Archive for November, 2017

Tanjung Piai @ Pulau Kukup

Salam.

Niat untuk melawat tanjung piai dah lama dalam senarai tempat harus melawat namun masa tidak mengizinkan.

Minggu lepas, sebaik sahaja habis kerja di bandar penawar, ajak adik bongsu saya jelajah tg piai. Dia kata ok je, kami bertolak pada esoknya dari masai ke pontian.

Lebih kurang 1 jam, kami sampai di serkat. Nak ke tg piai ada dua pintu masuk. Ada pusat kawalan radar maritim (bangunan putih).

Mana dia monumen tg piai ni?

Ini dia tugu tg piai. Kat kaunter kena bayar yuran masuk RM5.30 seorang. Geng monyet dok usha, kita bawa makanan apa, dok tunggu nak pau.

Kalau nak poskan poskad dari sini, boleh beli poskad kat kaunter dan masukkan ke dalam posbox ini.

Ada menara tinjau yang boleh dipanjat.

Kami terus berjalan ke hujung jeti.

Nun di hujung sana pulau karimun, tempat orang berhibur @tanjung balai.

Kami nak ke glob tapi air pasang, laluan tenggelam so kena tunggu air surut.

Cuak juga berjalan atas air laut.

Dulu ada dataran tapi dah terhakis. Rupanya laluan ke sana baru saja siap dibaiki. Frust juga datang jauh-jauh tak boleh ke sana.

,

Huruf-huruf “Penghujung Selatan Tanah Besar Asia” @ The Southernmost Tip of Mainland Asia, pun dah ronggak. Mencacatkan view la bila snap gambar.

Semakin lama banyak yang dah hilang.

Next kami ke pekan kukup untuk ke pulau kukup.

Kami naik ni ke sana….

(Gambar Kredit kepada tuan bot)

Pergi balik RM5 sorang.

Kejap je sampai tak sampai 5 minit dari jeti kukup.

Inilah pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak dihuni oleh manusia.

Jom tour pulau kukup@pulau pisang.

Macam gelungan StarGate SG1, transporter ke dunia lain.

Baca Bismillah, terus jalan…tengok kita keluar ke mana?

Gambar kredit drone….

Bentuk pulau kukup ni.

Berjalan dalam sejam boleh cover semua tempat menarik di sini.

Cuba amazing race…berhati-hati jangan jatuh ye. Melangkah dari satu log pokok untuk ke seberang.

Kami panjat menara tinjau dan melihat 360 degree.

Cukup sejam kami ke jeti, sayangnya jambatan gantung sudah tiada lagi. Alasan untuk keselamatan.

Advertisements

Leave a comment »