Archive for September, 2017

Kompleks Sejarah Pasir Salak

Salam.

OTW balik kl, jalan di gopeng mula slow, exit dan terus ke teluk intan kononnya surprise ke menara condong.

Melepasi kampar then ikut signboard ke teluk intan. Tetiba ternampak signboard kompleks sejarah pasir salak yang berzaman dah nak visit. Selalunya signboard ni appear di exit tol changkat jering, jauh ooo nak pi dari situ. Memang tak plan dan terlintas di minda tapi macam ditunjukkan jalan untuk ziarah.

Masuk satu simpang ke kg gajah, mak aii kenapa jalan kampung ni jem. Alahai teringat jambatan teluk intan tutup.

Redah je tapi niat ke pasir salak mesti tercapai hari ni. Nak balik semula jenuh la aii. Mamban di awan, sg manik, tg tualang, cenderong balai, nama-nama pelik dah keluar.


Hari ni tawaf perak hilir. Ingatkan menara condong kena lalu jambatan sultan yusof di batak rabit.

Tapi dah tak larat nak redah so cari jalan ss ke bidor le lepas ni.


Dapat masuk terowong masa pun dah kira ok. Tak snap dalam tu sebab tak boleh kan. Galeri keris pula tutup. Kempunan putera saya nak tengok keris.


Bawa puteri kedua dan putera bongsu tengok tempat jww birch kena bunuh pada 2 november 1875.


Di tepi sungai inilah ketika sedang mandi di waktu pagi 2 november 1875, birch kena bunuh. Tapikan mat saleh mana mandi pagi. Besar kemungkinan tengah melabur di rumah mandi. He was in a deep shit!


Ada beberapa tugu kat sini.

Ini tugu menghargai perjuangan orang melayu menentang penjajah. Di sinilah bermula penentangan terhadap british dan selepas itu berlaku di semua negeri melayu. Kawasan ini asalnya adalah kubu dato’ maharaja lela. Beliau ialah orang besar berlapan dan penghulu pasir salak.


Ini pula tugu peringatan birch kena bunuh.


Menara tinjau pun ada. Ada juga rumah kutai perak di kawasan ini.


Kalau mudik ke hulu boleh sampai kuala kangsar dan grik.


Galeri sejarah pula tak buka kepada umum hari ni.

Walaupun sekejap, kesannya amat mendalam kepada kita orang melayu. Jangan bermain api di dalam sekam.

Advertisements

Leave a comment »

Cerita di Sebalik Sejarah

Salam.

Memang benar, sejarah bangsa kita banyak yang disembunyikan atas sebab keselamatan dari peristiwa zaman silam.

Contohnya kisah pahlawan mat kilau yang dikatakan telah meninggal tetapi muncul dan mengaku dirinya pahlawan terbilang pahang. Sedangkan sebelum ini orang kampung anggap beliau orang tua biasa-biasa sahaja di kampung tersebut.

Saya berpeluang meluangkan masa dengan ibu mertua kepada abang ipar. Setiap kali saya pulang bercuti di alor setar, dia mesti pesan nak jumpa. Banyak perkara yang diceritakan oleh beliau yang mengaku ada kena dengan kerabat diraja kedah. Bila saya search, terjumpalah sebuah article yang sama dengan cerita beliau.


(Kredit Harian Metro 15.10.2012)

Dan yang pasti, ia turut berkait dengan keturunan saya serta negeri asal yang diperintah oleh moyang kami dahulu.

Struktur pemerintahan hari ini adalah berdasarkan sistem perbatuan british, pecah tanah, sukat, ukur dan persempadanan tanah mengikut negeri. Akhirnya, tanah adat, anugerah, taraf pemilikan yang hak hilang dek sistem ini.

Ia menyukarkan untuk tujuan kajian sejarah. Sejarah menjadi tidak tepat.

Seperti kata Tun M, ada satu bangsa yang menentang kemerdekaan tanah melayu dulu, demand pelbagai hak daripada orang melayu pada zaman ini seolah merekalah pejuang hebat menuntut kemerdekaan daripada british. Itulah dia cerita di sebalik sejarah.

Leave a comment »

Masjid Lama Makam Diraja Langgar

Salam.

Semalam, selepas selesai urusan korban, saya singgah di masjid lama di makam diraja langgar.

Dengan niat ziarah setelah lama niat nak ke situ tak jadi-jadi.

Ironiknya, makam diraja yang lokasinya bernama Langgar selain di alor setar kedah ia juga terdapat di Langgar kota bharu kelantan.

Ia bukan satu kebetulan tapi ada kaitan sejarah yang perlu dikaji…


Masjid lama mesti ada kolah untuk ambil wuduk.


Ruang solat utama cukup untuk solat jumaat.


Akses untuk naik ke menara azan dan beduk untuk tujuan masuk waktu solat dan juga sebagai signal kepada masyarakat setempat. Ada binaan tandas moden di hujung sana, walaupun lokasi masjid ini dekat dengan sungai.

Leave a comment »

Aidil Adha 1438H

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ

Alhamdulillah, semalam kita menyambut hari raya haji.

Sebentar tadi saya selesai ibadah korban di Langgar Alor Setar, berhampiran makam Diraja Kedah.

Dah lama saya tak buat ibadah korban. Minggu lepas call abang ipar di alor setar minta dia cari 1 tumpuk (orang kedah define 1 bahagian korban), kalau ada lah sebab request last minutes. Dia reply dia pun dok cari juga. Setengah jam kemudian dia call kata ada, so saya confirm je. Terasa amat bersyukur kerana ada rezeki saya untuk buat ibadah korban pada tahun ini.

PM pula declare cuti pada hari isnin 4 sep sebagai hadiah kita menang sea 2017. Dapat cuti extra. Bolehla masak untuk jamu orang.

Minta wife buat sup untuk jamu sedara makan tengaharinya. Bahagian daging turut diagihkan kepada jiran dan insan yang sepatutnya.

Bila tengok orang makan sambil menikmati rasa sup yang sedap itu, terasa sayu terkenang arwah ayah yang suka sangat-sangat makan sup.

Saya request wife sediakan daun sup dan bawang goreng serta sambal belacan & timun. Semoga pahala ibadah korban ini sampai kepada arwah ayah dan ma. Rindu sangat kepada kalian.

Terima kasih kepada wife sebab masak, cuci perut lembu bersama kakak ipar saya dan abang ipar yang menolong cari lembu korban pada tahun ini. First time saya buat korban di kedah.

Semoga tahun depan ALLAH s.w.t beri rezeki, masa, kelapangan dan umur berserta kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah korban bersama isteri, dua puteri dan putera saya. 5 tumpok dah tu. Ameen.

Leave a comment »