Archive for March, 2018

Mecca Mukarramah

“HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu.”

Maka Suci Allah. Kaabah yang selama ini menjadi kiblat bagi setiap solatku kini berada di depan mata. Akhirnya di usia 45 tahun barulah aku dijemput olehNYA melalui panggilan Umrah. Mulut tidak terkata, lidah terkelu, yang mampu keluar dari mulutku, Ya Allah, ampunkan aku, makbulkan doa aku dan sahlah solat aku.

Kami sempat dibawa ke muzium tentang pembesaran masjidil haram. Di atas adalah model keseluruhan kompleks masjidil haram.

Replika telaga air zam-zam sebelum ditutup kepada umum.

Koleksi gambar lama permandangan masjidil haram.

Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Tempat mustajab agar diberi jodoh. Tempat febret para suami yang ada plan nak tambah cawangan….

“Maka kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja..”

(an-Nisa’ 4:3)

Ini pula kawasan Mudzalifah.

 

Advertisements

Leave a comment »

Selamat Tinggal Madinah

Salam.

Setelah 3 hari di Madinah, tiba masanya untuk ke Mekah.

Syukur, diberi peluang masuk ke Raudah setiap hari setelah berniat untuk berada di taman-taman syurga.

Sayangnya saya tidak sempat ke muzium kerana masa yang bernilai. Selepas solat subuh, saya masih di kawasan raudah yang paling hampir dengan dinding makam Rasulullah. Saya ucapkan selamat tinggal wahai Rasulku, pasti jika umur panjang dan dijemput lagi, kami pasti ke mari lagi….

Inilah pintu Babussalam (pintu no 1) untuk ke makam Nabi.

Dari pintu no 1 kita keluar ke pintu no 41. (Pintu Baqi’).

 

Leave a comment »

Umrahku

Salam.

Semalam saya tiba di Madinah Munawarrah dari Jeddah. Setelah sekian lama berniat untuk buat umrah akhirnya saya dijemput ke sini. Syukur yang teramat sangat kepada Allah dan Rasulnya kerana menjemput saya ke sini.

Mana boleh tahan, mutawif kata rehat malam ni esok baru ke sana untuk solat subuh dan ziarah makam nabi.

Malam tadi saya ke sana juga, rezeki saya dapat masuk beribadat di kawasan Raudah atau taman-taman syurga.

Ini gambar pagi tadi. Saya tak larat nak berebut ke sana. Malam ini saya plan untuk ke sana lagi.

Nampak tak orang tengah queque sebelum dibenarkan masuk ke Raudah.

Ini kawasan makam Nabi kita. Akhirnya dapat memberi salam kepada Rasulku face to face, juga menyampaikan salam daripada saudara dan rakan-rakan.

Sempat juga melalui kawasan perkuburan baqi. Di sinilah kuburan Khalifah ke 3, Saidina Uthman Al Affan dan para sahabat.

Yang pasti Mati itu Pasti.

Leave a comment »

Alauddin Riayat Shah

Salam.

Semalam saya ke Pagoh kerana ada program di sana. Sebelum pulang saya sempat ziarah makam sultan melaka ke 7, Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) di kg raja.

Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat di bulan ramadhan pada usia 30 tahun. Baginda memilih pagoh untuk beruzlah sebelum menunaikan haji di mekah. Dikatakan baginda mangkat kerana diracun.

Saya sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan akan menyampaikan salam baginda kepada Rasulullah apabila saya menunaikankan umrah nanti.

Politik di istana melaka memang hebat. Kuasa, kedudukan dan hartalah yang telah mengelapkan hati ramai pemimpin pada zaman itu. Sejarah tetap berulang.

Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua.

Leave a comment »

Kuching oh Kuching

Salam.

Ketika saya mula menulis di dusunraja.wordpress, ia sempena tarikh cantik 11.11.11@ 11hb November 2011. Ketika itu kami sekeluarga datang ke sini atas urusan PhD kami.

7 tahun sudah berlalu, semalam saya ke sini atas urusan kerja. Banyak yang dah berubah.

Ada jambatan dari riverside ke kuching selatan. Jambatan bengkok berbentuk huruf S diberi nama jambatan darul hana.

Boleh bertukar warna pula.

Saya dah naik hingga ke hujung, Sampai kat tengah rasa macam mabuk sebab ia vibrate. Sapa tak mabuk memang terra. Harus cuba kalau ke sini.

Leave a comment »