Archive for August 4, 2017

UiTM Di HatiKu


Salam.

Semalam saya ke UiTM shah alam. Ada majlis jalinan industri di dewan sri budiman.

Bagi bekas pelajar itm/uitm dulu-dulu, di sinilah tempat kita konvo. Tahun 1994, saya terlepas konvo diploma kerana clash dengan exam toel untuk ke us. Tahun 2002 saya terima ijazah sarjana dengan SPB Yang Dipertuan Agong (Raja Perlis), dan tahun 2004, isteri pula terima ijazah sarjana di sini. Lepas tu istiadat konvokesyen uitm berpindah ke dewan agong. Ramai jugalah anak buah yang grad dari uitm. Hampir setiap tahun datang untuk konvo mereka.

Hari ini dengan rasa penuh bangga, bangga kerana saya bersama insan-insan hebat alumni uitm yang hadir ke sini mewakili industri masing-masing, dan juga sebagai bekas pelajar itm/uitm yang telah mendapat manafaat daripada kerajaan kerana menubuhkan itm yang amat besar jasanya.

Apalagi, saya disapa oleh rakan-rakan lama dari pelbagai garis masa, rakan star, itm melaka, uia, pernec, dl.

Minggu lepas di obw 2017, saya sempat tegur vc uitm. Semalam, Saya tegur datuk hassan said, yang berada bersamanya tan sri nazmi salleh, bekas bos proton and owner nadi group. Iconicnya kami bertiga ni RBKB. (Rich Boys Kota Bharu), ka ka ka perasannya. Vc uitm introduce saya kepada tan sri nazmi, “my junior in school”. Man, datuk hassan form 5 di star tahun 1973, saya lahir tahun 1973. Apapun ia adalah ruang dan kesempatan untuk tunjuk muka di kalangan vvip. ¬†Saya tak rugi apa-apa pun, just saying ‘Assalamualaikum’ to these people.

Berpijak kakiku kali ini di bumi uitm, azam untuk siapkan phd menjadi amat kuat. I am pushing myself very hard to the end…

Go M2O go……Dr Ali Bahari, Dr Norhisham Yusof, Dr Thariq Latif, Dr NorZaidi Daud semuanya dah berjaya bro, take their spirit, ¬† Push myself, pray to Allah and Insya Allah…I believe I Can Do It. Ameen.

Leave a comment »