Archive for December, 2017

Pak Pin

Salam.

Semalam, puteri saya berkata status FB sepupunya tertera “Innalillah, semoga tok abah aman di sana”.

Sukar untuk dipercayai jika status itu benar sehingga wife saya cal dan beritahu berita tersebut. Ini kerana tiada siapa pun yang khabarkan berita itu. Mungkin ada sebabnya.

Saya ambil wife di kelana jaya dan terus ke sungai buloh. Pak Pin adalah bapa mertua kepada abang isteri saya.

Dulu mereka tinggal di sungai buloh sebelum pulang ke sungai petani untuk menghabiskan usia tua mereka. Isterinya pula kami panggil Mak Gon.

Pak Pin datang ke KL untuk rawatan susulan di IJN. Ajalnya telah tertulis untuk bersemadi di sungai buloh.

Pak Pin sangat baik orangnya. Dia menjadi tempat anak-anak saya menumpang kasih seorang datuk. Ayah saya dan bapa isteri telah tiada, jadi tok abah lah mejadi icon seorang datuk.

Tiada satu perkara negatif pun yang saya boleh kaitkan dengan Pak Pin. Orangnya sungguh murah dengan senyuman tetapi suka menyakat budak-budak. Itulah keistimewaan Pak Pin. Saya melihat satu hubungan yang sungguh akrab di antara abang ipar saya dengan bapa mertuanya. Pak Pin selalu menemani menantunya itu ke mana saja terutama setelah masing-masing pulang ke kedah

Advertisements

Leave a comment »

Salam Maulidur Rasul

Salam.

Semalam Jumaat 1 Disember 2017,@ 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Rasul kesayangan kita. Segala puji bagi Allah s.w.t dan selawat serta salam kepada Baginda s.a.w setiap detik dan saat tanpa henti selagi hayat ini masih nyawa. Semoga catatanku ini menjadi bukti setia dan utuhnya pegangan kami terhadap ajaran yang dibawa baginda Rasul.

Kami berkesempatan untuk pulang ke alor setar pada hari khamis. Alhamdulillah dapat solat subuh di masjid sultanah di pagi jumaat diimamkan oleh imam faveret saya tuan imam mustafa kamil bin abdul jamil.

Rezeki yang tidak disangka, ada jualan kitab Al Syamil As Syarifah yang dikarang oleh Al Imam As Sayuti. Hasil jualan kitab juga adalah infak untuk pembinaan sebuah pusat ilmu Al Quran.

Pada pagi Maulidur Rasul, Syeikh Dr Khaleel Ismael Elyas menyampaikan kuliah subuh khas. Beliau menyampaikan pengajian hadis dari kitab ini dalam bahasa arab dan diterjemahkan oleh seorang ustaz.

Ia menghuraikan sifat-sifat fizikal Rasul seperti, wajah, warna kulit, rambut, gigi, jari tangan, cara berjalan, dan nabi tidak suka orang yang suka berbohong walaupun kanak-kanak.

Syeikh Khaleel akan meneruskan pengajian kitab ini pada setiap hari jumaat pertama setiap bulan. Jika kalian tinggal berdekatan masjid sultanah alor setar, jemputlah….Wassalam.

Leave a comment »