Archive for October, 2017

Kembara Kuta Raja

Salam.

Minggu lepas, saya dan isteri ada conference di universiti syiah banda aceh.

Angkut semua ke sana. Bagi saya ini kali kedua datang ke banda aceh sejak bulan ramadhan lepas.

Macam biasa lah habis urusan kerja, aturkan visit di venue penting. Kali ni saya highlight benda baru yang kami tak pergi dulu.

Ini lah taman sari gunongan. Ia dibina semasa pemerintahan sultan iskandar muda (1607-1636). Ketika acheh menawan pahang (1613-1615) yang turut ditawan ialah anak raja pahang yang jelita iaitu puteri kamaliah. Puteri kamaliah dijadikan permaisuri oleh sultan aceh itu. Ironiknya, puteri kamiliah ini sebelumnya adalah isteri raja abdullah, adinda kepada sultan johor yang ditawan aceh. Kerana rindu kepada negeri pahang yang dikelilingi gunung (atau still in love with her husband), sultan mendapat idea untuk membuat satu binaan seperti gunung di kawasan istana permaisuri untuk bercanda dan divert kerinduan puteri kamaliah kepada negeri pahang.

Sebagai penasihat sultan, puteri kamaliah turut menyumbang kepada sistem politik aceh. Idea beliau diterima sultan untuk mewujudkan majlis mahkanah rakyat. Ia seperti sistem pembahagian kuasa.

Adat bak Poe Teumeureuhoom

Hukom bak Syiah Kuala

Kanun bak Putroe Phang

Reusam bak Lakseumana

Hukom ngon adat

Lagee zat ngon sifeut

Advertisements

Leave a comment »