scenary waktu malam dengan cahaya lampu masjid yang indah.

Terdapat kolam air pancut mini di dalam masjid ini.

Kubah masjid juga bersalut emas. Itu yang menjadikan ia sangat cantik. Warna emas asli kekuningan di puncak masjid membuktikan hambanya sujud dan mempersembahkan sumber dunia terbaik untuk rumah Ya Rabbil Alameen.

Salah satu daripada 4 menara masjid ini.


Ukiran pada kubah masjid yang juga cantik dengan crystal chandelier tergantung dari puncak kubah, bagi saya merupakan simbolik kita sebagai hambaNya sentiasa berpegang pada Tali Allah (surah Ali Imran, ayat 103).

Masjid ketiga yang sempat juga saya ziarah ialah masjid Ash-Shaliheen atau dipanggil masjid morocco yang baru dibina pada tahun 2012.

Saya dibawa oleh adik saya untuk solat subuh, so saya tak bawa HP untuk snap gambar.

Serius ruang utama dalam masjid cukup indah.

Mungkin next time kalau ada peluang saya ke BSB lagi. Kadang-kadang saya tak snap sebab boleh jadi alasan untuk ziarah lagi.

Setiap masjid ada barakahnya. Terutama masjid yang dibina oleh raja yang alim serta adil. Ini kerana raja yang adil adakah ahli syurga. Dapat beribadat di masjid ahli syurga sudah tentu ada bahagian untuk kita yang menziarahnya. InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: